THIRTEEN
•••
"Kamu sihat je kan?"
"Ya, saya sihat je." balas Gawon sambil menaip di komputer. Kebetulan ibunya menelefon tatkala dia sedang membuat kerja di dalam bilik tidur.
"Dah lama kamu tak balik, sibuk sangat ke semenjak ni?"
"Sibuklah juga, ada masa nanti saya datang jumpa omma."
"Sebenarnya kamu tak selesa ke?"
"Tak adalah! Saya okay je, jangan risau." Gawon menipu ibunya.
"Tak apalah kalau macam tu. Nanti omma bercakap dengan kamu lagi."
"Selamat malam, omma."
"Selamat malam, Gawon."
Panggilan ditamatkan, Gawon meletakkan telefon di atas meja. Pertanyaan ibunya tadi bermain di fikirannya.
Gawon tidak pernah berasa selesa di rumah bersama bapa tirinya. Dua tahun lalu, ibu Gawon berkahwin baharu dengan seorang lelaki warga Korea Selatan. Perkahwinan mereka menyebabkan Gawon berpindah semula ke sini. Malah kerjanya di China terpaksa ditinggalkan.
Sepanjang perkahwinan lama ibu bapanya, Gawon mempunyai hubungan yang tidak baik dengan bapa kandungnya.
Bapanya seorang yang panas baran, kaki mabuk, lebih teruk lagi seorang penagih dadah. Hampir setiap hari Gawon hidup dalam ketakutan.
Lama-kelamaan rumah tangga ibu bapanya runtuh. Mereka membuat keputusan untuk bercerai. Gawon memilih untuk terus tinggal bersama ibunya dan memulakan hidup baru di China. Meninggalkan bapanya yang meringkuk di dalam penjara.
Gawon berasa tidak selesa dengan bapa tirinya bukanlah kerana bapa tirinya seorang yang jahat. Namun Gawon berasa janggal untuk menganggapnya sebagai seorang bapa.
Seumur hidup Gawon, dia tidak pernah ada hubungan yang baik dengan bapa kandung sendiri. Apatah lagi dia perlu menerima orang asing yang bergelar bapa tiri.
Telefon pintar berdering lagi. Gawon mengambil telefonnya lalu melihat skrin yang memaparkan sebuah nombor yang tidak dikenali.
"Hello?" panggilan itu tetap Gawon angkat.
"Gawon, ini saya."
"Sunghoon?"
"Awak sibuk ke sekarang?"
"Tak, kenapa?"
"Boleh awak turun sekarang? Ada benda yang saya perlu bagi." terkejut Gawon kerana tiada angin tiada ribut, Sunghoon sudah berada di kawasan kondominiumnya.
Gawon yang juga kehairanan menggaru kepala. Bagaimana Sunghoon boleh mendapat nombor telefonnya? Boleh pula tiba-tiba dia menelefon dan ajak berjumpa waktu malam sebegini.
"Okay, nanti saya sampai."
•••
Sunghoon berdiri sambil menyandarkan belakang pada keretanya yang diparkir di parkir pelawat. Keretanya tidak boleh dipandu masuk ke dalam ruang parkir bawah tanah. Hanya penghuni yang mempunyai kad akses sahaja dibenarkan.
Tidak sampai lima minit selepas panggilan ditamatkan, Gawon memunculkan diri di ruangan parkir tersebut.
"Macam mana awak dapat nombor telefon saya?" Gawon terus bertanya sebaik sahaja dia menghampiri Sunghoon.
"Saya minta daripada Minsoo. By the way, ambil ni."
Gawon memberikan sebuah pandangan pelik kepada Sunghoon yang menghulurkan sebuah beg plastik hitam. Plastik itu diambil lalu dia melihat isi di dalamnya.
"Inikan awak punya." ujar Gawon dengan dahi yang berkerut. Sepatutnya Sunghoon simpan sahaja jaket yang dia pulangkan.
"It was meant to be yours, just take it. And I'm sorry for everything I did to you. Sejak awal lagi saya tak patut ganggu awak."
"Boleh saya tanya sesuatu?"
Sunghoon mengangkat sebelah keningnya, "Ya?"
"Selama sembilan tahun ni, awak menyesal dengan apa yang berlaku?"
"Saya menyesal, sangat-sangat."
Gawon mengangguk perlahan, "It's okay. Sekurang-kurangnya awak dah minta maaf."
Gawon sedar, dia tidak patut berkeras kepala dan bersikap dingin terhadap Sunghoon yang sedaya-upaya memulihkan keadaan. Sekurang-kurangnya dia perlu memberi peluang untuk Sunghoon mengakui silapnya.
Sunghoon menghela sebuah nafas yang panjang. Dia mengambil satu langkah ke hadapan sekali gus mengecilkan jaraknya dengan Gawon, "Sejujurnya itu tak cukup."
Gawon mendongak untuk menatap wajah Sunghoon. Setiap inci wajahnya tidak pernah gagal membuatkan Gawon kagum. Rupa paras Sunghoon yang kacak sejak dahulu langsung tidak berubah, malah semakin kacak walaupun usia meningkat.
"Kenapa pula?" hampir tergagap Gawon menuturkan ayatnya. Jantungnya berdegup kencang kerana berdiri terlalu dekat dengan Sunghoon.
"Saya akui kesilapan saya dulu dan saya menyesal lukakan perasaan awak. Tapi penyesalan saya bukan setakat itu je. My biggest regret was letting you go, especially in a bad term."
"My life was miserable without you, silap saya masa tu tak sedar yang awak sangat berharga dalam hidup saya. Sebab tu bila kita berjumpa semula, saya tak boleh berhenti ganggu awak. Saya cuba nak pulihkan hubungan kita dan tebus kesalahan saya. Then I realised, saya tak boleh paksa awak untuk terima saya semula seolah-olah tiada perkara yang berlaku dulu. I was selfish."
"Selepas ni saya tak akan ganggu awak lagi. Walaupun saya terpaksa lepaskan awak, sekurang-kurangnya saya berpeluang untuk minta maaf. Saya tak nak semuanya berakhir dengan penyesalan lagi."
Lidah Gawon kelu bagaikan diikat mati. Akhirnya Sunghoon akan berhenti mengejarnya, sama seperti apa yang diminta selama ini.
•••
nak ending macam ni ke?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top