BLURB

"Falah dah meninggal dalam operasi tu, Thia. Dia terkorban..." - PUAN WATI

"Tak! Dia... dia ada lagi. Dia dah janji dia akan balik. Dia akan nikahi Thia bila dia dah balik!" -IMANI FATHIAH

Di saat dia menanti kepulangan perajuritnya untuk melafazkan akad nikah, sebuah berita duka menghancurkan impian Imani Fathiah dalam masa dua minggu saja lagi. Siapa sangka, penantian Fathiah berakhir dengan sebuah perpisahan apabila sang tunang gugur di medan perang.

Senyuman Fathiah pudar. Trauma kehilangan sering menjadi bayangan gadis itu. Dia paranoid dalam membina hubungan baharu. 

"Aku boleh buka balik hati kau sebab kunci hati kau ada dengan aku." - IMAN FATHI

"Maaf kau dah basi, Iman Fathi. Dah macam-macam aku lalui sepanjang 15 tahun ni dan maaf kau tu tak berkesan dah untuk aku." - IMANI FATHIAH

11 tahun berlalu, kepulangan bekas kekasihnya telah membuka parut lama dalam hati Fathiah. Baginya, kisah cinta di antara dia dan Fathi hanyalah sebuah arkib lama yang sudah luput. Bukan mudah untuk Fathiah melupakan rasa sakit ditinggalkan oleh Fathi tanpa khabar berita. Apatah lagi mereka pernah punya angan untuk hidup bahagia.

Tapi, Fathi tak pernah melupakan cintanya buat Fathiah meskipun 15 tahun mereka berpisah. Hatinya masih tertulis buat gadis itu meskipun dia yang menyakiti dua hati yang saling mencintai. Rindunya buat Fathiah tak pernah luput di ruang hati. Bermacam cara Fathi lakukan demi mendapatkan kemaafan Fathiah walaupun hanya kedinginan yang dibalas oleh si gadis.

Sehinggalah... sebuah kebenaran mula terungkai di sebalik perpisahan mereka dahulu. Mereka berkongsi perih yang sama dan keperitan itu jugalah yang menghubungkan mereka semula.

"Aku faham, Thia. Sakit hilang orang yang kita sayang. Kita rasa dunia kita gelap. Musnah sekelip mata. Rasa tak ada tempat bergantung. Tapi... siapa kita nak lawan qada dan qadar Allah? Kematian itu pasti. Itu perjalanan terakhir kita sebagai hamba Allah." - IMAN FATHI

Satu hakikat Fathiah sedar bahawa dia perlu melepaskan pemergian Falah dan menerima semula Fathi dalam hidupnya. Demi sebuah kebahagian baharu, Fathi tulus menikahi Fathiah atas dasar cinta.

Namun, sekali lagi Fathiah harus belajar erti perpisahan tatkala Fathi juga punya tugas sebagai perajurit untuk melindungi negara. Rindu buat Fathi mengajar Fathiah bahawa cintanya kembali mekar buat suaminya.

"Dah tak ada barang tinggal lagi kan?" -IMANI FATHIAH

"Abang tertinggal isteri yang abang baru nikahi semalam."  -IMAN FATHI

🌹🌹🌹


Author notes 🌹
S

aya takde idea nak tulis cerita Jebat jadi saya letak ebook  yang saya edarkan secara percuma bulan lepas  dalam sini.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top