SIXTEEN

•••

People forgive, but they don't forget.

Dulu aku tidak mendalami maksud ungkapan itu. Sehinggalah aku sendiri mengalami situasi di mana aku perlu memaafkan seseorang atas kesalahannya yang pernah memberi kesan mendalam pada diri aku.

Aku membuat keputusan untuk memaafkan dia. Aku berlapang dada menerima semula kehadirannya dalam hidup aku.

Adakah aku menyesal? Tak, cuma ada satu perkara yang membelenggu diri aku. Bahkan aku takut jika ia menjadi penghancur hubungan baik kami.

Setelah setahun kami berkawan semula, ternyata aku masih memendam perasaan suka terhadapnya.

Namun perkara yang membuatkan aku runsing ialah sampai bila aku harus merahsiakan perkara ini?

•••

Gawon menutup novel yang baru habis dibacanya. Angin yang bertiup menerbangkan beberapa helaian rambutnya yang tidak diikat. Deruan ombak pantai seolah-olah memberinya ketenangan.

"Tak nak main sekali ke?" Sunghoon datang menyapa lalu dia melabuhkan punggung di atas tikar yang terbentang di atas permukaan pasir.

"Nantilah, malas nak berebut." ujar Gawon sambil memuncungkan bibir ke arah tiga orang kawan mereka. Minsoo, Bitna, dan Jay sedang berebut giliran untuk bermain layang-layang.

Sunghoon ketawa melihat karenah mereka yang mengalahkan kanak-kanak tadika. Masing-masing ada duit sendiri tapi malas hendak beli layang-layang lebih.

Kebetulan pada masa yang sama, terdapat sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka membentang tikar tidak jauh dari tempat Gawon dan Sunghoon. Gawon melihat sahaja keluarga kecil itu menyediakan tempat berkelah.

"Apa plan hidup awak yang seterusnya?" pertanyaan Sunghoon memecahkan keheningan.

Gawon memandang Sunghoon yang sudah berbaring di atas tikar, bila masa dia terbaring pun Gawon tidak sedar.

"Plan dari segi apa?"

"Perancangan untuk kahwin. Maksud saya, awak dah nak masuk 30 tahun tapi saya tak nampak pun awak ada angan-angan tu."

Berkerut dahi gawon mendengar topik yang Sunghoon bawakan, "Saya tak terfikir langsung." tipunya. Kadangkala Gawon terfikir jika dia dan Sunghoon sebenarnya ditakdirkan untuk bersama, cuma dia tidak mahu mengaku.

Sunghoon sekadar mengangguk setelah mendengar jawapan Gawon. Timbul perasaan hampa dalam dirinya. Benarkah Gawon langsung tidak pernah terfikir untuk berkahwin?

"Kenapa awak tanya? Awak dah nak kahwin ke?" giliran Gawon menyerang Sunghoon dengan pertanyaan berkenaan topik yang sama.

Sunghoon mengerutkan kedua-dua belah keningnya, "Tak adalah! Saja nak tahu tentang perkembangan love life awak."

"Manalah tahu awak diam-diam dah ada girlfriend." Gawon sambung menyindir Sunghoon. Ikutkan hati dia mahu sahaja ungkit kisah semasa zaman mereka bersekolah. Namun Gawon tidak mahu mengundang sebarang pergaduhan.

"Buat apa nak cari girlfriend bila saya dah awak ada."

"Apa?"

Tercengang Gawon mendengar jawapan Sunghoon. Adakah dia tersilap dengar atau Sunghoon yang sedang merapu?

Keadaan anatara mereka bertukar hening dan kekok. Gawon yang tidak mampu menahan suasana kekok itu bingkas bangun lantas berlari anak ke arah kawan-kawannya. Meninggalkan Sunghoon yang dibelenggu perasaan malu yang amat.

"Sumpah tak cool, Hoon." ujar Sunghoon kepada diri sendiri. Hampir sahaja dia membenamkan kepala dalam pasir di hadapan Gawon tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top