TWELVE

•••

Setelah menekan butang anak panah terbalik, Sunghoon menunggu lif untuk tiba. Lif itu sedang bergerak turun dari aras atas.

Apabila lif itu tiba, pintunya terbuka dan menampakkan ruangan dalam. Kebetulan Gawon sedang berdiri di dalam lif itu bersendirian.

Sunghoon memasuki lif itu lantas butang ground floor ditekan. Pintu lif itu tertutup dengan sendirinya.

"Awak punya."

Sunghoon memandang Gawon yang berdiri di sebelah kanannya. Gawon menghulurkan sebuah beg kertas, tanpa bertanyakan apa-apa Sunghoon mengambil beg kertas itu.

Isi di dalamnya terus dilihat. Terdapat blazer dan kemejanya yang telah bersih dicuci. Serta-merta Sunghoon teringat akan jaket yang dia belum pulangkan kepada Gawon.

Tiba di ground floor, mereka berdua keluar dari lif. Gawon yang telah bercadang hendak makan tengah hari terus mengatur langkahnya untuk ke kafetaria.

"Gawon."

Gawon menghentikan langkahnya. Tidak perlu dia menoleh ke belakang, Sunghoon yang datang mendekati dan berdiri di hadapannya.

"Awak nak ke mana?"

Walaupun berkali-kali Gawon menyuruh Sunghoon berhenti mengambil tahu tentang dirinya, dia tetap meneruskan tabiat itu dan tidak serik dilayan dingin oleh Gawon.

"Makan tengah hari." balas Gawon dengan nada yang mendatar. Lebih baik dia menjawab pertanyaan itu berbanding bertekak dengan Sunghoon di lobi. Tak mahu menjadi perhatian orang ramai di tempat itu.

"Okay, take care."

Gawon menyangka Sunghoon akan memanjangkan percakapan, tetapi meleset pula sangkaannya kali ini. Sunghoon mengukirkan sekuntum senyuman kecil lalu berjalan pergi. Tinggal Gawon yang masih tercegat di tempat yang sama.

Gawon menoleh ke belakang, melihat Sunghoon yang berjalan keluar dari bangunan tersebut.

Adakah Sunghoon mula akur dengan permintaannya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top