SEVENTEEN
•••
"Kau kena jujur dengan dia."
Gawon membuat muka cemberut, "Macam mana kalau dia tolak aku?"
"Kau pekak ke badak? Sudah terang lagikan bersuluh dia nak ajak kau kahwin. Belum tambah lagi ayat dia tentang girlfriend tu." Nara benar-benar mahu mencekik Gawon yang duduk di kerusi sebelah tetapi terbantut niatnya kerana mereka sedang berada di dalam sebuah salun.
"Aku tak nak syok sendiri. Kalau aku hilang Sunghoon lagi, sia-sia je aku maafkan dia dulu."
"Gawon, sedar diri yang kau dah nak masuk thirty series. Kita bukan budak sekolah nak main mixed signal semua tu, it's now or never. Kau nak tengok dia betul-betul bawa girlfriend baru ke?"
"Tak nak!" ujar Gawon yang rambutnya sedang dikeringkan oleh pekerja salun. Tak sanggup dia membayangkan situasi itu berlaku.
"Confess je! Kalau dia tolak kau memang aku sepak muka dia. Tak patut tau dia mainkan perasaan kau macam tu."
"Tengoklah macam mana, lagipun ada benda lain yang aku perlu bagitahu dia."
"Kau nak bagitahu dia yang kau nak kahwin dengan dia?"
"Itu kalau dia tak tolak aku. Sebenarnya aku dapat tawaran untuk sambung belajar."
Terbeliak mata Nara mendengar berita itu, "Seriously? Hebatnya kau! Janganlah lepaskan peluang tu."
"Masalahnya tawaran tu daripada universiti lama aku."
"Wait, maknanya kau kena pergi China semula ke?"
Dengan penuh berat hati Gawon mengangguk. Dia telah membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut kerana itulah impian yang sudah lama dia hendak kecapi.
"Sebelum kau pergi, aku sarankan kau untuk terus jujur dengan Sunghoon."
Pesanan itu kedengaran mudah itu dilakukan, namun tiga malam Gawon tidak tidur lena memikirkan kesan daripada tindakannya nanti.
•••
"Sunghoon."
Sunghoon yang sedang memandu memandang Gawon sekilas, "Ya?" lantas pandangannya kembali tertumpu pada jalan raya. Malam ini dia menghantar Gawon pulang ke rumah selepas mereka menyambut hari lahir Jay di sebuah restoran.
"Sebenarnya ..." lidah Gawon seakan-akan berat hendak menghabiskan ayat tersebut. Jarinya pula tidak berhenti menguis-nguis kain baju sendiri.
"... saya dapat tawaran sambung belajar."
"Baguslah tu, kenapa awak takut semacam?" ujar Sunghoon hairan melihat Gawon yang berdebar lain macam.
"Tapi kat China."
Brek yang mengejut membuatkan Gawon hampir menyembam mukanya pada dashboard kereta, mujurlah dia sedia ada memakai tali pinggang. Sunghoon tidak sengaja menekan brek secara mendadak. Kebiasannya dia akan brek begitu jika sesuatu mengejutkannya.
"Cuba jangan brek last minute!" marah Gawon sambil melihat keadaan jalan raya yang sedang sesak.
"China? Berapa lama awak kena belajar kat sana?"
"Mungkin dalam tiga tahun."
Riak wajah Sunghoon jelas terpampang perasaan kecewa, "Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal?"
"Bukannya saya tak nak. Tapi orang selalu pesan benda yang tak pasti jangan dikongsi, sekarang benda tu baru je pasti." ujar Gawon perlahan. Sungguh dia berasa serba salah melihat reaksi kecewa Sunghoon.
"Awak okay ke kat sana nanti?"
"Okay je, ramai saudara-mara saya ada kat sana."
"Maksudnya kita terpaksa berpisah lagi."
"Secara fizikal kita akan terpisah, tapi hubungan kita tetap akan berkekalan."
Sunghoon melepaskan sebuah keluhan pendek, "Bila awak akan pergi?" soalnya sambil memandang Gawon. Melihatkan keadaan jalan raya di hadapan pasti lama mereka akan tersekat di situ.
"Bulan depan, banyak benda yang saya perlu prepare."
"Saya akan tolong. Just ask me anything if you need help."
Gawon mengukirkan senyuman manis sambil memegang lembut bahu Sunghoon, "Thanks."
"I might sound dramatic. Tapi walau apapun yang terjadi, tolong jangan putuskan hubungan persahabatan kita." pinta Sunghoon dengan sebuah tatapan yang sayup. Tidak pernah dia sangka bahawa dia perlu berpisah dengan Gawon untuk beberapa tahun lagi.
"Of course, have trust to each other."
"Bila kau nak jujur, Gawon?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top