NINETEEN
•••
"Makanlah, Hoon."
"Tak ada seleralah."
Puan Park mengeluh panjang, bukan main susah menjaga Sunghoon yang demam. Sudah lama Sunghoon tidak jatuh sakit. Sekali dia sakit pasti mengalahkan seorang budak kecil ragamnya.
"Oppa tu memang, mengada lebih." sindir Yeji, adik perempuan Sunghoon yang berdiri di muka pintu bilik tidurnya. Sunghoon yang sedang berselubung di bawah selimut tebal tidak berdaya untuk memarahi Yeji. Demamnya biasa sahaja namun lemahnya seperti ajal sedang menanti.
Yeji yang mempunyai idea licik membuka telefon pintarnya. Nombor seseorang didail lalu dia membuat sebuah panggilan.
"Hello, Yeji okay ke?" Gawon yang berada dalam talian menjawab. Hairan dibuatnya apabila Yeji tiba-tiba menelefon.
"Saya okay je, oppa ni yang demam sejak dua hari lepas tak sembuh lagi." sengaja Yeji bercakap kuat-kuat agar Sunghoon yang berbaring di atas katil dapat dengar. Lantas dia menukar panggilan itu kepada mode panggilan video, menayangkan Sunghoon yang berselimut persis sebuah burrito gergasi.
"Kau call siapa?" soal Sunghoon yang hairan dengan tindakan Yeji. Puan Park yang masih duduk di birai katil Sunghoon juga tertanya-tanya tentang perkara yang sama.
Yeji tersenyum nakal sambil menjawab, "Gawon unnie."
Sunghoon terus berusaha untuk duduk walaupun seluruh tubuhnya terasa sengal. Mangkuk bubur di tangan Puan Park diambilnya lalu dia memakan sesuap bubur itu. Akibat tidak meniup dahulu, lidah Sunghoon kepedihan disebabkan oleh bubur yang masih panas.
"Amboi, terus berselera ya." sindir Puan Park sambil tertawa kecil. Dia menghulurkan sehelai tisu kepada Sunghoon yang sedang menahan kepanasan bubur itu.
Sunghoon menelan pahit bubur itu, "Tak selera sangat, tapi kena paksa diri telan juga." ujarnya sambil menjeling Yeji yang masih menghalakan kamera telefon ke arahnya.
"Saya okay, cuma demam sikit ni."
Yeji menghampiri Sunghoon lalu menukar arah kamera pula. Kedua-dua wajah Sunghoon dan Gawon terpampang di skrin telefon.
"Demam sikit je tapi gaya awak tadi dah macam separuh mati."
"Hoon ni demam sebab rindu kamu." Puan Park mencelah dan suaranya didengari oleh Gawon walaupun wajahnya tidak kelihatan. Sunghoon membuat riak wajah acah macho sambil memakan bubur yang ibunya masak.
"Ish, omma ni reka cerita tentang saya pula."
Tergelak Gawon dibuatnya, "Janganlah macam ni. Belum sebulan saya kat China awak dah sakit-sakit sebab rindu."
"Dah tahu saya ni kuat rindu, awak masih pergi belajar jauh-jauh."
"Gelinya." meremang bulu tengkuk Yeji melihat sifat mengada Sunghoon. Mahu sahaja dia menolak kepala Sunghoon ke dalam mangkuk bubur itu.
•••
"Saya betul-betul rindukan awak. Rasa macam nak terbang ke China dan duduk dengan awak je."
Sunghoon membuat panggilan video dengan Gawon menggunakan telefon pintarnya sendiri. Ibu dan adiknya sudah keluar dari biliknya, memberikan dia ruang untuk berehat.
"Saya pun rindu awak, tapi macam mana dengan keluarga dan kerja awak nanti?" balas Gawon sambil tersenyum kecil. Kuat betul seorang Park Sunghoon berangan.
"Sampai sana, kita terus kahwin. Mestilah omma dan appa saya faham yang kita kena tinggal bersama. Selepas tu, pandai-pandailah saya cari kerja kat situ." Sunghoon yang sedang berbaring di atas katil memberitahu angan-angannya dari A sampai Z. Dia sanggup menghabiskan duitnya demi terus berada di samping Gawon dalam masa yang cepat.
"Jangan gelojoh sangatlah. Sabar dulu ya, tiga tahun tu tak lama pun."
"Tak lama awak kata..."
"Hehe, sorry sebab buat awak terpaksa menunggu saya."
"Kenapa awak minta maaf? Saya tak kisah pun cuma saya rindu awak je, awak yang terpaksa hadap perangai mengada saya ni."
"Okay, encik tunang yang paling manja lagikan mengada. Nanti bila semuanya dah habis, kita kahwin dan terus berkepit sampai bila-bila. Awak hanya perlu setia menunggu saya dulu, janji?"
"Anything for you, Gawon. I promise."
"By the way, tengok ni. Cantik tak?" Gawon menunjuk suasana di dalam sebuah gereja. Perhiasan di dalam gereja itu menarik perhatian Sunghoon, seakan-akan dihias untuk sebuah majlis perkahwinan.
"Wait, awak tengah buat apa sebenarnya?" soal Sunghoon yang hairan dengan kegiatan Gawon.
"Kawan baik saya kahwin hari ni, sebab tu saya kat sini." kawan baik yang Gawon maksudkan adalah Nicholas.
"Oh, patutlah awak nampak macam dah bersiap cantik masa Yeji call tadi."
"Selama ni saya tak cantik ke?" soalan Gawon menyedarkan Sunghoon bahawa dia tersilap cakap.
"Cantiklah! Awak cantik sangat sampai muka baru bangun tidur awak boleh kalahkan Miss Universe."
•••
tinggal satu lagi chapter dan epilogue, maka tamatlah au tak seberapa ni hehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top