BAB 23

"Hang dah kenapa nak jumpa aku tengah gelap laguni tak boleh tunggu matahari keluaq ke. Laki hang tak bebel ke yang hang keluaq ni?" soal aku sebaik sahaja nampak wajah Ryana. Air mukanya kelihatan resah dah macam ada benda kecemasan berlaku.

"Macam mana hang dengan Faiq semalam?" Ryana terus mengukirkan senyuman nakal. Minah ni memang nak kena, aku ingatkan apa bendalah.

"Hang jumpa aku semata-mata nak tanya benda ni aje? Hang dah kenapa aku tumbuk muka hang sat lagi kang." Aku mula mengepalkan tangan.

"Eh, jangan tumbuk muka aku. Rosak muka aku sat lagi. Esha, tolong aku boleh dak? Aku ada masalah ni." Tiba-tiba Ryana merayu dan merengek-rengek sambil memaut lengan aku. Dah macam kucing gatal gaya Ryana ni.

"Awat? Hang gaduh dengan laki hang ka?" Aku cuba meneka ternyata benar tekaanku. Ryana mengangguk sambil memuncungkan bibirnya.

"Gaduh pasaipa?"

"Aku terpukul Shakeel."

"Hang dah gila ka apa pi bantai laki hang? Baru je jadi bini dah kena pukul. Hang jangan main-main dia ceraikan hang sat lagi padan muka," ujar aku sengaja untuk menakutkan Ryana.

"Aku terpukul bahu dia lepas tu tertolak dia sikit aje sampai dia jatuh katil. Lepas tu dia merajuk tak nak cakap dengan aku dah. Salah dialah siapa suruh sorok barang aku. Aku mintak elok-elok dia tak nak bagi lepas tu apa lagi aku..." belum sempat Ryana menghabiskan kata-katanya aku segera menyambung.

"Apa lagi hang belasahlah laki hang kan? Hang ni Ryana belajarlah jadi lemah lembut sikit. Aku ingatkan bila dah jadi bini orang, hang dah buanglah perangai kasar hang ni. Apa kata kalau hang pujuk dia baik-baik. Kau kan pandai bab pujuk memujuk. Hang kalau minta pendapat aku pun. Apa aku boleh bagi. Laki aku merajuk semalam pun. Aku tak tau nak pujuk macam mana."

"Faiq ngok ngek tu merajuk? Eh macam berjanji pulak laki kita sama-sama merajuk. Hang dengan Faiq macam mana sekarang okey dah ke?"

"Hang ngok ngekkan laki aku Ryana? Alhamdullilah aku dengan laki dah berbaik."

"Hang buat apa, hang pujuk ka? Senangnya, eh laki aku pulak susah nak dipujuk." Ryana bercekak pinggang.

"Aku tak pujuk pun, tapi rasanya hang tak perlu tau kut. Benda yang paling penting yang hang kena tau, macam mana cara nak pujuk laki kesayangan hang tu si Shakeel."

"Tips please, aku dah bosan tengok muka monyok laki aku. Habis hilang kekacakkannya."

"Hang ni lah Ryana, apa kata kalau hang cuba bermanja dengan dia. Mana tau dia cair ke. Tak pun pergi cakap baik-baik minta maaf, takkan tu pun nak aku ajar."

"Dengan hang bolehlah aku mengadu, kalau aku mengadu kat mak silap-silap dia tarik telinga aku. Nanti mesti dia cakap 'Laki sendiri pun tak pandai pujuk ka?' Aku takutlah." Ryana masih kekal dengan wajah monyoknya.

Tiba-tiba terdengar bunyi deheman dari belakang. Ternyata itu adalah Faiq. Ya Allah, Dia dengar ke apa yang aku sembang dengan Ryana ni.

"Faiq hai segak hang hari ni." Ryana menegur suamiku. Kenapalah tiba-tiba muncul buat aku luruh jantung aje.

"Rancak bersembang dekat tangga tu tak nak masuk dalam rumah ke, korang sembang apa tu?" Faiq memeluk tubuhnya sambil merenung kami. Aku tak mahu berpaling memandang Faiq.

"Hal rumah tangga," balas Ryana jujur.

"Ryana, hang dah kenapa jujur sangat ni?" gumamku sambil menjegilkan mata kepadanya.

"Hal rumah tangga, hal apa ya? Sayang, tadi abang ada dengar perkataan merajuk. Kenapa, siapa yang merajuk tu?" Soalan dari Faiq membuatkan aku longgar lutut. Kurang asam punya Ryana, kenapalah hang jujur sangat apahal? Mesti Faiq fikir yang aku mengadu hal rumah tangga dekat Ryana. Aduh malunya.

"Shakeel, dia merajuk dengan Ryana. Ryana kata terpukul dan tertolak Shakeel sampai jatuh katil sebab Shakeel sorok barang Ryana. Sampai sekarang Shakeel merajuk dengan Ryana. Ryana datang sini minta tolong macam mana cara nak pujuk Shakeel. Ryana pun satu dia tak tau yang ke yang Esha ni pun tak pandai pujuk orang." Aku jujur juga, padan muka kau Ryana. Ryana menganggukkan kepalanya lalu lengan aku dicubit.

"Aduh!" Aku mengosokkan bahagian lengan yang rasa sakit akibat dicubit oleh Ryana.

"Kenapa Sayang?" Faiq menjadi prihatin lalu menghampiri aku.

"Tak ada apalah, Abang boleh tolong kan? Bagilah tips sikit cara nak pujuk Shakeel tu. Ryana baik kau cepat-cepat pujuk sebelum perempuan lain pujukkan." Aku sengaja menakutkan Ryana lagi.

"Tak susah pun nak pujuk Shakeel, cakap baik-baik dengan dia kemudian minta maaf nanti dia baiklah tu, tapi pelik juga masa korang bertunang takkanlah tak pernah gaduh?" balas Faiq lalu lenganku dipaut. Dia nak buat apa pulak ni? Takkanlah depan Ryana pun nak bermanja. Malulah aku.

"Dah tau cara nak pujuk Shakeel kan? Okey sekarang hang boleh pi balik ya."

"Wahai Faiq, dulu kalau dia merajuk aku tak pujuk pun, tapi bila dah kahwin kenalah pandai pujuk takut perempuan lain pulak yang tolong pujukkan. Eh, Esha halau aku nampak, tahulah nak bermanja tapi jangan kat depan sini faham? Nak buat apa-apa boleh masuk dalam rumah ya. Okey aku balik dulu bye." Ryana segera beredar daripada situ.

"Abang ni dah kenapa? Malulah depan Ryana tadi." Aku mencebikkan bibir.

"Jom sarapan, Aqila dengan mak dah siapkan sarapan." Faiq mengajak aku sarapan. Aduh Ryana punya hal ni tak sempat aku nak tolong mak masak. Tak apa, makan tengahari nanti biar aku pulak masak. Aku akur dan menuju ke dapur dengan Faiq.

❁❁❁❁❁

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top