Teaser 3
Pandangan Lucas sejak tadi hanya melekat saja pada Bella yang begitu ralit memerhati jadual kerjanya. Dia menopang sebelah kepalanya.
Benar-benar tidak jemu menatap gadis polos itu. Tingkah gadis itu sering saja menarik perhatiannya. Jari telunjuknya bergerak bermain dengan jari telunjuk Bella.
Bella mengangkat wajahnya. Dia tersenyum kecil dengan tingkah manja Lucas itu. Sudah biasa.
"Kelas okey?" soal Lucas sekadar ingin berbual.
"Okey. Seronok." balas Bella ringkas.
"Oh." Lucas kembali sibuk bermain dengan tangan Bella. Sempat dia bandingkan saiz telapak tangan mereka.
"Lucas. Kelas vokal kau dah nak mula."
Mark yang muncul secara tiba-tiba itu membuatkan Lucas tersentak. Pantas dia duduk tegak. Nasib sahaja Mark tidak nampak kelakuannya tadi.
"Dengar tak?" Mark mengangkat wajahnya dari menatap layar skrin telefonnya apabila Lucas tidak menyahut.
"Ya, dengar." sahut Lucas perlahan. Segera dia bangkit berdiri. Takut Mark bising jika dia sengaja berlengah-lengah.
"Jom, Bella. Kita ada meeting untuk persiapan fan meeting nanti." ajak Mark kepada Bella.
Anak mata mengerling ke arah Mark yang sudah berpaling ingin keluar dari bilik tersebut. Sempat Lucas mencuit hidung Bella sebelum berjalan keluar.
Bella hanya tersenyum saja. Dia turut sama bangkit berdiri. Langkah dibawa menyaingi Lucas. Apabila mereka ingin berpisah, dia dapat merasakan tangannya sempat digenggam Lucas sekilas.
Lucas mengenyitkan sebelah matanya sebelum berjalan ke arah yang bertentangan dengan jalan yang diambil Mark dan Bella. Sempat dia melambai kecil.
Bella sembunyi senyum. Ada saja tingkah Lucas yang mencuit hatinya.
"Bella. Tunggu apa lagi? Cepat." tegur Mark.
"Ya." Bella berlari anak mengejar langkah Mark.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top