TWO

•••

— flashback

"Sunghoon!"

Terdengar namanya dipanggil, pandangan Sunghoon beralih kepada sahabat baiknya. Gawon yang sedang berjalan ke arahnya mengukir sebuah senyuman lebar.

"Kenapa?" Sunghoon sambung menyusun barangnya di dalam loker memandangkan minggu hadapan cuti sekolah akan bermula. Walaupun seminggu sahaja, dia tidak mahu membiarkan lokernya ditinggalkan bersepah.

"Jom keluar cuti ni, aku dah plan nak pergi banyak tempat!" ujar Gawon teruja. Dia sangat berharap Sunghoon tidak teragak-agak untuk menerima ajakannya.

"Hmm, aku bukannya tak nak tapi tengok dulu macam mana. Cuti ni aku ada beberapa training."

Gawon mengangguk perlahan, silap dia kerana terlupa Sunghoon sering sibuk dengan banyak latihan sukan.

"Tak apalah. Kalau kau free, kita keluarlah sama-sama."

"Malam ni nak tak?"

"Malam ni?"

"Aku mula training esok jadi malam ni masih free. Kita tengok wayang sama-sama."

Berbunga hati Gawon mendengar rancangan Sunghoon, "Jom! Macam biasa kau jemput aku."

Sunghoon tersenyum melihat reaksi positif Gawon. Gawon sememangnya seorang yang periang, walaupun ada sesuatu yang menyakitinya, dia tetap tidak pernah menayang wajah yang sugul di hadapan orang lain.

Dan sikap itu secara tidak langsung memudahkan orang untuk mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya.

"Omma kau benarkan kau naik motor ke?"

"Bukanlah! Kita naik bas je, dia memang tak akan benarkan aku naik satu motor dengan kau."

"Come on, Lee Gawon. Tak lama lagi umur kau 19 tahun. Takkan sampai bila-bila pergi berjalan naik bas."

"Dia cuma tak nak apa-apa jadi kat aku je. Dahlah aku pergi dulu, jangan lupa plan malam ni."

"Ya, tak lupa." ujar Sunghoon lalu Gawon berjalan pergi untuk pulang ke rumah. Walaupun berkawan rapat, mereka jarang berjalan pulang bersama-sama kerana laluan rumah mereka yang berbeza.

Gawon lebih gemar berjalan dengan kawan-kawannya yang perempuan berbanding berjalan berduaan dengan Sunghoon. Bukannya Gawon tidak selesa dengan Sunghoon, tetapi di sekolah banyak mata memandang lelaki itu dan ramai juga yang mengenalinya. Sunghoon seorang atlet peluncur ais, sebut sahaja namanya pasti semua warga sekolah itu tahu.

Gawon pula, seorang pelajar biasa di sekolah. Tidak terlalu pandai dan tidak terlalu corot dalam pelajaran. Dia juga merasakan dirinya kurang cantik berbanding gadis-gadis lain disebabkan oleh saiz badannya yang sederhana serta wajahnya yang kerap tumbuh jerawat.

Gawon memandang belakang seketika, ingin melihat sama ada Sunghoon masih berdiri di hadapan lokernya atau tidak.

Sunghoon masih tekun mengemas, dari jauh Gawon tertawa sendiri melihat sikap terlalu pembersih kawannya itu.

Gawon bukannya berasa rendah diri kerana diejek oleh orang, malah kawan-kawannya sentiasa memberikan kata-kata positif agar dia tidak berasa demikian.

Fikirannya begitu kerana dia tahu dirinya bukanlah ciri-ciri seorang gadis yang Sunghoon akan suka.

Gawon memendam perasaan terhadap sahabat baiknya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top