Sedar

Kapal induk Elemental
Medbay

Unknown days

.
.
.
.
.
.
.
Di dalam wad di kapal induk Reverse Elemental,Gempa tersedar. Dia memerhatikan sekeliling. Dia berada dalam wad dan ada banyak mesin yang bersambung dengan badan dia.

Gempa: A-Argh..sakitnya...*pegang perut*

Gempa menyelak sedikit baju pesakit yang dia pakai. Balutan yang besar menutup kecederaannya. Dan dia boleh nampak ada kesan² hitam yang ada.

Kesan selepas disambar petir.

Gempa cuba untuk duduk tapi perutnya jadi makin sakit. Disebabkan Gempa bergerak,ada loceng yang berbunyi.

Gempa: Apa tu?

Serentak dengan itu,pintu wad itu terbuka dan Reverse Elemental merempuh masuk kedalam.

R.Elemental: Boss!!

Gempa: K-Korang...hi?

Cuma Reverse Halilintar sahaja yang tak ada.

R.Taufan: Kau dah sedar akhirnya boss. Risau kitaorang.

R.Blaze: Itulah! Boss ni kuatlah!

Gempa yang baru bangun dan masih dalam kebengongan itu hanya kelihatan bingung.

Gempa: Um...apa yang dah jadi..sebenarnya?

Reverse Elemental memandang sesama sendiri.

R.Ice: Kau kena culik dengan pemberontak masa dekat Planet Sogai. Kitaorang datang nak selamatkan kau and hapuskan lipas² angkasa tak guna tu.

R.Solar: Ya. Dan,kau halang serangan Halilintar dengan badan kau. Sebab itu kau ada dekat sini sekarang.

R.Thorn: *mumble* Doktor kata...kau dah hampir² tak boleh nak diselamatkan..Sebab Pedang Halilintar betul² tembus badan kau secara fizikal.

R.Blaze: Termasuk harini,dah dekat sebulan jugaklah kau koma.

Gempa: *terkejut* SEBULAN?! A-Auch..

R.Solar: Boss,kau kena banyak rehat. Jangan banyak bergerak. Serangan Halilintar kan serangan berbahaya. Kau dikira beruntung sebab kau selamat. Halilintar memang dah tetapkan serangan dia untuk membunuh.

Gempa mengetap bibirnya kuat.

Sebulan? Dia dah terkandas dekat sini dah sebulan? Apa jadi dengan keadaan dimensi dia dekat sana? D-Bot masih tak boleh nak cari cara ke?

Gempa menutup mata. Frust dengan diri dia sendiri.

R.Thorn: Boss...okay..?

Gempa hanya mengangguk perlahan.

Gempa: Maaf...Aku rasa penat. Boleh tinggalkan aku sendiri?

Reverse Elemental memandang sesama sendiri dan mengangguk. Mereka semua beransur-ansur keluar dari wad Gempa untuk bagi dia berehat.

Gempa: D-Bot..?

Suara D-Bot bergema menjawab panggilan Gempa.

D-Bot: Ya Gempa?

Gempa:....Betul ke kita dah ada dekat sini....sebulan?

D-Bot: Ya,Gempa. Dah sebulan kau tersekat dekat sini. Kau mengalami kecederaan yang sangat serius.

Gempa menghela nafas berat.

Sebulan dia tersadai dekat sini,tanpa apa² progress untuk dia kembali ke dimensi asal dia.

Dia cuma mampu berharap yang tak ada apa² serius terjadi pada mereka yang berada di dimensi dia.

D-Bot: Sekarang ni,kau cuma kena fokus untuk sembuh semula Gempa. Kau lupa apa yang kau janji dengan mereka di dimensi ni?

Gempa: *soft smile* Aku akan cuba untuk selamatkan dimensi ni...

Kemudian,Gempa teringatkan dekat Reverse Halilintar.

Gempa: D-Bot? Masa aku tak sedarkan diri,Reverse Elemental ada perhatikan aku tak?

D-Bot: Reverse Halilintar. Hanya dia yang akan tunggu dekat sini. Dari pagi sampailah ke malam. Kadang² sampai dia tak balik pun ke bilik dia.

Gempa:*mata bulat* Serius?

D-Bot: Ya. Aku rasa,dia rasa bersalah sebab dia punca kau cedera. Reverse Elemental memang loyal pada kau. Mereka akan buat apa saja untuk kau.

Gempa diam sekejap dan berfikir. Dia masih tak tahu kenapa punca sebenarnya mereka jadi seperti ini. Dia tak tahu macam mana sikap Reverse Gempa kepada Reverse Elemental yang lain.

Gempa: *sigh* D-Bot,agak² berapa lama lagi aku akan ada dekat dalam wad ni?

D-Bot: Kau dah diberikan rawatan yang paling canggih dari mereka. Malah,mereka gunakan Health-Bot untuk sembuhkan kau. Jadi aku rasa,dalam dua tiga hari lagi kau dah boleh berjalan macam biasa.

Gempa:*pout* Tapi masih lama. Hm..Tak apalah. Aku boleh gunakan masa yang ada untuk aku cari cara untuk selamatkan diaorang.

D-Bot: Tapi Gempa,kau yakin mereka masih boleh diselamatkan?

Gempa:*soft smile* Diaorang pun diri aku jugak walaupun berbeza dimensi. Jadi aku yakin!

D-Bot: Baiklah kalau kau dah kata macam tu. Dah,pergi sambung rehat kalau kau nak cepat sihat.

Gempa: Pfft- Okay.*giggle*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

I'm proudly hereby announcing that your favourite Author Kim_Ezra has graduated from college!🎉




Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top