SIX

•••

"Sejuk ..."

Gawon yang sedang duduk di pondok bas berpeluk tubuh agar dapat menghangatkan badannya sedikit. Kepalanya rasa seakan-akan berpusing dan fikirannya mula melalut akibat minum hampir dua botol minuman keras.

Jay, Bitna dan Minsoo sudah pulang terlebih dahulu. Mereka yang mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arak tidaklah mabuk seperti Gawon. Sebelum pulang, Minsoo mengajak Gawon untuk pulang bersamanya namun Gawon yang separuh mabuk menolak mentah-mentah ajakan itu.

Kemudian, sebuah kereta sedan berwarna hitam berhenti di hadapan pondok bas tersebut. Gawon yang masih duduk cuba mengecam pemandu kereta itu melalui tingkap di bahagian pemandu.

Tidak sempat dia mengecam gerangan itu, pintu di bahagian pemandu terbuka lalu Sunghoon keluar dari keretanya. Gawon terus berpaling muka kerana tidak mahu melihat Sunghoon yang sedang menghampirinya.

"Jom, balik." Sunghoon mengajak sambil menghulurkan tangannya.

"Tak nak balik dengan awak."

Sunghoon mengeluh pendek, tak sangka begini rupanya kelakuan Gawon ketika mabuk. Bertambah degil sikapnya.

"Macam mana awak nak balik?"

"Naik bas."

"Tak ada bas lewat malam macam ni."

"Teksi kan ada."

"Bahaya, Lee Gawon."

Gawon memberi sebuah jelingan tajam, "Suka hati sayalah! Sibuk je nak suruh saya itu ini."

"Biar saya hantar awak."

Sunghoon menarik tangan Gawon sehingga dia berdiri. Namun tubuh Gawon yang lemah longlai membuatkan Sunghoon terpaksa memapah tubuhnya. Lantas dia memapah Gawon dengan berhati-hati sehingga masuk ke dalam kereta.

Setelah melatakkan Gawon di tempat penumpang, Sunghoon memasuki kereta lalu memakaikan tali pinggang keledar pula. Hairan dibuatnya, Gawon berkelakuan baik pula dan tidak melawan sepanjang dia mengajak untuk masuk ke dalam kereta

"Bagi alamat rumah awak." ujar Sunghoon tatkala pemanduan dimulakan.

Diam, tiada sebarang jawapan daripada Gawon. Sunghoon memandang Gawon sekilas, rupa-rupanya dia sudah tertidur dengan mulut yang ternganga sedikit.

"Gawon." panggil Sunghoon sambil menggoncangkan sebelah bahu Gawon. Gawon serta-merta mencelikkan mata apabila dunianya terasa bergoncang.

"Rumah awak kat mana?"

Gawon yang sakit kepala memberitahu laluan ke rumahnya dengan nada suara yang lemah, "Terus je sampai jumpa traffic light kedua, selepas tu belok ke kiri dan masuk ke SkyLit condo."

Sejujurnya Gawon mahu memarahi Sunghoon kerana memaksanya menaiki kereta tetapi dia benar-benar tidak larat sekarang. Lantas dia sambung melelapkan mata berharap agar sakit kepalanya beransur pulih.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top