Storytime

Reverse Halilintar menarik nafas dalam dan cuba untuk mengawal kuasanya. Dia tak nak Gempa tercedera lagi kalau kuasanya hilang kawalan.

R.Halilintar; Agak panjang ceritanya boss..

Gempa: Aku ada banyak masa nak luangkan.

R.Halilintar:*sad chuckle* Aku ada banyak kerja nak kena buat.

Gempa: Aku boss kau aku boleh suruh orang lain buatkan. *persistent*

R.Halilintar tergelak kecil sebelum memandang keluar.

Dia mula bercerita.

R.Halilintar: Kita...tak bertuah sangat dalam hidup ni. Mak meninggal lepas lahirkan kita. A-..Amato tu pulak,selalu ada urusan kerja. Kita dibesarkan oleh pengasuh yang tak berapa nak baik dari umur 5 sampailah 10 tahun, baru kita pindah ke Pulau Rintis untuk....tinggal dengan Tok Aba...

Gempa mendengar dengan teliti dan tangannya masih setia berada pada tangan Reverse Halilintar. Dia faham mungkin sukar Reverse Halilintar nak luahkan segalanya.

R.Halilintar; Atok sajalah yang berikan kasih sayang pada kita,manjakan kita dan semuanya. Lepas tu,kita jumpa dengan Ochobot yang bagi kita kuasa Elemental ni.

Gempa: Macam mana dengan kawan² kita?

R.Halilintar: Tch- Mereka pun dapat kuasa juga. Dekat sekolah,kita selalu dibuli sebab nampak aneh,sebab rambut putih kan? Dalam perjumpaan sekolah,tak ada sesiapa yang datang sampai kita digelar sebagai 'anak kutip'.

Gempa:*ketap bibir* M-Macam mana dengan kawan² kita? diaorang...tak tolon-

R.Halilintar: Huh! Lagi diaorang gelakkan adalah! Alasannya: Alah,kau kan ada kuasa kuat tak kan orang cakap sikit dah gembeng? Diaorang akan cakap tu,setiap kali kita cuba nak luahkan perasaan pada mereka.

Gempa mengangguk perlahan.

Patutlah Reverse Elemental sangat bencikan diaorang sekarang.

R.Halilintar: Dan kemudian,ada alien datang,ambik Ochobot dan ada banyak benda berlaku...Tapi apa yang penting,kita dapat upgrade kuasa yang baru.

Gempa: Thorn dan Solar?

R.Halilintar; *angguk*Ya. Lepas tu,kita terpaksa sertai TAPOPS semasa umur kita 12 tahun. Jadi,kita kena...tinggalkan..

Gempa:Tinggalkan Tok Aba sendiri dekat bumi?

R.Halilintar:*angguk* Ya...

Gempa melihat air muka Reverse Halilintar berubah apabila topik mengenai Tok Aba disentuh.Dia pun tahu yang dalam dimensi ni,Tok Aba dah tak ada. Mungkin itu sebab kenapa mereka jadi macam ni sekarang..

R.Halilintar:K-Kita cuba...aku sumpah kita cuba u-untuk puaskan semua orang...t-tolong orang dengan semampu yang kita boleh..selamatkan semua Power Sphera yang ada dan selari d-dengan study...k-kita cuma minta satu benda saja...Tch-Tak guna...

R.Halilintar menutup mata menggunakan tangannya.Gempa rasa yang tangan R.Halilintar bergetar.

Gempa:Hali...Kalau kau tak boleh sambung..kita boleh stop?

R.Halilintar:Tak..Kau kena tahu...Aku tak nak kau jumpa lagi dengan si tak guna tu!

Gempa:Kenapa?Apa yang diaorang dah buat?

R.Halilintar:Diaorang punca Tok Aba meninggal!

Gempa terdiam. Reverse Halilintar mengetap bibirnya kuat dan memandang Gempa. Dia nampak lebih terkejut dari apa yang dia sangka.

Gempa:*deep breath*....Apa jadi..dengan Tok Aba..?

R.Halilintar:... Masa tu..hari dimana akhirnya kita dapat cuti..semua boleh balik..tapi Kokoci tu tahan kita daripada balik sebab ada misi penting kena buat...Dia paksa kita untuk pergi bila tak guna yang lain tu boleh balik...Walaupun banyak kali kita merayu...mereka masih tak benarkan...Jadi..kita minta mereka untuk tolong jaga Bumi dan tolong lindungi Tok Aba...Itu saja...kita cuma minta satu tu saja...tapi mereka mengkhianati kita!

Gempa: Khianati?

R.Halilintar:Bumi diserang oleh lanun angkasa masa kita jauh dari Bumi.Diaorang tahu mana kita tinggal dan mereka gagal untuk lindungi Bumi! Kita tinggalkan misi tu dan terus teleport ke Pulau Rintis...tapi...tempat tu dah musnah sebahagiannya...Dan Tok Aba...ada dekat bawah runtuhan rumah dia...dengan kesan tembakan dekat badan dia...Dia dah lama tak ada bila kita sampai...

Reverse Halilintar menggenggam kuat tangannya. Dia tak boleh lupa bagaimana hancurnya hati dia bila orang yang menyayangi dia sepanjang hidup pergi macam itu saja.Kuasa terkuat sekalipun tak berguna kalau orang yang dia nak lindungi dah tak ada.

R.Halilintar:Aku benci diaorang...Aku nak diaorang mati!Aku nak diaorang terseksa macam apa yang kita rasa!Macam apa yang kita lalui...Potensi kuasa Elemental yang sebenar lebih luas daripada ini...Aku gembira yang kita dapat menjangkaui batasan kuasa...Hahahah...Dengan semua Power Sphere dalam genggaman kita..Tak ada apa yang pemberontak tu boleh buat....Tak ada apa...

Gempa diam.Dia tak tahu nak komen apa. Jadi,bukan Reverse Elemental saja yang salah dalam hal ni.Dia dah agak ada punca kenapa mereka jadi macam ni.

Gempa;*deep breath* Tapi..Kau puas ke?Jadi macam ni?

Soalan Gempa buat Reverse Halilintar berhenti dari monolog dalaman dia.

R.Halilintar:Apa maksud kau?

Gempa:M-Maksud aku...Dengan buat semua ni...Benda ni buat kau puas ke?

R.Halilintar:Lebih dari puas. Bila kau kuat,semua akan takut dengan kau.Dan tak ada apa yang boleh halang kau dah lepas tu. Galaxy ni, berada dalam tangan kita.

Gempa menghela nafas.Gayanya macam susah jugaklah dia nak ubah Reverse Elemental. Kemudian,Reverse Halilintar bangun.

R.Halilintar: Dah,aku dah cerita semuanya.Sekarang,masa untuk kau pergi berehat.*tarik kerusi roda Gempa*

Gempa:What??Nooo aku tak nak tidur lagi!Aku tak penat-*tetiba menguap*

R.Halilintar:Heh,tak penat kau kata?*tolak Gempa keluar*

Gempa:*pout* Yelah...

Reverse Halilintar meneruskan dengan menolak kerusi roda Gempa.Tiba-tiba,intercomnya berbunyi.

R.Halilintar:Ya?

R.Blaze:Halilintar! Gempa ada dengan kau tak?!Dia tak ada dalam wad!

R.Halilintar melihat Gempa yang dah tertidur atas kerusi.

R.Halilintar:Ya,dia ada dengan aku.Jangan risau.Aku akan bawa dia kebilik untuk berehat.

R.Blaze:Fiuh...Risau aku...Tapi kan,boss belum makan lagi tu.Nanti kau tolong ya?Aku kena tolong Solar dengan report untuk Kerajaan Lapu.

R.Halilintar:Hn.*putuskan talian*

Reverse Halilintar meneruskan dengan menolak Gempa kebilik tidurnya.Sampai didepan bilik Gempa,dia memasukkan kata laluan kecemasan untuk akses kedalam bilik tidur dia. Dia kemudian menolak Gempa masuk dan menempatkan kerusi roda itu bersebelahan dengan katil.

Dengan berhati-hati,dia mengangkat badan Gempa dan perlahan-lahan meletakkan dia diatas katil dan menyelimutkan dia. Reverse Halilintar mengeluh sebelum melihat Gempa.

Gempa tertidur dengan tenang.

R.Halilintar:*soft smile**pat* Terima kasih sebab dengar boss..Aku harap lepas ni kau faham...Kenapa kita buat semua ni.

Reverse Halilintar menyimpan kerusi roda bersebelahan katil Gempa untuk memudahkan dia untuk membawa Gempa kalau-kalau dia ada nak pergi mana-mana esok hari.Kemudian,dia pun keluar dari bilik tidur Gempa.

R.Halilintar:*on intercom* Taufan,kau sibuk?

R.Taufan:Hm?Oh,aku baru lepas potong jari alien ni ha.Kau nak apa?

R.Halilintar:Tinggalkan dulu masa main kau tu.Jumpa aku dekat bilik.Ada benda aku nak bincang.

R.Taufan:Okie dokie~!

.

.

.

.

.

.

.

.

~TBC~

Hello my potatoes~
Muahaha,kita dah sampai chapter 20,masa untuk hiatuskan buku ni buat sementara- *kena gigit buaya*

Hehehe,sorry for the last update!

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top