BAB 33
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata. Aku lihat disisiku Ryana sedang menangis teruk. Aku lihat Shakeel bergegas keluar setelah melihat aku sedar. Aku cuba untuk bangun namun tubuhku masih lemah. Terasa sakit kawasan sekitar perut dan pinggul. Nyeri yang amat sangat. Apa yang telah berlaku padaku.
"Ryana... ni bukan rumah aku kan?"
Ryana memandang ke arahku lalu menangis dia semahu-mahunya dan merangkul erat tubuhku. Aku sungguh tak faham kenapa.
"Aku dekat hospital kan?" Aku menyoal lagi sekali.
"Kau ingat apa-apa tak semalam?" Ryana melepaskan pelukannya. Dia mengesat air matanya.
"Semalam aku kena culik lepas tu aku tak sedarkan diri. Apa yang mereka buat pada aku?"
Ryana menggeleng. Aku makin keliru dan tak faham dengan keadaan sekarang.
"Ryana, suami aku mana? Kenapa dia tak ada dengan aku. Dia sibuk kerja ke sampai tak teman aku dekat sini?"
Tiba-tiba pintu bilik wad aku dihempas kuat terlihat wajah menyinga Faiq diiringi dengan mama. Mereka masuk ke dalam dan Shakeel pun berada di belakang mereka berdua.
"Kau ni memang perempuan tak ada maruah kan? Setelah aku beri kasih sayang, cinta aku pada kau tapi ini kau balas? Dasar murahan, menyesal aku kutip kau buat binilah." Dada Faiq berombak kencang. Mukanya merah padam. Terserlah kebencian yang mendalam padaku.
"Apa bie cakap ni Esha tak faham."
"Eh perempuan, kau tak payah nak panggil aku bie la jijik! Berdesing telinga aku! Memang patutlah Tuhan gugurkan kandungan kau tu sebab DIA tak izinkan aku ada keturunan dengan kau. Memang aku bersyukur sangat Tuhan tu dah tunjukkan perangai sebenar kau."
"Apa awak cakap ni saya tak faham." Hati aku betul-betul terluka dengan apa dia katakan tadi. Aku keguguran? Sejak bila aku hamil?
"Kau tak faham? Kejap aku nak bagi bukti." Faiq mengeluarkan telefonnya lalu mempamerkan gambar aku bersama dengan lelaki itu tapi wajah lelaki itu dikaburi. Kelihatan aku sedang dalam dakapan dia dengan keadaan tidak bertudung dan kelihatan bajuku sedikit terselak dibahagian dada.
"Ya Allah, itu semua fitnah. Tolong bagi Esha jelaskan semua."
"Tak perlu kau jelaskan memang patutlah mama aku tak suka kau rupanya ada hikmah di balik itu. Kerana perempuan macam kau ni lah..." Faiq tak mampu menghabiskan kata-katanya.
"Apa? Kenapa?" Berjuraian air mataku.
"Cukuplah sampai sini kisah kita, Aimara Qalesha aku ceraikan kau dengan talak 1. Kau pergilah cari jantan tu kau kahwinlah dengan dia!" Bergema seisi bilik itu dengan suara lantang Faiq.
Ryana tiba-tiba menjerit setelah Faiq melafazkan cerainya.
"Apa yang kau buat ni jantan? Kau ingat kau bagus sangat? Kau ingat kau dah cukup sempurna sampai sanggup menghukum dia macam ni? Kau kena ingat yang perempuan ni pernah mengandungkan anak kaulah!"
"Sebelum ni aku hormat dia sebagai isteri dan ibu yang hamilkan anak aku tapi sekarang tak."
"Sebab tulah mama tak kenan kau kahwin dengan perempuan ni. Entah mana kau kutip. Entah-entah dulu dah pernah jual badan pada orang lain." Mama Faiq mula menyelit.
"Cukup! Cukup! Keluar semua! Keluar! Aku tak nak tengok muka kau! Kau keluar sekarang!" Aku menjerit sekuat hatiku biarlah orang nak kata apa.
"Dia dah meroyan la tu anak mati." Lancang mulut mama Faiq berkata.
"Kau keluar orang tua! Aku tak nak tengok muka kau manusia bertopengkan iblis! Kau pun lelaki tak guna keluar aku bencikan kau!" Aku memegang kepalaku yang masih pening.
Mereka berdua telah keluar daripada sini. Tinggal Ryana dan Shakeel masih tercegat.
"Tolong keluar semua kau pun Ryana. Aku nak bersendirian!"
Aku tahu berat rasanya dia meninggalkan aku walau sebentar. Tapi aku terpaksa, aku tak dapat kawal emosi. Diceraikan dengan keadaan sebegini. Setelah aku mula menyayangi dan mencintai dia tapi ini balasan dia pada aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top