BAB 51

"Kau tak payah nak berubah sangatlah. Kalau dah dalam hati kau tu jahat. Jahatlah jugak jadinya. Tak perlu pakai labuh macam ni Feiqah." Angkuh sungguh Ratna berkata-kata.

"Akak dah tiba masanya kita berubah. Sampai bila kita nak jadi jahat." Feiqah membalas dengan tutur kata yang lembut. Tidak pula melenting.

"Rimaslah aku dengar, sia-sia aku dengan Mama kau plan aniaya Aimara Qalesha dengan menculik dia kemudian buat dia bergambar dengan orang suruhan aku. Nampak macam dia tengah bermaksiat dengan orang tu. Lepas tu Faiq tengok dan akhirnya dia ceraikan Aimara Qalesha. Puas! Hati aku puas sangat. Tak sangka pulak sampai keguguran perempuan tu. Akhirnya, Faiq akan jadi milik aku!" Ratna mula ketawa.

"Jahat sungguh hati Akak. Akak jangan sampai Feiqah ceritakan pada Abang Faiq dan Kak Esha. Biar kes ini dibawa ke muka pengadilan." Lantang Feiqah bersuara.

"Kalau kau rasa nak mampus buatlah! Jangan sesekali cabar aku! Aku akan seksa kau macam mana aku seksa Abang Chik kau tu. Dengan bantuan dari Tok Tam aku tu sekejap aje Faiq dah bencikan Esha. Dan dia hanya puja aku seorang saja!"

"Akak santau Abang Chik ke?" soal Feiqah.

"Iya! Sebab dia susah sangat nak cintakan aku semula. Itu saja cara yang mudah untuk dapatkan dia balik!"

"Sampai hati Akak kan. Akak tak ingat dengan Tuhan ke."

"Kau dengar cakap aku ni, aku nak kau zip mulut kau kalau nak selamat faham tak!"

Rakaman suara itu terhenti. Aku masih menangis mengenangkan nasib Feiqah. Feiqah kata rakaman suara ini sebelum mereka pindah ke Kelantan. Tak ku sangka Arwah Feiqah punyai hati yang tulus. Dia jadi begini angkara hasutan dari Puan Maria dan Ratna. Aku cari kekuatan untuk bangun semula dan keluar daripada kereta.

Sempat aku mendail nombor telefon milik Ryana. Ryana terus mengangkat telefon.

"Aku tak faham kenapa kau sanggup rahsiakan apa yang jadi pada Faiq? Aku memang tak berhak tahu ke? Kalau arwah Feiqah tak cakap. Sampai bila-bila aku tak tahu! Memang nak tunjuklah yang aku memang jahat sangat sebab layan Faiq macam tu?"

"Aku tak ada niat macam tu pun."

"Habis tu apa? Kau nak cakap yang Faiq tak nak aku tahu kan? Kau, Ryana. Aku kecewa sangat dengan kau. Tak payahlah nak kata apa lagi. Aku tak nak tahu apa-apa lagi. Assalamualaikum." Balasku geram. Talianku matikan.

Aku terus berjalan menuju ke wad. Ahli keluarga Arwah Feiqah masing-masing menangis meratapi. Sekilas aku pandang wajah sugul Faiq. Dia yang terlihat paling sedih antara lain. Bertuah Faiq ada adik yang baik.

"Assalamualaikum." Aku bersuara.

"Walaikumussalam." Kak Najla membalas.

Rasa serba salah kerana buruk sangka aku terhadap Kak Najla selama ini. Ya Allah, bagaimana aku boleh bertindak seperti itu dahulu.

"Jenazah arwah macam mana ya?" Soalku.

"Jenazah arwah pihak Hospital tengah diuruskan nanti akan dibawa balik ke rumah. Kami tak sangka dia akan pergi secepat ini. Dia lebih muda dari kami." Jawab Kak Najla.

"Dalam pangkuan saya Kak Najla. Arwah sempat ikut saya mengucap masa dia tengah tenat tu. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya masa tu." Aku masih bersedih dengan apa yang jadi.

"Dia sangat baik, kemana Abang Chik pergi mesti dia nak ikut. Dia paling rapat dengan Abang Chik. Ya Allah, adik aku. Kenapa kau pergi dulu. Kau tak sayangkan Abang Chik ke." Rintih Faiq kemudian menekup mukanya dengan kedua belah tangannya.

"Puan." Panggil aku.

Puan Maria yang lama mendiamkan diri mengangkat muka. Dia berada diatas kerusi roda. Kesihatannya pun masih belum stabil. Tapi dia memaksa diri untuk melihat anaknya buat kali terakhir. Ikutkan hati setelah tahu perkara sebenarnya. Aku nak tampar-tampar saja wajah dia. Tapi apa yang aku dapat kalau aku buat? Puas? Kepuasan pun hanya seketika.

"Puan seharusnya bersyukur... bersyukur kerana ada anak seperti Arwah Feiqah. Hatinya tulus, bersih dan suci. Dia tak segan mengaku salah dan meminta maaf berkali-kali. Paling saya terkesan dalam hati ini. Feiqah tak malu melutut merayu untuk sebuah kemaafan untuk mama dia. Dia sanggup merendahkan diri supaya saya maafkan kesalahan mama dia. Saya tak layak di lakukan sebegitu sebab saya bukan sesiapa. Dia sanggup lakukan apa saja demi orang dia sayang. Saya betul-betul tabik dengan dirinya. Mungkin didikan dari Puan dan Encik yang menjadikan Feiqah begitu." Ujarku panjang lebar.

"Tak Esha, Tekadang kami terleka dalam mendidik anak-anak. Sifat yang ada dalam dirinya adalah sememangnya lahir dari hatinya." Balas Encik Nasir. Puan Maria masih membisu dengan air matanya yang jatuh berjuraian.

"Maafkan saya..." Tersekat-sekat Puan Maria menuturkannya.

"Mama pergilah rehat dulu. Mama kan sakit lagi. Tadi pun puas doktor marah mama sebab mama masih sakit." Kak Najla mula mencelah.

Puan Maria menggelengkan kepalanya. Tanda tak mahu.

"Saya balik dulu, nak uruskan anak sekejap dia ada dengan mak. Kebetulan mak baru sampai sini semalam dapatlah dia tengok-tengokkan sekejap. Nanti jumpa dekat rumah ya. Assalamualaikum." Aku bergegas ingin pergi dari situ. Sebelum Puan Maria buat keras kepalanya baik aku angkat kaki.

"Sha... Sha..." Panggil Puan Maria dengan suara yang lemah. Aku memutuskan untuk pura-pura tak dengar saja.

LAMA ku menatap jasad kaku milik arwah Feiqah. Ya Allah sayunya hati ini. Sepanjang pengurusan jenazah semuanya berjalan dengan lancar. Tinggal hendak dikebumikan pada malam ini juga. Aku melihat Faiq masih tersedu-sedu. Tak ada tanda-tanda yang seperti dia akan berhenti menangis.

"Abang chik sakit kak."

Suara arwah Feiqah terngiang-ngiang dalam kepalaku. Simpati tak terkira aku dengan nasib Faiq. Ini mungkin jalan takdir yang harus kami tempuhi.

"Dah boleh angkat jenazah bawak pergi kubur ya. Takut dah lewat malam nanti lagi sukar nak buat kerja." Kata salah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40 tahun. Semua mula memberi laluan untuk yang lain menguruskan jenazah.

Setelah selesai mereka pun memasukkan jenazah di dalam van. Aku ternampak Faiq dan Hilman turut serta masuk ke dalam van jenazah.

Aku tak mahu ikut oleh kerana sudah agak lewat malam. Aku memutuskan untuk pulang saja. Aku hanya mampu mendoakan urusan Feiqah di sana dipermudahkan. Berakhirlah kisah seorang gadis bernama Afeiqah Azra. Sebelum pulang aku ternampak Ryana yang memandangku. Pantas aku menjelingnya. Sakit sungguh hati aku! Ingat aku akan lupa. Alasan, Faiq tak nak aku tahu tentang perkara itu tak boleh aku terima. Selama ini Ryana mana pandai simpan rahsia pun. Tiba-tiba datang kes aku macam ni tahu pulak simpan rahsia!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top