TWENTY
•••
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya menjelma. Di luar balai ketibaan lapangan terbang, Sunghoon setia menunggu kepulangan seseorang yang amat dirindui. Jam tangan ditilik, sepatutnya dia memunculkan diri sekarang.
Seorang demi seorang keluar dari pintu balai ketibaan. Hati Sunghoon mula berasa gelisah kerana dia masih tidak nampak kelibat Gawon. Beberapa pesanan sudah dia hantar namun tiada satu pun dibalas.
Tiada lagi orang keluar dari pintu itu, Gawon masih tidak memunculkan diri. Sunghoon yang berasa gelisah terus menelefon Gawon walaupun dia tahu kemungkinan untuk panggilannya dijawab adalah rendah.
Sebaik sahaja telefon diletakkan di telinga, mata Sunghoon tertancap pada seseorang yang berlari-lari anak keluar dari pintu itu. Gawon yang sedar dia telah membuat Sunghoon menunggu mengatur langkahnya dengan laju sambil menarik bagasinya.
"Sunghoon!"
Gawon melepaskan bagasinya lalu terus memeluk erat tubuh Sunghoon. Sunghoon membalas pelukan itu sambil membenamkan wajahnya pada bahu Gawon. Akhirnya rindu yang dipendam selama ini jumpa sebuah pengakhiran.
Selama tiga tahun di negara orang, Gawon berkesempatan untuk balik satu kali sahaja iaitu setahun lalu. Kini Gawon tidak perlu lagi menunggu cuti untuk berjumpa dengan orang tersayang. Dia sudah menamatkan pengajian dan kembali menetap di tanah airnya.
"Awak pergi mana tadi? Saya risau tahu tak?" soal Sunghoon selepas pelukan dileraikan. Kedua-dua belah bahu Gawon dipegangnya.
"Saya pergi tandas sekejap, maaf sebab buat awak risau." balas Gawon dengan senyuman persis kerang busuk.
Sunghoon sekadar menggeleng kepala lantas dia menarik bagasi serta menggalas satu lagi beg Gawon. Mereka berjalan beriringan untuk ke ruang parkir kereta.
"Awak dah lupakan janji ke?"
"Janji apa?" Gawon membalas pertanyaan Sunghoon dengan sebuah pertanyaan lain.
Sunghoon mengerlingkan matanya menyebabkan Gawon ketawa. Sudah lama dia tidak melihat reaksi kelakar Sunghoon apabila berpura-pura menyampah.
"Hmm, saya betul-betul tak ingatlah. Cuba awak bagitahu janji yang mana satu?" Gawon terus mengusik Sunghoon walaupun dia sudah tahu janji apa yang dimaksudkan tadi.
"Tak nak ingat sudah. Tak sukalah orang yang lupakan janji sendiri."
"Alamak! Merajuk pula dia ni."
Semakin kuat Gawon menghamburkan tawa. Dia terus memeluk lengan Sunghoon, "Awak memang betul-betul tak penyabar eh."
"Tiga tahun tau saya tunggu, bukan tiga hari." ujar Sunghoon sambil mengangkat tangannya dan menayang jari yang tersarung cincin tunang mereka.
"Iyalah, now I'm back and we can finally plan our wedding."
"Awak nak indoor ke outdoor wedding?"
"Sabarlah! Kita masuk kereta dulu."
Giliran Sunghoon pula ketawa. Melihat Gawon kembali berada di sampingnya merupakan salah satu kegembiraan terhebat baginya. Pelukan erat Gawon di lengannya membuat dia berasa lega.
•••
— Lapan bulan kemudian
Setelah kod laluan dimasukkan, pintu kediaman baharu mereka dibuka. Sunghoon menekan suis lampu dan seluruh ruangan apartmen itu bertukar cerah.
"Finally, our new home." ujar Sunghoon sambil memeluk bahu Gawon. Mereka berdua sama-sama mengamati setiap perincian rekaan apartmen itu yang sangat menepati cita rasa mereka.
"Eh, ada satu kotak belum buka." Gawon perasan terdapat sebuah kotak di ruang tamu. Dia sangkakan semua barangannya sudah dikeluarkan dari kotak dan disusun di tempat yang sepatutnya, rupa-rupanya masih ada lagi satu.
Sunghoon melepaskan bahu Gawon. Mereka memasuki ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa. Dengan masih berbusana pengantin, Gawon membuka kotak yang terletak di atas meja kopi. Terbuntang matanya apabila melihat seekor anak anjing putih berada di dalamnya.
"Sunghoon! Ini kerja awak ke?" soal Gawon yang benar-benar terkejut.
Sunghoon merapati kotak itu lalu mengangkat keluar anak anjing itu, "Mulai sekarang dia akan tinggal dengan kita. Awak suka tak?"
Laju Gawon menganggukkan kepala, "Mestilah suka! Apa nama dia?" dia mula mengusap-usap kepala anak anjing itu. Bulunya sungguh tebal dan lembut. Gawon rasa hendak gomol anjing itu kerana geram melihat kecomelannya.
"Belum ada nama lagi, awaklah bagi dia nama."
"Ini jantan ke betina?"
"Saya rasa betina."
Gawon mengambil beberapa saat untuk berfikir, "Gaeul? Comel tak nama tu?" itu sahaja nama yang muncul di benak fikirannya sekarang.
"Comel! Welcome to the family, Park Gaeul."
"Sepatutnya Lee Gaeul."
"Saya appa dia, mestilah dia kena ambil nama keluarga saya."
Gawon mengerlingkan matanya, "Suka hati awaklah. Bagi saya pegang pula."
Sunghoon memberikan Gaeul kepada Gawon. Gawon memegang anjing itu dengan berhati-hati sambil membiarkan ia menjilat-jilat jarinya.
"Thanks, Sunghoon. She's so adorable."
"Whatever makes you happy, Gawon."
Malam itu menandakan permulaan kehidupan mereka sebagai sepasang suami isteri. Dalam manis kehidupan perkahwinan, pasti akan ada rintangan dan cabaran yang mereka bakal tempuhi di masa hadapan.
Namun bagi Gawon, selagi mereka masih mempercayai satu sama lain, tiada apa yang mampu merosakkan mahligai kebahagian yang mereka bina.
Bagi Sunghoon, kehadiran Gawon merupakan suatu anugerah terindah dalam hidupnya. Anugerah itu perlulah dia jaga dengan baik. Disebabkan itu Sunghoon sanggup melakukan apa-apa sahaja demi Gawon agar dia tidak melihat wanita yang dicintainya itu terluka lagi.
Sungguh dia kesal dengan sikapnya dahulu yang pernah merosakkan hubungan mereka. Walau bagaimanapun, kesilapan silam mengajarnya untuk sentiasa menghargai kehadiran seseorang yang ada di kala dia susah atau senang.
Tanpa penyesalan, dia mungkin tidak akan merasai saat manis ini.
Remorse.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top