THREE
•••
omma:
sebelum balik makan dulu ya
omma tak masak hari ni
•••
Setelah membaca pesanan itu, Gawon membuat keputusan untuk makan malam di restoran yang biasa dia kunjungi. Memandangkan rakan sekerjanya sudah pulang dahulu, dia ke restoran itu bersendirian.
"Selamat datang!"
Gawon melakar senyuman kepada pelayan tersebut lalu dia memilih tempat duduk di bahagian tepi dinding. Dia membuat pesanan menu kegemarannya lalu pelayan itu beredar untuk menyiapkan makanan.
Telefon pintar dikeluarkan, Gawon menghilangkan bosan dengan melayari media sosial sementara menunggu makanannya siap.
Namun tatkala Gawon cuba hanyut dalam dunia sendiri, dia rasa dirinya seolah-olah diperhatikan. Gawon mengangkat pandangannya dan melihat sekeliling. Secara tidak sengaja dia bertentangan mata dengan seorang lelaki yang duduk di meja hadapan.
Sunghoon yang sengaja inginkan perhatian Gawon langsung tidak mengalihkan pandangan walaupun dia sebenarnya gementar. Dia benar-benar mahu bercakap dengan Gawon walaupun kedengaran mustahil hasrat itu.
Bagaikan retak hatinya apabila Gawon melarikan pandangan tanpa sebarang reaksi di wajahnya. Seolah-olah melihat kewujudannya di sini tidak memberi sebarang makna.
"Tak mungkin aku tersilap orang." Sunghoon bermonolog dalam hati.
Sejak dua minggu lalu ketika Jay bercadang untuk makan malam di sini, Sunghoon menjadi pelanggan tetap hanya kerana mahu melihat Gawon yang kerap makan malam di sini.
Hari ini buat pertama kalinya dia dapat berbalas pandangan dengan wanita itu. Perasaan rindu yang terbuku dalam hati Sunghoon terawat sedikit.
Dari luar kelihatan kaku, namun Gawon juga gementar seperti Sunghoon. Ingin sahaja dia lari meninggalkan restoran itu dengan makanannya yang belum siap.
Tidak pernah dia sangka dapat melihat lelaki yang dahulu bergelar sahabat baiknya di sini.
Pelbagai perasaan bercampur aduk dalam dada Gawon, pelbagai memori turut bermain dalam fikirannya.
•••
"Ada orang dah bayarkan makanan awak." ujar juruwang kepada Gawon semasa di kaunter.
Gawon menghela keluhan panjang. Langkahnya terus diatur keluar dari restoran itu.
Sebaik sahaja Gawon menjejakkan kaki keluar, seluruh tubuhnya kaku apabila melihat Sunghoon rupa-rupanya masih belum beredar. Dia berdiri sambil bersandar pada keretanya yang terparkir di bahu jalan.
Sungguh Gawon tidak mahu bercakap dengan Sunghoon, tetapi dia tidak mahu terhutang budi dengan lelaki itu.
"Ambil ni." Gawon menghulurkan beberapa keping wang kertas, nilainya cukup untuk menampung harga hidangannya tadi.
Sunghoon menolak pemberian itu dengan tangannya, "Tak nak, anggap tu sempena reunion kita."
Sebenarnya boleh sahaja Sunghoon membayar makanan Gawon dan terus pulang ke rumah, tetapi dia mahu memancing wanita itu agar bercakap dengannya. Dia amat mengenali sikap Gawon yang tidak suka terhutang budi terhadap orang.
Gawon menepis tangan Sunghoon lalu terus memasukkan duit itu ke dalam poket blazer hitamnya. Sunghoon sedikit terkesima dengan tindakan pantas Gawon, terkejut tangannya ditepis begitu sahaja.
"Tak perlu, saya bukan sesiapa untuk awak keluarkan duit."
"Lee Gawon..."
"Awak tak pernah kisah tentang saya, jadi teruskan sikap tu. Saya tak peduli dan tak akan ambil hati. Sebab itulah sikap semula jadi awak dari dulu lagi."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top