BAB 24

Faiq menolak kebelakang beberapa helai rambutnya yang sudah jatuh ke dahi dan dilap sedikit peluh dengan tuala putih yang disangkutkan di bahu. Abang Imran sengaja menyuruh Faiq menjolok buah pelam muda di hadapan rumah. Baru aje semalam kau jadi laki aku hari ni kau dah kena buli dengan Along.

Bini dia si Kak Seri yang mengidam pelam, laki aku juga yang kena jolok buah. Nasib kaulah Encik Suami. Along dengan Angah pun masa inilah ada hal dekat pekan. Jadi tinggal Faiq ajelah lelaki yang boleh diharap untuk menjolok buah pelam muda.

"Suka betul Kak Seri tengok suami kamu tu, tak banyak cakap masa Kak Seri nak mintak tolong tadi. Baby ni pun satu masa inilah nak makan pelamlah," ujar Kak Seri sambil mengusap perut yang sedang memboyot itu. Usia kandungan Kak Seri dalam lingkungan tujuh bulan.

"Biasalah perempuan kalau tengah mengandung memanglah akan mengidam macam-macam," balasku. Alah Kak Seri, cakap ajelah yang sebenarnya memang Kak yang nak makan kan? Hisy, jahatnya aku nanti aku mengandung terkena kat batang hidung sendiri lagi parah. Mengidam macam-macam mau botak Faiq dibuatnya kang.

"Kak Seri tak sabar nak tengok korang ada anak. Mesti comel-comel ikut mak ayah dia." Pujian Kak Seri seperti terselit hasrat. Sabarlah Kak Seri bagilah Esha dengan Faiq bulan madu dulu. Tapi kalau dah ada rezeki awal apa salahnya.

"Hisy, apa Kak Seri ni Esha baru kahwin semalam tau. Kak Seri mana Qayyum dia dengan mak ke?"

"Qayyum ada dekat dengan nenek dia. Makin hari dia makin aktif. Kak Seri yang dah sarat ni makin penat nak jaga dia. Kak Seri risau kalau dia ni berterusan macam tu." Terdengar seperti keluhan dari Kak Seri.

"Alah Kak, budak-budak baru nak membesar biasalah. Esha yakin yang Along boleh jaga Qayyum baik-baik. Insya-Allah dengan didikan dari Kak Seri dengan Along dia akan budak baik macam budak-budak lain."

"Kak Seri pun harap macam tu lah. Tu laki kamu dah sampai bawak pelam." Kak Seri memandang ke arah Faiq.

"Bertuah punya suami! Sampai enam biji pelam dia ambik. Ni nak bagi orang makan ke jin?" Aku menggelengkan kepala. Kak Seri sudah meletus ketawa. Faiq yang baru saja sampai di pangkin bawah pokok rambutan itu mengaru-garu kepalanya.

"Kenapa Kak Seri gelak ni? Ada apa-apa yang kelakar ke?" soal Faiq dengan riak wajah yang hairan. Dahinya berkerut-kerut.

"Banyaknya kamu ambik buah pelam ni, Kak Seri nak dua biji aje. Yang lebih ni nak bagi siapa? Nak bagi Esha? Esha belum lagi ada isi dalam perut. Dia bukan suka makan pelam pun."

"Iya ke? Manalah saya tau. Yang lebih ni buat kerabu sedap kan?" soal Faiq memberikan idea.

"Kalau buat kerabu pun bini kamu ni bukan makan pun. Tapi kalau Along dengan Kak Seri makanlah kut. Bagilah pelam tu, akak nak masuk dalam nak ambil pisau." Kak Seri sudah susah payah untuk bangun.

"Eh tak apa, biar Esha yang ambilkan. Esha teringin pulak nak rasa pelam muda tu cicah dengan kicap dan gula." Aku bangun lalu segera masuk ke dalam rumah dan buat apa yang patut.

Setelah siap membancuh air, aku susun cawan, pisau dan cicah kicap yang dicampur gula itu dalam satu dulang. Harap tak tumpahlah pencicah tu. Saat aku keluar, aku ternampak kelibat yang amat aku kenali. Hilman? Dia tengah bercakap dengan laki aku ke tu. Hisy, dah macam kenal lama pulak. Aku terus mendekati pangkin itu. Dulang itu aku letak bersebelahan Kak Seri.

"Hilman, bila sampai." soal aku ramah.

"Baru aje, Esha saya ada benda nak cakap dengan awak. Faiq bolehkan aku bercakap dengan isteri kau sekejap," balas Hilman lalu meminta izin dari Faiq. Faiq hanya mengangguk tanda iya.

"Terima kasih, Esha kita cakap dengan sana sekejap." Hilman mengangkat jarinya lalu ditujukan ke arah keretanya.

"Okey." Aku akur dan hanya mengikuti dia. Pelik pulak, Faiq semalam punyalah cemburu sampai tak nak cakap dengan aku. Petang ni dia bagi pulak aku jumpa si Hilman ni. Tak faham betullah.

"Esha, maaf sebab tak dapat hadir semalam."

"Tak apa saya faham," balas aku bersahaja.

"Saya harap dengan perkahwinan awak ni takkan memutuskan hubungan persahabatan kita."

"Tapikan...."

"Janganlah risau Esha, saya ni bukannya jahat sangat sampai nak jadi peruntuh rumah tangga awak. Saya dah boleh terima semuanya dengan hati yang terbuka. Saya tahu kita dah tak boleh rapat sangat macam dulu-dulu. Awakkan dah bersuami. Apa-apa pun tahniah sahabat, semoga perkahwinan yang dibina akan kekal selamanya hingga ke akhir hayat. Sebelum terlupa saya ada hadiah untuk awak." Hilman membuka pintu keretanya lalu mengambil sebuah kotak hadiah bersaiz sederhana yang berwarna merah dan hitam.

"Terima kasih Hilman, tapi ni apa?"

"Nanti awak bukalah. Nah ambil." Hilman menghulurkan kotak itu pada aku. Tanpa banyak kata aku terus mengambil.

"Saya baliklah dulu, ada kerja sikit. Apa-apa pun selamat pengantin baru. Suami awak dah menjeling-jeling dekat sini, cemburulah tu. Okeylah bye assalamualaikum." Hilman segera masuk ke dalam keretanya sekejap sahaja kereta milik Hilman hilang dari pandangan.
Aku menuju ke pangkin semula. Memang betullah kata Hilman. Menjeling-jeling Faiq pandang aku. Aik, tadi nampak macam tak cemburu.

"Hilman cakap apa?" soal Kak Seri sambil menyuapkan pelam muda ke dalam mulutnya.

"Tak ada apa pun, dia cuma minta maaf aje tak dapat datang semalam." Aku tak mahu bercakap lebih berkaitan tentang Hilman. Merajuk si Faiq tu susah aku nak pujuk. Belum apa-apa Faiq sudah berlalu pergi dengan wajah yang serius. Aku dah agak cemburulah tu adeh.

❁❁❁❁❁

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top