TEN

•••

Lif berhenti di ground floor, Sunghoon menapak keluar lalu berjalan ke ruangan lobi. Dia mengeluarkan telefon pintar untuk menempah teksi secara dalam talian, hari ini keretanya dipinjam oleh Encik Park.

Sunghoon duduk di sebuah sofa yang terletak di ruang menunggu. Tatkala dia melihat sekeliling, kebetulan Gawon sedang berjalan menuju ke pintu keluar.

Sudah lebih seminggu sejak kali terakhir Sunghoon berjumpa dengan Gawon di kondominiumnya. Sunghoon membatalkan tempahannya dan membuat keputusan untuk mengekori Gawon yang tidak perasan akan kewujudannya di situ.

Gawon yang terlambat melajukan langkahnya untuk ke sebuah restoran. Malam ini dia berjanji untuk makan malam bersama Nicholas yang esok akan berangkat pulang ke China. Gawon memilih untuk berjalan kaki sahaja memandangkan restoran itu terletak 300 meter dari tempat kerjanya.

Dari belakang, Sunghoon mengikut jejak langkah Gawon yang kelihatan kelam-kabut. Dia perlu berada di jarak yang selamat agar kegiatannya tidak terbongkar.

"Minta maaf sangat-sangat! Mesyuarat habis lambat tadi." ujar Gawon kepada Nicholas yang sedang duduk di sebuah meja makan.

"Tak apalah, aku pun baru sampai tadi." Nicholas juga kebetulan baru saja sampai, mujur masih ada meja makan yang kosong untuk mereka berdua.

Gawon menghela nafas lega. Nasib baik dia tidak membuat Nicholas menunggu lama.

Sunghoon sekadar berdiri di luar restoran. Dia memerhatikan Gawon yang duduk satu meja dengan seorang lelaki. Jika dia masuk ke dalam restoran itu, pasti misi sulitnya akan gagal begitu sahaja.

Di sebelah restoran itu, terdapat sebuah kedai serbaneka. Sunghoon memilih untuk duduk di dalam kedai itu sementara menunggu Gawon selesai makan malam. Selepas itu dia akan pura-pura terserempak dengan Gawon secara tidak sengaja.

Sunghoon tiada alasan kukuh untuk melakukan semua ini. Dia ingin melepaskan rindunya terhadap Gawon sahaja.

•••

"By the way, ada benda yang aku nak bagitahu sebenarnya." setelah hampir tiga jam berbual, Nicholas baru teringat ada perkara penting yang perlu dia beritahu Gawon.

Sebentar lagi restoran itu akan tutup. Gawon yang sedang bersiap untuk pulang mengangkat sebelah keningnya, "Kenapa?"

"Aku akan kahwin tahun depan."

Gawon yang terkejut menekup mulutnya yang ternganga. Dia benar-benar teruja untuk Nicholas, "Seriously?! Bila tarikhnya?"

Nicholas tertawa kecil melihat reaksi Gawon, "Belum ada tarikh tetap lagi, tapi kitorang rancang untuk berkahwin bulan Desember. Nanti aku bagi kad jemputan khas untuk kau, jangan tak datang pula."

"Mestilah aku akan datang. Tapi kau perlulah bagitahu awal-awal. Tahniah aku ucapkan!"

Mereka berdua keluar dari restoran setelah membuat pembayaran, makan malam itu ditanggung oleh Gawon.

"It's so nice to meet you. Tapi esok aku dah kena balik pula." ujar Nicholas sedikit hampa. Ikutkan hati dia mahu sahaja meluangkan lebih banyak masa bersama Gawon. Satu malam tidak cukup untuk dia berkongsi semua cerita.

Begitu juga dengan Gawon. Dia sedih kerana masa pertemuan mereka kali ini begitu singkat, "Itulah, lain kali kalau kau datang sini lagi bagitahulah. Boleh aku rancang semua benda awal."

"Okay! Aku rasa mungkin sebelum aku kahwin, aku akan datang sini lagi sekali. Kau tahulah company aku memang banyak kerja kat sini."

"Nanti bawalah tunang kau sekali! Aku tak sabar nak jumpa perempuan malang yang dapat lelaki macam kau."

"Kau pun kenalah bawa tunang kau sekali."

Sindiran itu membuatkan Nicholas mendapat sebuah pukulan di bahu, "Banyaklah kau." Nicholas tergelak terbahak-bahak. Dia tahu yang Gawon tidak mempunyai teman lelaki mahupun tunang.

Sebuah teksi berhenti di bahu jalan, berhampiran dengan tempat Gawon dan Nicholas berdiri. Nicholas mengajak Gawon untuk berjabat tangan buat kali terakhir, "Aku kena pergi dulu. Ada masa kita berjumpa lagi."

Gawon menghulurkan tangannya lalu mereka berjabat tangan, "Jumpa lagi, Nicholas. Hati-hati dalam perjalanan balik."

Nicholas mengangguk lalu dia berjalan ke arah teksi itu. Pintu bahagian penumpang belakang teksi dibuka, "Terima kasih sebab belanja! Kau pun jaga diri." ujarnya lalu barulah dia masuk ke dalam teksi.

Setelah pintu ditutup rapat, teksi itu berlalu pergi meninggalkan Gawon. Gawon sempat berbalas lambaian tangan dengan Nicholas sehinggalah teksi itu menjauh dan hilang daripada penglihatannya.

"Lee Gawon."

Gawon yang terkejut terus memandang orang yang memanggilnya. Dia berdecit halus apabila sedar Sunghoon yang menegurnya tadi.

"Are you stalking me?" soal Gawon yang naik rimas. Ke mana-mana dia pergi mesti Sunghoon ada.

"Tak ada kerja saya nak stalk awak." Sunghoon menjawab dengan penuh bersahaja, walhal dia benar-benar mengekori Gawon tadi.

Gawon berjalan ingin meninggalkan Sunghoon namun langkahnya terhenti apabila dihalang oleh lelaki itu.

"Apa lagi?"

"Lelaki tadi tu boyfriend awak ke?"

"Boleh tak awak berhenti menyibuk?"

"Saya cuma nak tahu."

"Apa masalahnya kalau dia boyfriend saya?"

Sunghoon terdiam. Dia tahu Gawon sedang menipu kerana setiap butir perbualan mereka di luar tadi didengarinya. Tiada pasangan kekasih berbual seperti mereka berdua.

"Sunghoon, just stop. Berhenti menyibuk dan berhenti anggap kita masih kawan."

"Macam mana saya nak berhenti bila akhirnya saya dapat jumpa awak semula?"

"Untuk apa awak buat semua ni?! At the first place you replaced me with someone else dan sekarang awak baru sibuk nak ambil berat tentang saya?"

"Sebab itu saya takkan berhenti kejar awak. Sembilan tahun perpisahan ibarat sembilan tahun saya dibelenggu penyesalan terbesar dalam hidup saya."

Sunghoon meraih tangan Gawon dan dia memegangnya erat sekali. Sungguh dia tidak mahu melepaskan tangan itu lagi.

"There must be a reason why we were reunited. Bertemu dengan awak semula ibarat takdir nak berikan saya peluang kedua. Please give me a chance to fix everything so we can stay together, forever."

Gawon menarik tangannya yang dipegang oleh Sunghoon. Dia menundukkan wajah, "Saya akan pulangkan baju awak minggu depan." lantas dia memalingkan tubuh dan mengorak langkah meninggalkan Sunghoon.

Sunghoon terkesima. Pujuk rayunya langsung tidak diambil kisah oleh Gawon. Malah kakinya rasa tidak berdaya untuk mengejar Gawon yang sudah jauh ke hadapan.

Adakah sebenci itu Gawon terhadap dirinya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top