Ingkar

Setelah Reverse Gempa membersihkan diri dia,dia kembali berjumpa dengan lanun yang dia bagi lepas tadi.

Lanun: I-I-Ini P-Power Spheranya t-tuan..*pegang Insectbot*

Reverse Gempa mengambil Insectbot itu dalam pegangannya. Nampaknya Insectbot tidak aktif kerana tiada tenaga.

R.Gempa: Bagus,kau boleh pergi jumpa keluarga kau. Kalau aku nampak kau lagi,aku tak kan teragak-agak untuk bunuh kau,termasuklah keluarga kau sekali. *dingin*

Lanun:B-Baik! T-terima kasih tuan!

Lanun itu bergegas melarikan diri dari kapal angkasa tersebut.

R.Gempa: Heh,lemah. *tengok Insectbot* Aku kena bawak ni pergi-

Tiba²,Reverse Gempa terdengar bunyi guruh yang sangat kuat. Dari tingkap kapal angkasa tu,dia boleh nampak kilatan merah.

R.Gempa: *gritted teeth* Halilintar!

Reverse Gempa terus berlari keluar diatas kapal angkasa untuk melihat keadaan diluar.

Yaya,Ying,Gopal dan Fang dah ditangkap oleh lanun² tersebut dan kembar Elemental cuba untuk membebaskan mereka.

R.Gempa: Tch-! Aku baru tinggal sekejap,dah kalah? Memang lemah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dibawah, kembar Elemental cuba untuk selamatkan kawan² mereka.

Blaze: Hali! Patut ke kita ingkar arahan Gempa? Kau tau dia tak suka kita ingkar arahan! Eish-Tumbukan Berapi!*tumbuk lanun*

Halilintar:*guna Pedang Halilintar* Grr...Aku tahu! Tapi Gopal yang suruh datang!

Halilintar merenjat semua lanun² yang mengelilingi kawan mereka itu dan Thorn mengikat mereka semua menggunakan Akar Menjalar.

Solar:*pergi dekat diaorang* Korang okay?

Gopal: Dey! Kau nampak macam kitaorang ni okay ke? Wuhuhu! Tolonglah cepat!

Solar:*roll eyes* Yelah keja- Argh!!

Secara tiba², satu lagi alien yang berada di belakang Solar dan dia menarik Solar jauh dari Fang,Gopal Yaya dan Ying.

...:Semua jangan bergerak!

Suara itu kuat dan bergema membuatkan kembar Elemental berhenti berlawan.

Solar: Lepaskan aku! Tembakan-Ah...*tiba² rasa lemah* K-Kenapa aku rasa lemah...?

...:Hah! Kau fikir aku tak tau kuasa kau,budak BoBoiBoy?! Aku tak kan datang tak bersedia!

Halilintar: *grit teeth* Apa kau dah buat dengan Solar!?

...:Heh,aku dah serap tenaga dan kuasa dia menggunakan Power Sphera kepunyaan aku,Power Sphera Absor-Bot!

Taufan: Cis,ada lagi Power Sphera yang dia ada rupanya!

Thorn: *ready nak lawan* Lepaskan Solar sekarang! Siapa pakcik ni sebenarnya?!

...:Heh! Akulah Kapten Kumbang! Kapten lanun yang paling berbahaya di galaxy ni! *The cliche pirate alien-*


Suasana jadi hening sebentar sebelum Trio Troublemaker mula ketawa.

Blaze: WAHAHAHA-! Kapten Kumbang? Nama jenis apa tu? Hahahaha!!

Taufan:*gelak sambil pegang perut* Hahaha!! Sakit perut aku! Hahahaa!!

Thorn: Hahahaha! Pakcik Kumbang! Kumbang apa? Kumbang tanah ke kumbang rama²? Hahaha!!

Kapten Kumbang mengetap bibirnya kuat bila digelakkan oleh Trio Troublemaker tu. Halilintar dan Ice pun kelihatan macam cuba nak tahan gelak.

K.Kumbang: Berani kau gelakkan Kapten Kumbang?! Rasakan ni!

Kapten Kumbang membuat isyarat tangat seperti pistol yang menghala ke Trio Troublemaker. Serentak dengan itu,serangan cahaya Solar keluar dari tangannya.

Halilintar cepat bergerak kehadapan Trio Troublemaker dan menepis serangan tersebut sehingga ia melantun dan mengenai salah satu kapal armada lanun yang ada diatas mereka.

K.Kumbang: Heh,rasakan.

Ice:Kau...kau boleh guna kuasa Solar?

K.Kumbang: Absor-Bot akan tukar kuasa dan tenaga itu kepada aku. Dengan kata lainnya,setiap tenaga yang dia serap,aku boleh gunakannya sebagai kuasa!

Kapten Kumbang melepaskan badan Solar membuatkan dia terus jatuh ketanah,dan dia terus menyerang kembar Elemental menggunakan kuasa Solar.

Halilintar:*tepis setiap serangan guna Pedang Halilintar* Ergh-! Bawak diaorang pergi dari sini! Aku dan Ice akan cuba lindungi korang!

Trio Troublemaker: Baik!

Trio Troublemaker terus membuka gari magnetik yang ada pada Yaya,Ying,Gopal dan Fang dan mereka terus bergerak ketempat yang lebih selamat.

Ice:Ergh! Aku tak boleh dekat dengan Solar!*hadang mata*

K.Kumbang:*smirk* Kau tak patut hadang mata kau.

Ice: Hah!?

Kapten Kumbang menggunakan Gerakan Cahaya dan terus berada dibelakang Ice dan menyerap tenaga dan kuasanya.

Ice: Ahh!!

Halilintar: Ice!!

Kapten Kumbang terus menjatuhkan Ice lepas dia dah dapat kuasa dan tenaganya.

K.Kumbang: Wohoho...Kuasa ais. Mesti seronok kan, kau dapat kawal antara salah satu kuasa terkuat dalam galaxy ni? *smirk*

Halilintar: Ish...*grit teeth*

K.Kumbang: Kalaulah kau tu orang jahat,dah lama galaxy ni ada dalam taklukan kau.

Halilintar: Bagi balik kuasa mereka! Tetakan Halilintar!

Halilintar cuba menyerang Kapten Kumbang tapi dia dah bekukan seluruh kawasan jadi Halilintar tak dapat nak bergerak.

Taufan: Hali! *cuba nak tolong*

Halilintar: Jangan! Korang duduk situ diam². Nanti dia ambik tenaga korang pulak!

Blaze: Hali...

Halilintar cuba untuk melepaskan kakinya daripada ais tersebut menggunakan pedangnya tapi tak berhasil. Ais itu semakin naik keatas badannya.

Kapten Kumbang itu berjalan dengan selambanya diatas ais mendekati Halilintar.

K.Kumbang: Heh,sayang kuasa kuat macam ni berakhir dekat tangan budak mentah macam kau. Jangan risau, aku akan takluk galaxy ni sebelum kau.*smirk*

Tangan Kapten Kumbang menghampiri Halilintar untuk menyerap kuasanya,tapi tangannya dihalang oleh Akar Berduri.

Thorn: *tarik* Janagn apa² kan abang Hali!

Halilintar: Thorn! Kau buat apa?! Pergi sana!

K.Kumbang: *smirk* Heh,mungkin aku patut mula dengan si hijau tu.

Kapten Kumbang menggunakan kuasa Solar untuk bergerak kebelakang Thorn.

Thorn: Hah?! Alamak!

K.Kumbang: Rasakan ni!

Belum sempat tangan Kapten Kumbang mengenai Thorn,sesuatu yang laju menuju kearahnya.

K.Kumbang: Hah?!*melompat jauh* Siapa?

Reverse Gempa mendarat dihadapan Thorn dengan aura yang membunuh.

Thorn:A-Abang Gempa..

R.Gempa: Pergi tolong Halilintar sekarang Thorn... cepat!

Thorn mengangguk dan terus pergi kearah Halilintar untuk membebaskan Halilintar dari ais itu.

K.Kumbang: Oh,aku terlupa pasal kau.   Gempa kan? Heh,reputasi kau tu tak menakutkan aku.

R.Gempa:*smirk* Oh,mungkin itu menakutkan kau? *tunjuk atas*


BOOM!!


Kapten Kumbang memandang arah yang Reverse Gempa tunjukkan. Kapal angkasa induknya sedang terbakar dan menjunam jatuh ke tanah.

K.Kumbang:*terkejut+takut* A-Apa yang kau dah buat..?

R.Gempa: Oh,tak ada apa. Cuma...*smirk* Bunga api gergasi untuk kemenangan aku.

Tanpa berlengah,Reverse Gempa terus meluncur kearah Kapten Kumbang dan menumbuknya tepat dimuka. Bila Kapten Kumbang terbaring,Reverse Gempa tak berhenti.

Dia teruskan memukul Kapten Kumbang tanpa henti.

Thorn membantu Halilintar berdiri lepas dah keluarkan dia dari ais² tebal tu. Kakinya kebas dan tak dapat berjalan.

Thorn: H-Hali...Gempa nampak...*mengigil*

Halilintar: Menakutkan...

Walaupun tangannya ada penuh dengan darah Kapten Kumbang,dia masih tak ada rasa nak berhenti. Sampailah Kapten Kumbang dah tak bergerak,baru dia berhenti.

R.Gempa: Itu sebab main² dengan aku.*lap tangan dekat jaket**pusing dekat Halilintar dan Thorn*

Halilintar,Thorn:*gulp*

Reverse Gempa hanya memandang mereka datar sebelum meluncur mendekati mereka.

R.Gempa: *dingin* Kau ingkar arahan aku.

Halilintar: T-Tapi Gempa-

R.Gempa: Tapi apa?! Aku dah jelas cakap yang korang tinggal dekat kapal! Tengok sekarang apa dah jadi!?

Halilintar dan Thorn menunduk,tak berani nak pandang Reverse Gempa.

Halilintar, Thorn: M-Maafkan kitaorang Gempa...

R.Gempa: Lepas kita balik ni,aku akan bagi hukuman dekat korang semua. Dah,jom pergi. Aku dah dapatkan Insectbot dan habiskan si tak guna tu.
*pandang sekeliling*

Reverse Gempa mengira setiap satu Elemental yang ada.

R.Gempa: Mana Ice dan Solar?

Halilintar: Alamak!*pusing belakang*

Disebabkan Ice dan Solar berada di tanah,mereka terkena tempias dengan ais yang dikeluarkan oleh Kapten Kumbang tadi.

R.Gempa: Tch-!*meluncur pergi dekat Solar* Solar? Oi Solar bangun!

R.Gempa mengangkat badan Solar dan menepuk-nepuk Solar untuk bangunkan dia. Tapi badan dia sejuk macam ais.

R.Gempa: Cis-! Pergi siapkan katil perubatan dalam kapal! SEKARANG!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

*deep breath* Adulthood is hard- :')

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top