BAB 31
Walaupun sudah hampir beberapa hari berlalu namun perkara itu masih melekat dalam fikiran. Siapa sangka Feiqah yang baru saja umur belasan tahun sudah sebiadap itu, andai Feiqah itu adik aku mungkin sudah lama dia mendapat penampar sulong aku. Takkanlah mama hasut dia juga untuk membenci aku? Jika benar apa yang aku fikirkan ini, sememangnya sudah melampau. Apa salah aku sampai benci sangat dengan aku. Dah tertulis jodoh aku bersama anaknya tapi kenapa masih tak boleh terima.
"Sayang, termenung apa tu?" Faiq tiba-tiba menegurku.
"Mana ada termenung, ni tengah lipat kainlah."
"Dah siap lipatkan? Jom keluar."
"Nak pergi mana wahai encik suami, Esha tengah tak ada mood ni."
"Mama dengan papa suruh kita pergi try baju kahwin. Kan haritu mama ada cakap nak buat majlis resepsi kat sini dah lupa ke?"
"Ingat, bila mama nak langsungkan majlis tu?" balasku kurang berminat. Buat apa nak gembira sedangkan disebalik hati mak mertua itu terselit perasaan benci dan tidak ikhlas menerima aku.
"Hujung bulan ni."
"Bie, sekarang ni baru aje 3 hari bulan, kan lambat lagi. Kenapa nak awal-awal cari baju kahwin. Inai kat jari Esha ni pun tak hilang lagi tau."
"Sayang ni macam tak suka aje kenapa dah tak suka Bie ke macam mana?" Faiq seolah-olah berpura-pura merajuk denganku.
"Tak, Esha masih sayang dan cintakan Bie cuma boleh tak kali ni bie jujur dengan Esha?"
"Macamlah selama ni bie selalu tipu sayang. Cepatlah apa dia?"
"Betul ke yang...," belum sempat aku menghabiskan kata-kata telefon milik Faiq berbunyi tanda panggilan masuk. Ada aje halangan!
"Assalamualaikum." Sebaik saja panggilan dijawab Faiq segera menjauhkan diri daripada aku.
Sempat juga aku mencuri dengar perbualan mereka dan aku dapat menangkap satu nama iaitu Ratna. Siapa Ratna ni sebenarnya? Inikah Ratna yang disebut-sebut Feiqah beberapa hari lepas.
"Bie, jomlah keluar try baju kahwin," ujar aku sebaik sahaja Faiq habis berbicara dengan Ratna. Geramnya dengar, lembutnya suara Faiq masa bercakap perempuan tu. Amboi, siapa ajelah tak cemburu bila suami sendiri cakap lembut-lembut dengan perempuan lain.
"Aik, tadi kata tak nak."
"Sekarang ni Esha nak, jomlah keluar."
"Tapi Bie nak jumpa kawan sekejap. Dah janji dah pun."
"Siapa Ratna?"
"Err, kawanlah. Kawan biasa ajelah jangan cemburu okey?" Faiq seolah-olah mengelak dari aku.
"Kawan? Habis tu tak boleh ke kenalkan Esha dengan dia."
"Okey Sayang, cemburu pulak dia. Pergilah siap nanti Bie bawalah Sayang jumpa dengan dia." Dia cuba memujuk aku. Kadang-kadang aku terkilan juga dengan perangai Faiq ni tapi tak apalah biarkan ajelah.
❁❁❁❁❁
"Hey, Dayang Nur Ratna! How are you now?" Sebaik saja berdepan dengan Ratna mereka mula rancak bersembang dan aku hanya diam membisu tidak tahu bercakap apa. Mataku mula meliar memandang pelanggan yang keluar masuk dalam restoran.
"I okey aje sekarang, dah lama kan I tak jumpa dengan you sejak you kahwin hari tu. Rindunya kat Mama you, lebih-lebih lagi you!" Dengan gaya gediknya Ratna berkata. Eh pempoan! Suka-suka kau aje nak rindu laki aku!
"Oh nakal eh you ni, you nak I kena lepuk dengan wife I ke? Kan Sayang kan?" Faiq tertawa kecil.
Aku hanya mengangguk perlahan sambil mengukirkan senyuman palsu.
"By the way, what your wife name?" Dengan bunyi slang mat saleh Ratna berkata. Eleh poyo je muka... muka melayu jugak.
"My name is Aimara Qalesha." Aku perkenalkan diri sendiri.
"Cantik nama macam tuannya juga. Oh, you kata nak try baju kahwin kan lepas ni? Apa kata I nak ikut sekali boleh tak?"
Suka-suka kau aje pempoan. Bukan kau yang nak kahwin pun. Jadi inilah nama yang selalu disebut-sebut oleh dua beranak dalam rumah tu? Harap aje bertudung tapi tak jaga batas pergaulan siap pegang-pegang tangan laki aku. Ini ke calon idaman yang disebut-sebut tu. Ya Allah geramnya aku. Dah macam aku pulak yang teman dua makhluk ni dating. Kang aku mengamuk kejap lagi kang.
"Ehem, nak tanya boleh tak Ratna."
"Awak pernah ada boyfriend ke sebelum ni?"
"Eh, sebelum ni I memang ada boyfriend pun tapi baru aje kena rampas dengan perempuan lain tapi tak apalah mungkin tak ada jodoh antara kami berdua." Faiq mula membutangkan matanya memandang Ratna. Berdesingnya telinga aku. Ayat macam nak tuduh aku rampas boyfriend kau! Hati aku kuat mengatakan mereka ni memang pernah bercinta dulu. Okey, tak apa kau perli aku tadi kan. Kau tunggu.
"Kesiannya awak, moga awak dapat jodoh yang baik ya. Saya nak tanya ni awak marah tak kalau ada perempuan lain sentuh tangan boyfriend awak lepastu siap bermesra dan tak ada perasaan malu."
"Apa punya soalanlah you ni, mestilah I marah."
"Oh marah, so awak ingat saya tak marah ke awak bergurau dengan suami saya siap bersentuh-sentuh macam tu? Ops, Sorry terkasar sikit saja nak pesan mana tau terlupa." Aku tersenyum sinis. Puas hati aku!
"Okey, sorry I tak sedar tadi. Tak apalah I baru teringat I ada hal tadi so tak jadilah nak ikut you all. I minta diri dulu bye." Ratna mula mencapai beg tangannya dan meninggalkan meja itu.
"Bie tunggu apa lagi? Nak tunggu Ratna peluk ke baru nak bangun?" Ujar aku yang masih geram dengan perangai Faiq.
❁❁❁❁❁
Nota kaki: Tajuk telah ditukar kerana jalan cerita akan datang akan berubah dan tidak seperti yang dirancang sebelum ini.
MR. WHITE COFFEE
TO
RINTIHAN MELODI RINDU
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top