EPISOD 24

SEAWAL pukul lapan pagi lagi Fathi sudah berangkat ke kem kerana dipanggil oleh orang atasan. Entah atas urusan apa pun Fathiah tak tahu. Tapi, ada baiknya juga kerana inilah kesempatan yang Fathiah nantikan demi memberikan hadiah istimewa buat suaminya sempena ulang tahun Fathi yang ke 34 tahun.

"Alhamdulillah dah siap pun kek untuk Fathi. Tak sabarnya nak bagi dia hadiah..."

Fathiah tertunduk. Tangannya meraba-raba perutnya yang kempis. Ya Tuhan, nikmat yang Allah kurniakan kepadanya saat ini membuatkan Fathiah bersyukur. Benarlah, di sebaliik ujian pasti ada nikmat yang Allah berikan buat hambaNya yang bersabar.

Bunyi kunci rumah dibuka menyentak Fathiah daripada lamunan panjang. Buru-buru gadis itu berdiri di muka pintu sambil membawa kek coklat yang dibuat khas untuk Fathi.

"Happy birthday abang!"

Tak semena-mena, Fathi terpelongo melihat kejutan yang menjemput kepulangannya. Dia tersenyum lebar seraya meniup lilin. Ya Tuhan, Fathiah tak pernah gagal memberikan kebahagiaan buatnya. Dia sendiri lupa akan ulang tahunnya.

"Birthday abang ke hari ni?"

Fathi merangkul pinggang Fathiah sambil memegang kek. Mereka beriringan ke meja makan yang sudah terhidang dengan makanan kegemarannya. Ayam masak lemak cili api. Sayur nangka. Tempe goreng.

"Baru 34 bang. Awal sangat kalau nak nyanyuk."

Fathi tertawa dengan lelucon Fathiah. "Terima kasih sayang... selalu bahagiakan abang." Kucupan lembut diberikan di dahi si isteri.

"Sikit je ni. Tengok ni... Thia sempat tau belajar masak ayam masak lemak cili api dengan mak. Ni makanan favourite abang kan. Rasalah. Kalau tak sedap, Thia minta maaf."

Dengan lafaz bismillah, Fathi menyambut suapan Fathiah. Dia terangguk-angguk. Tak mampu berkata-kata lagi tatkala rasanya begitu menyengat.

"Sedap?"

Ibu jari diangkat. "Sedap. Cheff kiss!"

Fathiah tertawa tatkala melihat Fathi mula menjamah hidangan yang dimasaknya. Bahkan, Fathi menambah lagi ayam masak lemak cili api. Syukurlah, masakannya membuatkan Fathi berselera.

"Thia ada hadiah untuk abang."

Usai saja mereka menjamah makan tengah hari, Fathiah mengeluarkan kotak berwarna biru yang diikat dengan reben. Debaran kian memalu jantungnya. Mahu melihat reaksi Fathi setelah membuka kotak baldu itu.

"Abang pun ada benda nak bagi tahu Thia sebenarnya."

Nada suara Fathi yang kedengaran tegang membuatkan senyuman Fathiah berubah pahit. Air muka Fathi jelas menunjukkan ada riak bersalah terpancar di wajah pemuda itu.

"Apa dia?"

"Thia bagi tahu dulu hadiah apa yang Thia..."

"Abanglah dulu. Macam serius aje bunyinya."

Nafas panjang dihela. Fathi mengenggam kedua-dua belah tangan Fathiah. Mencari ayat untuk menjelaskan kepada isterinya tentang tugas yang telah diberikan oleh orang atasan.

"Kita sama-sama bagi tahu."

"Okey... kita sama-sama bagi tahu."

Fathiah mula hilang mood mahu menyampaikan kepada Fathi. Dia dapat rasa berita ini akan meranapkan sekeping hatinya yang memerlukan Fathi di sisi.

"Abang ada misi kat Lubnan."

"Thia mengandung."

Sontak, suasana sepi buat seketika. Baik Fathi mahupun Fathiah kedua-duanya kaget dengan berita yang disampaikan antara satu sama lain. Emosi berbolak balik sekelip mata.

"A... apa dia Thia?"

"Abang kena pergi Lubnan?"

"Sekejap... ulang balik apa Thia cakap tadi." Nada suara Fathi bergetar menahan sebak. Dia dengar. Tapi, Fathi mahu mendengar berita itu sekali lagi.

"Buka kotak hadiah ni..."

Laju saja Fathi membuka kotak hadiah itu. Senyumannya melebar lagi melihat foto ultrasound yang terletak di dalam kotak bersama dengan cross stitch keychain figura seorang wanita mengandung bersama dengan figura lelaki berpakaian tentera.

"Ya Allah sayang... abang... abang akan jadi ayah."

Senyuman terkulum di bibir Fathiah. Dia mengangguk tatkala Fathi mengucup kura tangannya bertalu-talu. "Ya abang. Kita akan jadi ibu dan ayah. Tanda cinta kita sedang membesar dalam kandungan Thia..."

Fathiah meletakkan tangan kekar Fathi ke kandungannya yang baru berusia tiga bulan. Tubir matanya terasa hangat tatkala Fathi melekapkan telinga ke kandungannya. Jari jemari mengusap lembut rambut lebat Fathi.

Fathi akan tinggalkan dia dan bayi mereka lagi...

"Berapa lama abang kat Lubnan?"

"Abang terlibat dengan misi keamanan di bawah PBB. Nama abang naik tahun ni. Lama sayang... setahun."

Tak semena-mena, setitis air mata mengalir ke pipi Fathiah. Buru-buru, dia mengesat air matanya. Namun, tangkas ditepis lembut oleh Fathi. Fathiah hanya membiarkan saja Fathi mengusap sisa air mata itu.

"Tapi Thia mengandung. Kalau... Thia larang abang pergi... Thia pentingkan diri sendiri ke?"

"Sayang... isteri abang tak pentingkan diri pun. Abang faham... Thia perlukan abang untuk temankan Thia sepanjang Thia mengandung. Abang faham Thia nak abang sambut kelahiran anak kita."

"Abang..."

Ya Tuhan... betapa luluhnya hati Fathi mendengar esakan halus Fathiah yang sudah merangkul tubuhnya. Tak apa. Fathiah sedang hamil. Hormon ibu mengandung membuatkan emosinya sering berubah-ubah. Fathi mengerti. Membiarkan saja Fathiah menangis sepuasnya dengan harapan selepas ini Fathiah akan terus teguh menjadi isteri perajurit.

"THIA mengandung... kau memang nak pergi ke?"

Fathi mencapai bondome yang dihulurkan oleh Izwan. Sungguh, soalan ini sangat mengundang dilema buat pemuda yang akan menaiki Hornet pada pagi itu.

"Iz... aku ni kalau boleh nak temankan Thia. Nak lagi ni kehamilan pertama dia. Anak pertama kami. Tapi kau tahu kan tugas kita ni macam mana."

"Kau tak nak cuba berunding dengan pegawai atas?"

Keluhan berat dilepaskan. Fathi hanya menggelengkan kepalanya seraya memakai bondome. Langkah diatur ke pesawat yang sudah disediakan di lapangan. Tiada kata yang mampu dia ucapkan lagi. Baik Fathiah mahupun negara kedua-duanya penting.

Dia perlu ajar Fathiah menjadi isteri perajurit. Fathiah perlu menjadi isteri yang teguh dan dia yakin suatu saat nanti isterinya itu akan teguh hatinya dalam berhadapan dengan ujian.

KEJORA dan purnama yang menghias dada langit dipandang sayu. Fathiah hanya kaku di balkoni rumah sambil mengusap kandungannya. Sesekali, air mata yang mengalir ke pipi dikesat lembut.

Dia mengandung. Fathi akan pergi bertugas selama setahun. Ya Allah, dugaan ini sangat berat untuk diterima.

"Tak boleh. Aku tak boleh lemah. Arwah ayah aku perajurit. Mama aku isteri perajurit yang kehilangan suaminya. Suami aku harapan negara. Jangan lemah, Thia. Kau kena kuat... kau ada darah satria!"

Fathiah menghela nafas panjang. Dia mengusap kasar air mata yang tak mahu berhenti. Fathi akan pulang dalam keadaan selamat. Dia tak perlu meratapi pemergian suaminya demi tugas.

"Anak ibu... kita akan sama-sama kuat bila abah jauh daripada kita ya."

"Isteri abang memang kuat..."

Fathiah tersentak tatkala tubuhnya dirangkul dari belakang. Dia mengulum senyum tatkala hembusan nafas Fathi terasa di leher jinjangnya.

"Isteri perajurit kena kuat. Anak kita akan kuat kalau ibunya pun kuat."

Perlahan-lahan, Fathiah memalingkan tubuhnya berhadapan dengan Fathi yang baru saja pulang dari masjid. Kata-kata itu singkat saja namun cukup memberikan suntikan semangat buat Fathiah.

Ya, anak mereka akan kuat jika Fathiah kuat.

"Jom dating."

"Kat mana?"

"Sayang ikut je abang. Abang tak nak isteri abang stres. Thia perluan udara malam supaya Thia rasa tenang." Fathi mengusap lembut kandungan Fathiah. Sejujurnya, hati masih terkilan tika dia tak dapat peluang menyambut kehadiran anak sulung mereka.

Tapi, Fathi reda andai ini ujian buat mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top