BAB 34
"Makanlah sikit Esha, kau tak kesiankan diri kau ke? Kau nak sakit lagi ke?"
"Biarlah aku mati sekalipun, dah tak ada guna aku hidup. Anak aku dah mati Ryana dan paling aku tak boleh terima aku sendiri tak tau yang aku tengah mengandung. Ibu jenis apa aku ni Ryana? Ibu jenis apa? Sekarang Tuhan dah tunjukkan pada aku yang aku tak ambil peduli tentang anak aku." Sejak daripada minggu lalu air mataku masih tak kering. Biarlah menangis lama-lama sampai jadi buta pun. Aku dah tak peduli. Kehilangan dua orang insan yang bermakna dalam hidup aku membuatkan aku menjadi sangat murung.
"Kau merepek apa ni Esha? Kau masih mengandung Esha." Ryana mula memberitahu hal sebenarnya.
"Apa kau merepek ni? Takkan kau dah gila macam aku." Aku membesarkan mata yang makin mengecil kerana bengkak.
"Aku tak main-main Esha. Kau masih mengandung dan anak kau masih dalam keadaan stabil. Kau cuma keguguran salah satu janin. Kau sebenarnya hamil kembar. Doktor bagitau aku, kau mengalami Vanishing Twin Syndrome. Aku tak faham sangat apa dia cakap tapi dia cakap salah satu janin kau gugur."
"Maksudnya masih ada lagi janin dalam rahim aku?" Aku bagaikan tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari bibir Ryana. Adakah omongan Ryana sekadar menyedapkan hati aku?
"Ya, aku dengan Shakeel cuma cakap dengan Faiq kau keguguran saja. Iyalah baru lepas cakap kau keguguran terus dia off talian." Ryana menjuihkan bibirnya kerana teringatkan kejadian hari itu. Ikutkan hati Ryana yang marah mahu koma Faiq dikerjakan sampai lunyai. Dia belum kenal siapa Ryana yang sebenarnya mau melopong mulut Shakeel melihat keganasan isterinya.
"Jadi dia tak tau yang aku sekarang masih mengandung anak dia?" Aku mengangkat kepalaku menatap wajah polos Ryana yang makin berseri sejak hamil ini.
Ryana mengangguk perlahan.
"Kandungan aku sekarang dah masuk berapa bulan?"
"12 minggu." Ringkas Ryana membalas.
"Kalau ikutkan dah masuk 12 minggu maknanya dah 3 bulan kot. Dah tiga bulan aku masih tak sedar ada janin dalam rahim aku." Aku menghela nafas panjang. Kesal yang teramat sangat terasa diri ini tak berguna sehingga kehadiran nyawa kecil dalam rahim sendiri pun aku tak menyedari. Aku tahu yang kitaran haid aku sudah lama berhenti tapi aku tetap menganggap itu perkara biasa kerana tak ada tanda-tanda kehamilan.
"Aku jumpa kau memang dalam keadaan seperti yang gambar Faiq tunjukkan tu." Ryana bersuara lagi. Aku tahu sukar untuk Ryana membangkitkan semula kisah itu.
"Jadi kau pun percaya yang aku curangi Faiq?"
Ryana menggeleng.
"Aku nampak kau ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang lelaki. Aku tau kau diculik dan kau dianiaya. Aku follow kau tapi aku hilang jejak aku tak ingat nombor plat kereta tu. Aku memang fikir pasal kau aje. Lepas hilang jejak aku masih tak putus asa cari kau masa tu aku nampak kau ditinggalkan. Masa tu aku perasan kau mengalami pendarahan masa tu aku ingat kau dah kena rogol dengan lelaki tu. Aku bawak kau ke hospital. Rupanya kau...."
"Gugur kan? Aku betul ke kena rogol?" Soalku dengan penuh debaran. Jika benar aku diperkosa terasa jijiknya aku dengan diri sendiri. Aku tak akan maafkan sampai mati sekalipun atas dosa mereka lakukan padaku.
"Tak, doktor dah check. Aku dah buat report polis. Mungkin ini adalah kes aniaya. Aku tak fahamlah kenapa orang tu sanggup buat macam tu kat kau."
"Aku rasa ada baiknya juga aku lupakan hal ni. Biarlah benda ni jadi kenangan pahit bagi aku. Aku nak mula hidup baru dengan anak aku yang masih hidup. Aku nak pergi jauh dari sini tinggalkan semua. Ada hikmah aku bercerai dengan dia. Mungkin aku selalu merungut tak bahagia dan akhirnya jadi begini."
"Patutnya kau tengah mengandung ni diberi sokongan dijaga bukan ditinggalkan." Ryana mencelah.
"Biarlah, walaupun aku masih dalam tempoh eddah. Aku tak nak patah balik pada dia. Hati aku dah terluka parah dengan kata-kata dia. Aku ingat lepasni aku nak tinggal rumah mak aku sampai aku bersalin. Kemudian, aku nak lari dari sini bina kehidupan baru." Bagi aku itu adalah keputusan terbaik buat masa ini.
"Kau betul nak tinggalkan aku dan semua ada disini."
"Aku terpaksa Ryana. Dia mungkin boleh bahagia dengan Ratna. Tapi aku? Kau ingat semudah itu aku nak lupakan dia. Aku dah janji takkan mencintai lelaki lain selain dia."
"Pedulikan dia, kau carilah kehidupan baru. Paling penting jaga diri dan jaga anak aku dalam perut kau tu jugak. Aku pun mommy dia tau." Ryana mengukirkan senyuman yang terselit kesedihan.
"Anak kau adalah anak aku jugak. Jaga dia baik-baik aku ibu dia." Aku merenung perut kempis Ryana itu sambil mengusapnya. Ya Allah tenangnya hati aku saat mendengar bahawa masih ada bayi dalam kandunganku. Sekurang-kurang Tuhan itu masih memberikanku peluang itu menjadi ibu kepada anakku yang bakal lahir nanti. Maafkan ibu nak, ibu tak berniat melupakan kamu sayang. Ibu cuma terleka kerana terlalu memikir masalah.
Kami berpelukan erat. Aku tak pernah merasa setenang ini. Aku bersyukur masih ada malaikat kecil yang menemani aku dalam rahim ini.
Kami melepaskan pelukan.
"Kau makan ni, kau kena kuat nanti anak kau juga akan jadi kuat macam kau. Kalau tak nak makan tak apa janji anak mommy ni makan." Ryana mengambil semula bubur lalu menyuapkan pada aku.
"Kau lagi risau anak aku dari aku ye?" Aku tersenyum melihat gelagat Ryana.
"Tau pun senyum! Ingatkan tak tau senyum." Ryana mencubit pipiku.
"Sakitlah!" Aku menepis tangan Ryana. Aku bersyukur memiliki sahabat seperti Ryana yang selalu ada dengan aku kala suka dan duka. Kaulah sahabat dunia akhirat aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top