BAB 26
“Sayang, apa kata kalau kita tukar nama panggilan nak tak?” soal Faiq dengan nada suara yang manja sambil menyendeng sebelah aku. Naik bulu roma aku dibuatnya.
“Bukan ke sebelum ni kita pernah bincang benda ni? Abang nak panggilan macam mana?” balas aku kurang berminat.
“Apa kata kalau Sayang panggil abang dengan panggilan bie. Kan comel panggilan tu, singkatan dari perkataan baby. Kalau Sayang biarlah kekal dengan panggilan tu. Biar tiap-tiap hari makin bie sayangkan kat Sayang.”
Aku mengerutkan dahi berapa banyak sayang ni dia sebut. Sekejap, dia suruh aku panggil dia dengan panggilan Bie ke? Halah-halah laki siapa ni gediknya mohon kutip balik. Geli ketiak pulak dengan sikap manja laki sendiri adeh.
“Eii tak naklah geli, nak baby bagai. Abang tu dah besar buat apa nak panggil bie bagai tu. Lainlah kalau masih pakai pampers, kuat nangis mintak susu dasar baby tua.” Kutuk aku tanpa rasa bersalah.
“Sayang ni tak sweet langsunglah. Ala bolehlah, please panggil bie okey?”
“Mengadanya, iyalah.” Aku menggangguk sebagai tanda setuju. Nak tak nak kena biasakan jugalah panggil dia dengan panggilan Bie tu.
“Nak tanya boleh? Mana abang letak hadiah yang Hilman bagi tu?” soal aku yang tiba-tiba baru teringatkan tentang hadiah pemberian Hilman.
“Bie dah buang pastu bakar.” Dengan selamba Faiq menjawab tanpa mempedulikan perasaan aku. Mungkin dalam fikiran dia, benda tu tak penting agaknya. Tapi takkanlah suka-suka hati dia aje nak bakar barang kepunyaan orang. Hilman bagi dekat aku kut bukannya dekat dia. Panas pulak hati kita!
“Abang jangan main-main.” Suaraku menjadi sedikit keras kerana geram dengan perbuatan Faiq.
“Apa betullah, eh panggil apa tadi? Panggil Bie okey bukan abang, faham!” Sempat Faiq mengingatkan aku tentang panggilan manja itu. Rasa nak meletup pulak hati kita ni, masa macam ni lah nak suruh kita panggil dia guna panggilan manja dahlah bakar barang kita. Bayangkan hadiah tu aku belum sempat buka tup-tup dia pergi bakar.
“Okey, Bie mana Bie letak hadiah yang Hilman bagi semalam tu?” soal aku.
“Dah bakar.”
“Apa? Bakar sebab apa? Takkanlah dia bagi hadiah pun nak cemburu. Bie ni mengadalah kenapa nak cemburu tahap kritikal sangat ni?” Untuk pertama kalinya aku membebel sebegini dengan Faiq. Sejak jadi laki bini ni berani pulak aku nak membebellah apa, dulu masa zaman sekolah dia kutuk aku. Aku diam aje maklumlah budak baik kan. Ryana pulak yang tukang 'basuh otak' dia ni.
“Kenapa Sayang gelabah sangat ni? Takkanlah disebabkan hadiah tu pun nak membebel macam ni? Sekarang ni Bie nak tanya, sayangkan hadiah dari Hilman tu ke atau Bie?” Faiq sudah memuncungkan bibirnya sedepa. Dah macam itik belaan Tok Din.
“Ya Allah, dah tentulah suami saya ni. Kita ni sekarang tengah bercakap tentang dimana hadiah pemberian Hilman tu. Bukan bercakap soal kasih sayang faham?”
“Iyalah, ada dekat dalam almari tu. Sayang sangat dekat hadiah tu.” Faiq mula turun dari pangkin dan ingin menyarungkan selipar jepun yang setahu aku diambil dari jamban sebab seliparnya yang lama dah putus.
“Bie, Esha bukan sayang dekat hadiah tu pun. Tapi Esha lebih kepada menghargai pemberian orang. Memang daripada dulu lagi siapa aje yang bagi hadiah dekat Esha. Esha akan hargainya.” Aku berterus terang kepada dia supaya lebih jelas dan tidak lagi salah anggap.
“Sayang dah buat Bie merajuk.”
“Merajuk pasaipa pulak dah.” Aku mengerutkan dahi. Mengada betul laki aku ni. Okey, eloklah dia mengada dengan aku, kalau dengan perempuan lain macam mana? Macam mana apa lagi memang dua-dua makan terompah kayu kang.
“Pasal tadilah, sekarang ni Bie nak denda Sayang!”
“Denda apa?”
“Semua pergi mana?” soal Faiq. Dah tau tanya lagi.
“Mak, Along, Kak Seri dengan Qayyum pergi rumah Mak Tam, Angah dengan bini dia dah balik rumah dia dan Adik pulak dia pergi study group dengan kawan, kan tadi dah cakap. Berapa kali nak ulang.”
“Maknanya kita berdualah dalam rumah kan?”
“Jadi kalau kita berdua sekalipun kenapa? Apa masalahnya.”
“Okey Sayang selalu pengantin lepas kahwin buat apa.”
Aik, lain macam betul soalan laki aku ni. Buat berpeluh pulak rasa.
“Honeymoon.” Terlintas perkataan itu dalam fikiran. Selepas aku menyebut perkataan itu makin ketara perubahan wajah Faiq. Makin lebar senyumannya.
“Sebagai denda jom kita honeymoon kat rumah.” Faiq menarik lembut lenganku dan kami pun masuk ke dalam rumah. Mahu tak mahu aku terpaksa akur dengan kehendaknya. Pening kepala aku dibuatnya, kekadang aku terfikir. Aku ni kahwin dengan lelaki dewasa ataupun dengan kanak-kanak? Perangainya kekadang seperti kanak-kanak, sungguh tak matang berbeza dengan waktu zaman sekolah dulu. Dia kelihatan lebih matang biarpun mulut macam longkang. Eh terkutuk suami sendiri pulak. Maafkan Sayang okey!
❁❁❁❁❁
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top