NINE

•••

"Kau tak lapar ke, Gawon?"

Perhatian Gawon beralih kepada Bitna, "Belum lagi, korang pergilah makan dulu."

"Okay, jangan lupa makan tau." Bitna memberikan pesanan lalu meninggalkan ruangan kerja.

Gawon memilih untuk menyiapkan kerjanya yang berbaki sedikit sahaja lagi. Jari-jemarinya sambung mengetik papan kekunci, namun bunyi sebuah notifikasi daripada telefon pintar mengganggu fokusnya.

Telefon pintar di atas meja diambil, Gawon membuka aplikasi Instagram dan membaca beberapa pesanan daripada seorang kawannya.

•••

nich0l4_s
gawonnnn
cuba teka aku kat mana

you
manalah aku tahu?¿

nich0l4_s
mesti kau tak percaya
aku kat seoul sekarang

you
APA?!?!!!!??!?!
kau jangan main2 boleh tak

nich0l4_s
tak percaya pula
jomlah jumpaaa
kau tak rindu aku ke 😩

you
RINDU LAAA 🥹
sampai bila kau kat sini?

nich0l4_s
seminggu

you
nanti aku free aku bagitahu

nich0l4_s
okayy!

•••

Gawon yang terlalu gembira cuba menahan diri daripada menjerit. Nicholas, kawannya dari China kini berada di Seoul.

Mereka berdua berkawan semasa menyambung pengajian di universiti yang sama. Kira-kira sudah hampir setahun mereka tidak berjumpa setelah Gawon berpindah ke Korea Selatan.

Nampaknya Gawon perlu mengatur masanya untuk berjumpa dengan Nicholas yang cuma seminggu berada di sini.

•••

"Cantik betul anak Encik Lim, betul tak Hoon?" soal Puan Park sebaik sahaja Sunghoon memulakan pemanduan. Mereka baru saja selesai makan malam di sebuah restoran, kebetulan di restoran itu mereka terjumpa Encik Lim sekeluarga.

Sunghoon yang sedang memandu di hadapan sekadar mengangguk. Bukan bermakna dia suka akan anak perempuan Encik Lim, dia hanya mengiyakan pendapat ibunya.

"Kalau kamu nak, omma boleh padankan kamu berdua."

"Awak ni, biarlah Hoon pilih calon sendiri." Encik Park yang duduk di sebelah Sunghoon menyampuk. Tahu sangat sikap isterinya yang kadangkala suka mengatur hidup anak mereka.

"Saya bukannya suruh dia kahwin paksa, nak bagi cadangan je. Saya teringinlah juga nak tengok anak sendiri kahwin macam anak orang lain."

"Belum masanya lagi, omma." ujar Sunghoon yang tidak mahu ibunya memanjangkan lagi topik ini.

"Omma ni makin tua, jadi kamu janganlah nak membujang lama sangat. Takut tak ada orang nak tengokkan kamu lagi."

"Ish, omma jangan merepeklah." walaupun ada masanya Sunghoon dan Puan Park bergaduh, tetapi Sunghoon tidak pernah membayangkan hidupnya tanpa Puan Park. Malah dia tidak sama sekali mahu memikirkannya.

Bercakap tentang calon pasangan hidup, Sunghoon teringat akan bekas kekasihnya semasa sekolah tinggi. Tetapi dia langsung tidak berasa rindu atau menyesal selepas hubungan itu terputus.

Hubungan mereka sekadar cinta monyet, Sunghoon sedar kehadiran bekas kekasihnya dahulu hanya membuatnya rasa tidak ketinggalan apabila melihat kawan-kawan yang lain mempunyai kekasih sendiri. Semasa di universiti, Sunghoon tidak lagi mempunyai kekasih sehinggalah hari ini.

Akan tetapi, kehilangan Gawon memberi impak yang lebih besar pada dirinya. Hilangnya Gawon seolah-olah hilang separuh dirinya. Hidup Sunghoon bagaikan tiada lagi sinar cahaya yang menggembirakannya di kala kegelapan duka melanda.

Sunghoon berfikir sejenak, adakah selama ini dia mencari Gawon bukan atas dasar sayang sebagai seorang sahabat?

Mungkin perkataan 'sahabat' itu sebuah alasan yang dia guna untuk menyembunyikan hakikat sebenar perasaannya terhadap Gawon.

Sunghoon sedar sayangnya terhadap Gawon adalah lebih daripada itu.

"Hoon, lampu merah!" Puan Park dari tempat duduk belakang menjerit.

Sunghoon yang sejak tadi tenggelam dalam lamunan membuat brek mengejut. Nyaris sahaja keretanya dilanggar oleh sebuah lori yang sedang keluar daripada arah kanan.

"Aduh!" belakang kepala Sunghoon dipukul oleh Puan Park.

"Lain kali jangan mengelamun!"

Sunghoon sedar akan kesilapannya dan tidak melawan kata Puan Park, "Maaf."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top