ONE
•••
— Sembilan tahun kemudian
Perut yang berkeroncong mengganggu ketenangan Jay. Sunghoon yang sedang mengemudi stereng kereta dipandangnya dengan dahi berkerut, "Weh, aku lapar. Berhenti makan dululah."
Sunghoon melihat skrin Apple CarPlay yang memaparkan jam sudah pukul 7 petang. Patutlah rakan sekerjanya itu lapar lain macam, kali terakhir mereka makan ialah pukul 12 tengah hari tadi.
"Tahanlah sikit, sekejap lagi dah nak sampai rumah." ujarnya agar Jay bertahan lagi sedikit. Dia malas hendak makan di restoran lagi-lagi ketika waktu ramai orang juga mahu makan malam.
Jay yang tidak kenal erti mengalah memegang bahu kanan Sunghoon, "Kat rumah tak ada makanan, lagipun aku ada gastrik ni. Jangan jadi punca aku masuk hospital boleh tak?"
Sunghoon sekadar memberi sebuah jelingan tajam sambil menggoyangkan bahunya agar tidak dipegang oleh Jay lagi, "Mengada."
•••
Makanan yang dipesan akhirnya tiba, senyuman lebar terukir di bibir Jay yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan.
"Terima kasih." ucap mereka berdua setelah makanan sudah siap dihidang. Pelayan itu menunduk hormat lalu beredar meninggalkan meja mereka.
"Nanti kau bayarkan dulu, dompet aku tertinggal dalam kereta."
Terbantut niat Sunghoon hendak menyuap makanan masuk ke dalam mulut. Banyak songeh betul anak Park itu, mujur dia malas hendak membebel di tempat awam, ditambah lagi dengan penat memandu selama dua jam lebih dari luar bandar.
Setelah mulut Jay akhirnya diam, dapatlah Sunghoon makan dengan tenang walaupun tahu dompetnya akan menjadi mangsa malam ini. Masing-masing sibuk mengisi perut tanpa meluarkan sepatah perkataan, kebulur.
"Selamat datang."
Ucapan pelayan itu kedengaran di telinga Sunghoon, tetapi dia buat tidak endah untuk melihat sekeliling dengan membaca pesanan-pesanan dalam telefon pintar. Tidak dia hiraukan tentang beberapa orang pelanggan yang baru tiba di restoran itu.
Pelanggan-pelanggan itu melintasi tepi meja mereka berdua. Sunghoon masih sibuk membaca pesanan namun ada sesuatu yang mengganggu fokusnya.
Aroma minyak wangi wanita terakhir yang melintasi meja itu mengingatkan Sunghoon kepada seseorang. Bulu roma Sunghoon terus menegak, malah pandangannya juga terus diangkat. Seakan-akan satu refleks semula jadi untuk dia melihat si pemilik minyak wangi itu.
Jantung Sunghoon bagaikan hampir terhenti, sudu yang dipegang hampir dia jatuhkan. Sunghoon cuba untuk menyembunyikan reaksi terkejutnya setelah melihat wanita yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu. Pandangannya terus ditundukkan agar tidak berbalas pandangan dengan wanita itu.
Adakah bermakna pencariannya selama ini akan tamat?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top