BAB 38

"Sha serius ke nak balik drive sorang-sorang ni. Risau pulak Hilman." Hilman membantu mengemas barang untuk dimasukkan dalam bonet kereta.

"Ala macamlah Sha tak biasa. Sha ni janda tau nanti kalau orang nampak kita selalu berdua-duaan nanti orang fitnah kita macam-macam kan. Lagipun siapa nak uruskan kerja kat sini kalau bukan Hilman. Nanti Hilman send email semua fail kerja tau jangan lupa. Sesibuk Sha pun Sha akan buat kerja tau."

"Mulut orang kita tak boleh nak tutup Sha macam tu lah hati Hilman tak pernah tertutup menanti cinta Sha tu. Walau beratus ribu kali Sha tolak Hilman. Hilman takkan pernah mengalah tau sebab Sha, Hilman mula kenal erti cinta yang sebenar tau." Sempat pula Hilman mengusik aku dengan gurauan dia. Kadang terasa malu diusik begitu. Aku tahu dia masih berharap cintaku. Teringat tatkala dia meluahkan perasaan ketika hari waktu nikahku dengan Faiq. Aku faham betapa hancur hatinya tika itu. Dah tertulis yang aku memang berjodoh dengan Faiq takkan aku nak batalkan semata-mata pengakuan Hilman.

"Dahlah Hilman, Sha pergi dulu tau. Ariz dah merengek ni. Terima kasih datang kejap rumah Sha tolong kemas barang angkat dalam bonet ni ha. Tak larat jugak nak angkat sorang-sorang."

"Awak tu perempuan Sha, lagipun Sha dah merasa melahirkan anak seorang. Tak boleh selalu angkat berat-berat sangat nanti bahagian dalaman tu rosak macam mana. Arwah opah Hilman pernah cakap seharusnya wanita yang bergelar ibu ini harus diberikan layanan yang istimewa. Macam mana Hilman sayang arwah opah dan arwah ibu. Macam tu lah Hilman sayang Sha. Okeylah jaga anak Hilman tu baik-baik jugak ye. Semoga selamat sampai nanti dah sampai jangan lupa call nanti Hilman potong gaji kang nak?" Hilman sempat bergurau sekali lagi. Sejujurnya aku terharu dengan kata-kata Hilman. Dia insan yang baik. Aku terasa bagai diberikan perhatian sepenuhnya.

Aku akui selepas Ariz mencecah usia lima bulan aku terus menghubunginya untuk berkerja dengannya. Dia tak segan menghulurkan bantuan kepadaku. Dia sangat baik mengajar pelbagai benda kepada aku. Aku terlalu bersyukur kerana dia masih boleh menerimaku untuk dibantu. Walaupun pada awalnya sulit bagiku meninggalkan segala kepahitan aku disana dan akhirnya aku temui bahagia disini.

"Termenung apa lagi Sha. Anak tu mengamuk tu." ujar Hilman mengejutkan aku dari lamunan dengan memetik jarinya dihadapan mukaku.

"Tak nak ke dukung Ariz? Nanti mulalah call Sha cakap rindu Ariz."

"Dah ibu tak offer macam mana Ayah Man nak peluk cium si Ariz ni." Hilman mula menghulurkan tangan supaya Ariz bertukar tangan dengannya.

Puas Hilman mencium dahi dan pipi labuh milik Ariz.Tiba-tiba telefon bimbit milik Hilman berbunyi dengan pantas tangan Hilman meraba-raba poket seluar mencari telefonnya.

"Assalamualaikum,kau pahal call aku ni. Kacau je aku dengan anak aku ni." Hilman memicit bahagian pembesar suara agar aku dapat mendengar sekali perbualan mereka berdua.

"Anak datang dari mana kau ni bila masa kau kahwin hah." Hujung-hujung terdengar ketawa kecil miliknya.

"Anak dari future wife aku."

"Hah, future wife kau janda ke? Bawaklah dia datang time family day nanti. Mesti pak lang dengan mak lang nak kenal dengan bini kau eh silap bakal bini kau."

"Aah janda umur 40 tahun tapi ada anak kecik sorang. Alhamdullilah aku bahagia betul dapat kenal dia sekarang. Boleh dikatakan makan minum aku agak terjaga hari-hari masak bagi aku makan.Tak kira siang malam dia masak kira dia ni tiptop jugak jadi bakal bini aku. Cuma dia ni jual mahal sikitlah. Insya-Allah nanti aku bawaklah dia." Hilman menceritakan tentang hal aku.

Terbeliak biji mataku dia mengatakan aku berumur 40 tahun. Wah berani betul Hilman ni. Nak makan selipar ke?

"Seriuslah 40 tahun, kau cari bini ke orang gaji." Lancang mulut suara lelaki itu berkata.

"Amboi mulut kau, aku ikat bibir tu tahulah. Kau tau tak bakal wife aku ada kat depan ni je tau. Kecil hati nanti dia. Aku jugak yang nak kena pujuk dia."

"Iyalah sorry, by the way 25 haribulan ni. Aku baru nak booking homestay baru best buat BBQ. Kalau ada nak tambah booking jangan lupa inform. Nanti aku bayar dulu lepastu jangan lupa bank in kat aku sikit. Kau tu businessman, tu la bawak diri jauh sangat. Tau-tau dah kaya sekarang."

"Aku kaya pun rezeki datang dari Allah. Lepastu aku belikan sikit barang untuk anak aku ni ha. Syukur Alhamdullilah makin melimpah rezeki aku jaga budak ni."

"Kau buat hal la buatnya pak lang dengan mak lang terkejut macam mana.Lagi-lagi mulut mak aku mesti dia reject future wife kau tu."

"Biarlah mak lang tu, yang kahwinnya aku bukannya kau. Perempuan baik macam ni aku takkan lepaskan senang-senang je tau. Kalau ada nak rembat future wife aku ni pastikan dia lagi bagus dari aku walaupun aku pun taklah berapa bagus. Eh panjang pulak sembang. Future wife aku nak balik kampung ni. Apa-apa call bye assalamualaikum." Selepas salam telah dijawab oleh pemilik suara. Hilman terus mematikan panggilan.

"Siapa tu?" soal aku setelah lama mendengar mereka bersembang panjang.

"Dia ni sepupu Hilman sebelah bapa. Hilman memang rapat sangat dengan dia. Cuma tu lah ada konflik sikit jadi kami pun dah lama jugaklah tak berhubung. Sekarang dah berbaik Alhamdullilah. Dia sekarang menetap dekat kelantan dengan adik perempuan dia. Lagipun tunang dia pun ada kat sana dengar cerita hujung tahun ni nak kahwin. Semoga dipermudahkanlah. Giliran kita bila lagi?" Hilman tiba-tiba menyelit bab perkahwinan semula.

"Saja kan nak kenakan Sha. Sha pergi dulu ya nanti bertolak lambat sampai lambat lagilah mak dekat kampung tu risau." Aku mula meminta diri pergi dan mengambil semula Ariz dari tangannya.

"Kirim salam dekat mak yang bakal menantu dia ni sayangkan dia." Hilman mengukirkan senyuman yang paling manis buatku. Aku bahagia disampingnya. Sesungguhnya Hilman adalah ciri-ciri lelaki yang didambakan oleh setiap wanita. Seorang lelaki yang begitu memberi perhatian penuh kepada orang yang dia sayangi. Beruntung siapa yang dapat memiliki Hilman. Aku masih belum ketemu jawapan untuk menerima dia sebagai suamiku. Aku masih rasa takut untuk membina mahligai untuk kali kedua.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top