BAB 44
Aku duduk sendiri berhampiran taman di homestay itu sambil menghirup udara segar malam. Otakku bercelaru. Sejak Faiq berjumpa dengan anakku asyik budak itu dikelek. Puas aku dirayu supaya mengizinkannya menjaga Ariz sebentar. Puas juga Faiq dimaki hamun aku namun tetap tak mengalah dalam memujukku. Akhirnya ku benarkan juga. Itulah dulu budak tu pandang sebelah mata pun tak nak. Bila dah tau perkara sebenar baru terhegeh-hegeh nak datang. Meluat!
"Sha termenung sampai mana tu? Ada sampai London tak?" Suara garau Hilman menyedarkan aku dari lamunan.
"Bukan London sampai Pluto tu Esha dah sampai tau," balasku sambil tertawa kecil.
"Esha dah kemas baju? Tadi kata nak balik."
Aku mengerutkan dahi.
"Tak payahlah, kita stay je lah sini." Aku mengambil keputusan tinggal disini semata-mata mahu melihat sejauh mana permainan mereka.
"Baguslah Alhamdullilah," balas Hilman ringkas.
"Apa yang bagus? Saya menyusahkan Hilman ke kalau buat keputusan nak balik?"
"Tak adalah, saya tak ada maksud apa-apa pun. Ariz mana?"
"Ariz dengan ayah dia. Sakit je hati tengok, tak boleh langsung nak berenggang dengan ayahnya. Sebab tu Sha bawak diri dekat sini." Terangku kepada Hilman. Kemudian Hilman mengangguk perlahan.
"Awak tak boleh pisahkan hubungan anak dengan ayah. Biarlah mereka. Jangan awak palitkan masalah awak sampai ke anak. Kasihan dia. Eh jomlah, diorang ada buat BBQ sekarang. Ada la jugak dengar suara Ariz galak benar bisingnya macamlah faham apa yang orang cakap. Mulut macam ayahnya masa kecik dulu." Dihujung-hujung Hilman perlahankan suaranya.
"Malaslah nak pergi. Ikutkan rasa hati nak tengok muka pun dah tak hingin! Geram, lama Sha tanggung sakit hati ni. Dikeji dan dicemuh sesuka hati. Tambah-tambah mama Faiq tu. Sha betul tak faham, kenapa diorang masih belum kahwin? Bukan dah suka sama suka ke? Kenapa tak kahwin je. Kalau kahwin dah tentu ada anak. Tak payahlah sibuk nak timang Ariz saja. Bertunang lama-lama buat apa. Itupun asyik menempel sebelah macam laki bini. Tak tahu halal haram."
"Aip, mulut Sha tu nak kena selotep ke? Eloklah dapat dosa mengumpat orang. Cubit pipi tu kang." Hilman terjegil mata sambil menyakatku.
"Okey, sorry."
"Marilah ikut, Hilman janji kalau diorang buat apa-apa. Hilman terus lempang je. Biar bersepai gigi diorang tu." Hilman bergurau.
"Eleh, macamlah kuat sangat Hilman tu. Saya tak naklah campur urusan keluarga awak. Saya bukan sebahagian dari keluarga awak. Saya datang pun sebagai orang luar. Saya letih nak tidur. Kalau diorang nak hantar Ariz, awak ajelah yang pegang dan hantar kat saya. Saya dah tak nak tengok muka diorang. Benci!"
"Terpulang awaklah, Hilman tak paksa. Kalau pasal Ariz biarlah saya jaga malam ni. Awak tidurlah."
"Bukan awak sebilik dengan Faiq ke?" Soalku sambil menjongketkan sebelah kening.
"Iyalah, apa salahnya kalau dua orang ayah jaga dia. Sha tak yakin ke kalau kami berdua jaga?"
"Bukan tak yakin. Tapi takut menyusahkan. Ariz kan lasak takut Hilman dan Faiq tak lena je tidur. Iyalah dah biasa hidup solo mestilah kekok nak jaga anak kan?"
"Memandai je mulut Sha ni. Hilman tak kira, malam ni Sha tidur sorang je. Kalau rasa takut Hilman boleh mintak Kak Najla teman."
Aku segera mencebik bibir. Tak mahulah duduk berdua dengan orang yang tak amanah. Senang-senang saja bocorkan rahsia yang lama ku simpan. Eh, senang cerita satu keluarga Faiq aku tak suka cuma sorang saja terkecuali iaitu Encik Nasir, bekas bapa mertuaku. Walau sepatah dia tak pernah menghinaku.
"Hilman pergilah, nanti apa pulak orang cakap nampak kita bersembang malam-malam berdua-dua begini. Tak pasal-pasal tuduh bersumbang pulak. Maklumlah mulut orang sana tu macam longkang. Semua nak dituduh macam diorang tu bagus sangat."
Hilman hanya menggeleng dan melangkah pergi meninggalkanku.
*****
"Bagus betul permainan kau kan? Kau gunakan anak untuk raih semula perhatian Faiq." Tiba-tiba suara itu mengejutkanku lamunan. Aku menoleh ke belakang siapa lagi kalau bukan Ratna si tikus tu. Eh, meluat pulak aku. Dahlah tak bagi salam main terjah orang aje. Kacau aje pagi-pagi aku nak hirup udara segar. Aku toleh kiri dan kanan tak ada orang.
"Kau ni kenapa eh? Tak cukup ke tempoh tiga tahun aku dah cerai dengan dia. Kau pun dah jadi tunang dia kan? Kahwin je lah apa susah sangat. Kata dah suka sangat kan?" Aku cuba mengabaikan perempuan gila itu lalu meneruskan berjalan kaki.
"Eh, ikutkan hati aku dah lamalah aku nak kahwin dengan dia tapi dia yang mintak tangguh. Kalau aku ni boleh lafaz akad dah lama aku paksa dia!" Hebat betul Ratna berkata-kata. Aku menoleh semula lalu menatap kedua belah mata dia.
"Dah tu kau nak aku buat apa. Bukan aku yang halang Faiq. Dia yang tak nak kahwin dengan kau lagi. Aku pulak yang dipersalahkan." Aku mencebikkan bibir. Ratna kemudian mendekatkan dirinya di hadapanku.
"Eh, kau ni memang jahat kan! Aku nak kau pergi jauh daripada Faiq. Dia tunang aku! Aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan dia! Jangan sampai anak kau pulak yang jadi mangsa aku seterusnya."
Membahang hatiku mendengarnya.
"Eh, Ratna, kau dengar sini kau jangan nak libatkan anak aku dalam hal ini. Kau jangan melebih Ratna jangan sampai aku tampar muka kau. Kau ingat aku terhegeh ke nak ke Faiq? Tolonglah banyak lagi lelaki kat luar sana yang boleh terima baik buruk aku. Bukan macam tunang kesayangan kau tu. Dah tahu kebenaran baru terhegeh datang kat aku mintak maaf. Boleh jalanlah! Sikit pun aku tak pandang. Hati aku dah beku untuk dia!" Jerkahku kepada Ratna.
Ratna terkedu.
"Ratna apa kau buat ni?" Suara Faiq mula menyapa pendengaran. Terlihat Faiq sudah muncul untuk meleraikan.
"Datang pun hero malaya kesayangan kau ni. Eh, Faiq kau jaga tunang kau ni baik-baik. Macam ni kau kata dulu dia perempuan baik? Huh, aku tak fahamlah betullah kerana cinta semua jadi buta. Buta menilai! Tapi tak apa aku pun bukannya baik. Aku pun curang dengan suami aku dulu kan Faiq?" Aku mula memerli Faiq.
Faiq mengeluh.
"Bagus betul pilihan hati kau. Eh, dengar sini." Aku memetik jari menyedarkan Faiq.
"Kau jagalah tunang kau ni baik-baik. Kalau dah rasa nak berbini sangat kahwinlah. Kau pun Ratna kalau rasa dah nak berlaki kahwinlah. Tak payahlah serang aku. Aku dah tak ada kena mengena dengan korang. Faiq, kan aku dah cakap hati aku dah mati untuk kau. Kau pun aku dah anggap mati dalam hidup aku. Jadi lelaki yang ada depan aku adalah lelaki yang tak pernah aku kenali. Harap kau faham macam mana layanan aku pada orang yang aku tak kenal." Aku menggeleng kepala.
"Aku tak faham kenapa dari dulu semua benci aku? Serang aku? Hina aku? Sampai sanggup plan nak hancurkan hidup aku. Hebat sangat ke korang? Angkuh sangat korang sampai lupa ke Tuhan tu ada. Kalau dah tak nak aku fine! Aku undur diri tak payah nak buat macam-macam plan bodoh!" Aku merenung Ratna yang sudah lama mendiamkan diri.
"Terutama kau Ratna. Aku tak menuduh, tapi Allah S.W.T itu ada."
"Jadi kau nak cakap aku dalang atas kes aniaya kau tu. Tolonglah! Aku tak tau apa-apa." Ratna membela diri.
"Aku tak tuduh tapi kau sendiri tahu jawapan itu ada pada kau. Aku harap kau hidup bahagia dengan lelaki tu. Aku jujurlah aku tak tahu bila masa aku bahagia masa kahwin dengan dia. Mungkin inilah risiko kahwin dengan orang tak cintakan kita."
"Memang awak tak pernah rasa bahagia ke walau sedetik pun bila bersama saya?" Soal Faiq yang mula merembeskan air mata.
"Tak! Aku paksa diri aku cintakan kau. Kau ingat aku ni terhegeh-hegeh sangat dekat kau. Tolonglah kau tau tak sebelum kau datang balik dalam hidup aku. Hilman yang jadi orang yang bertakhta dalam hati aku tapi bila kau datang terhegeh-hegeh sangat berbinikan aku. Tiba-tiba pulak mak aku terima pinangan kau. Aku terpaksa aje terima." Bohongku. Tipulah kalau dah pernah hidup bersama tak pernah rasa bahagia walau sedetik. Kalau tak bahagia macam mana aku boleh hamil dulu.
"Kalau awak tak pernah cintakan saya habis Ariz tu macam mana pulak?" Mata Faiq sudah kemerah-merahan. Ratna seperti cuba untuk menenangkan Faiq dengan menggosok belakang Faiq. Faiq segera menepis.
"Saya lakukan atas dasar tanggungjawab sebagai seorang isteri." Jawabku ringkas.
"Sampai macam tu sekali awak terpaksa terima saya kan?"
"Aik, bukan sendiri kata yang kau kahwin dengan aku bukan sebab cinta? So kira adil lah sama-sama tak cinta. Kau sedih sangat kenapa?" Tempelakku tak puas hati.
Faiq menggeleng kepala. Sesekali air matanya dikesat.
"Memang saya tak cintakan awak tapi sebaik saja lepas lafaz akad saya ucap. Saya terus semaikan rasa cinta itu. Saya ikhlas beri cinta itu pada awak. Maaf kalau saya jadi penghalang pada hubungan awak pada Hilman dulu."
"Kau memang penghalang! Aku bencikan kau! Sejak aku angkat kaki dari rumah neraka tu. Aku dah tak nak jumpa kau! Jangankan muka kau. Bayang kau pun aku tak nak ingat! Benci yang aku semai dalam hati ni dah sebati dengan jiwa aku. Jangan tanya kenapa sebab jawapan ada pada diri sendiri. Mulai hari ini, kau jumpa aku sebab Ariz je. Kalau hal lain aku tak nak layan. Nanti mama kau kata aku nak goda kau pulak. Padahal sebelah mata pun aku dah tak pandang kau. Daripada kau baik aku pilih Hilman dah tentu bujang." Balasku lalu memilih untuk melangkah pergi. Faiq masih menangis. Puas hati aku dapat sakitkan hati lelaki itu. Apa yang kau buat dulu lebih sakit! Sakit hati yang bertahun aku pendam!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top