Information
Reality dimension
.
.
.
.
.
.
Berbalik ke dimensi reality bersama Reverse Gempa. Hari ini,dia bangun dan menanda kalendar untuk mengira dah berapa lama dia terkandas dekat dimensi ni.
R.Gempa:*sigh* Sebulan...Sebulan aku terperangkap dekat dalam dimensi yang aku tak boleh nak takluk. Pishhh- *baring atas katil*
Dalam masa sebulan ni,dia banyak mendiamkan diri didalam bilik. Sure,dia still keluar dengan kembar Elemental,tapi dia cuba untuk renggangkan jarak antara dia dan mereka. Mereka berlainan dimensi.
Dia tak nak rasa terikat disebabkan kembar Elemental.
Kalau ada misi pun,dia akan meminta diri untuk dikecualikan. Dengan sopannya. Kalau dia berterusan dengan sikap asal dia,berkemungkinan rancangan dia untuk takluk galaxy di dimensi ni akan gagal.
Jadi,dia cuba berlakon seperti Gempa dalam dimensi ni. Tak sempurna,tapi masih berjaya untuk tipu ahli TAPOPS.
Pfft... Diaorang bukannya peka sangat pun.
R.Gempa: *yawn* Ni semua membosankan.
Reverse Gempa kembali melihat semula tablet yang disimpan oleh Gempa didalam laci. Ia ibarat diary digital. Dan R.Gempa habiskan masa dia untuk baca semua tu dan menonton video² ataupun gambar didalam tablet itu.
Alah,diri dia sendiri je pun. Beza dimensi je.Sama je kan? Tak salah pun. :P
R.Gempa: Huh,tak sangka diri aku dikatakan penyayang dan baik hati dalam dimensi ni. Kalau aku sendiri dah lama biji mata diaorang jadi bola ping aku. *roll eyes*
Tapi dia tak boleh nak nafikan, favourite dia adalah gambar kembar Elemental bersama.
Kembar Elemental lebih lively. Mereka tak serius sepanjang masa. Hanya masa misi ataupun keadaan tertekan.
Tapi pada lain waktunya, mereka bebas macam kanak² riang.
R.Gempa:Hn. Sebab diaorang tak payah nak fikir pasal benda lain.*scroll ke catatan Gempa*
Dia membuka satu persatu nota didalamnya. Semuanya tentang misi dan kebanyakannya tentang apa mereka dah buat untuk setiap satu hari. Gempa memang peka.
Ada satu catatan yang menarik perhatian R.Gempa. Dalam catatan itu,terdapat gambar² setiap satu kembar Elemental dan sedikit catatan padanya.
Halilintar
Apa yang aku perasan,Hali ni walaupun pemarah,tapi dia pun pemalu jugak. Dia saja je act tough tapi sebenarnya diam² dia suka bila aku bagi perhatian macam aku bagi dekat Trio Troublemaker tu. Dia lebih suka simpan perasaan dia. Haha,tsundere.
Taufan
Si Taufan ni pulak,ceria semacam! Setiap hari,ada je idea dia nak main dengan Blaze dan Thorn. Kadang² dia suka jugak kacau Hali. Dia yang paling suka tolong aku dekat dapur kalau aku tengah buat biskut. Dia suka biskut.(Tapi bukan biskut Yaya lah sebab dia dah serik) Dia dengan dua ketul tu jugaklah yang suka menghabiskan biskut tu. Haha,sampai Solar pernah merajuk sebab tak sempat merasa biskut tu.
Blaze
Si Blaze ni pulak,hyperaktif semacam. Tapi dia cepat marah kalau ada apa² jadi,tapi yang paling cepat jugak lupa apa sebab dia marah. Haha,comel betul. Macam biasalah,dia memang selalu ajak Taufan dan Thorn main. Kalau tak pun,dia akan usik Ice. Blaze suka ayam. And dia suka plushie anak ayam yang aku buatkan untuk dia.
Ice
Ice,polar bear. Itu saja yang aku boleh cakap. Dia ni kuat tidur. Tak kira kat mana,even berdiri pun dia boleh tertidur. Adalah satu masa tu kitaorang kena marah sebab bahayakan misi,dia tertidur and kepala dia terlentok dekat aku. Jadi,adalah peluang kitaorang nak lari. (Hehe) Disebabkan tu,aku buatkan plushie ikan paus untuk dia. So bila² dia mengantuk,dia boleh peluk. Sampai sekarang dia bawak plushie tu kemana². (Aku pun tak tau mana dia simpan,tapi dia nampak comel bila peluk plushie tu)
Thorn
Thornie,yang paling lurus dan yang paling manja dengan aku. Kadang² aku rasa macam aku ni mak dah. Geng dengan Taufan dan Blaze,suka usik orang. Dia suka berkebun! So,aku pun tolonglah dia. Tahap innocent+cute sampai aku pun sampai tak jadi nak marah dekat dia. Oh,and mata dia lebih bulat berbanding yang lain. (Aku pun tak tau kenapa)
Solar
Solar,si genius gila popular yang actually introvert. Dia banyak habiskan masa dalam lab yang dah diberi khas untuk dia. (Dia ugut nak letupkan Stesen TAPOPS kalau dia tak dapat) Dia banyak bersaing dengan Halilintar biasanya. Walaupun dia nampak tak kisah,tapi dia sebenarnya care untuk semua Elemental. Dia selalu larang Trio Troublemaker dari main lari² dekat dalam lab dia sebab takut apa² jadi. Macam Hali jugak,dia memang suka perhatian dari aku. Kadang² dia just masuk bilik aku hanya untuk baca buku sama². (Aku tak kisah,sebab sumpah comel)
So conclusionnya,mereka semua ada personality sendiri. Walaupun mereka adalah pecahan dari kuasa aku sendiri,tapi mereka masih lagi berbeza. Sejak kejadian dengan Retakka,aku jadi lebih protective dengan mereka. Aku tak kan biarkan benda yang sama terjadi. Lagipun, kitaorang dah macam adik-beradik,tak adalah aku sunyi.
Aku rasa keputusan aku untuk berpecah adalah satu keputusan aku yang paling terbaik.
-BG-
Setelah habis membaca catatan tersebut,Reverse Gempa menutup tablet itu dan menyimpannya semula.
R.Gempa: *sigh* Kenapa dengan aku ni?
Sejujurnya,dia cemburu. Kenapa diri dia dalam dimensi ni sangat bertuah?
R.Gempa: Aku pilih untuk berpecah..sebab aku tak boleh percayakan orang lain kecuali diri aku sendiri. Mereka saja yang aku ada. *letak tangan atas muka*
Reverse Gempa cuba untuk ingat bila kali terakhir dia bersama dengan Reverse Elemental. Kali terakhir dia,adalah semasa mereka berperang di Planet Kokatus dengan pemberontak. Kemudian,letupan cahaya berlaku,akhirnya dia bangun dia tiba disini.
R.Gempa: *sigh* Aku kena teruskan rancangan aku untuk takluk galaxy dimensi ni.
Tiba²,dia terdengar bunyi ketukan dari pintu biliknya. Tak sempat dia nak bangun,orangnya dah menjemput diri mereka masuk.
B,T,T: Gempa!*happy aura*
Reverse Gempa nampak mereka bawa selimut dan bantal.
R.Gempa: Apa korang buat dekat sini? Sekarang ni dah malam.
Taufan: Gempa~ Kitaorang takut. Ada lipas angkasa gergasi dekat dalam bilik kitaorang!*whine*
Lupa nak cakap,Trio Troublemaker kongsi satu bilik. Sama macam Trio Cool. Cuma Gempa yang ada bilik sendiri.
Atas sebab tertentu of course.
R.Gempa: Dah tu? Apa kena mengena dengan aku?
Thorn tak banyak cakap dia terus lompat naik atas katil Reverse Gempa and peluk.
Thorn: Nak tidur sini! Kitaorang takutlah dengan lipas tu. *pout**cute face*
Tanpa banyak cakap, Thorn terus baring dekat sebelah kanan katil Reverse Gempa dan Blaze pulak dekat bahagian kiri.
Taufan: Wei,tak aci! Aku nak tidur sebelah Gempa juga!*pout*
Blaze:Wekk! Lambat~
Taufan; Alaaaa Gempa,tengok diaorang tu!!*whine**merajuk*
R.Gempa mengeluh kecil.sebelum bangun dan duduk dekat satu sofa panjang.
R.Gempa: Siapa cepat dia dapat.
Dengan itu Trio Troublemaker pun berlari menuju ke sofa dan terus memeluk Reverse Gempa. Masing² dapat peluk.
Blaze: Yay,dapat!
Taufan: Aku pun!
Thorn: Thorn sampai dulu!
Reverse Gempa hanya membiarkan mereka bergaduh sementara dia ada ditengah-tengah dengan tabletnya.
Lama-kelamaan,mereka bertiga diam dan Reverse Gempa boleh dengar dengkuran halus Trio Troublemaker.
Itu membuatkan satu senyuman kecil halus muncul disudut bibirnya dan mengambil gambar mereka semua.
R.Gempa: *geleng kepala* Duduk dekat sini buat aku jadi lembut. Aku kena teruskan dengan rancangan aku.
Tak kira apa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~
Hello bello potatoes~
Hehe,sorry for the late update. Harini special sikit.
Thank you for all the wishes,I appreciate it and I love you guys so much!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top