FOURTEEN

•••

— flashback

Di taman rekreasi, Gawon duduk di sebuah pondok sambil memeluk kedua-dua belah lututnya. Kek coklat yang dibeli tadi hampir jemu dia renung. Dua jam menunggu namun batang hidung Sunghoon langsung tidak kelihatan. Mujur dia cukup berani berada di luar bersendirian pada waktu malam.

Tatkala tenggelam dalam lamunan, fikiran Gawon teringat akan kelakuan Sunghoon yang sedikit lain semenjak ini.

Sunghoon tidak lagi kerap mengajaknya keluar bersiar-siar. Apabila mereka berjumpa di sekolah, Sunghoon sekadar menyapa Gawon dan tidak mengajaknya untuk berbual panjang. Seakan-akan hubungan mereka terbatas sebagai kenalan biasa, bukan lagi sahabat baik yang setiap masa berkongsi cerita dan meluangkan masa bersama-sama.

"Aku tak nak buat kau overthinking, tapi aku dengar khabar angin tu dah berleluasa. Kemungkinan besar hubungan mereka memang betul."

Gawon gagal menahan air matanya. Khabar angin yang Nara ceritakan siang tadi terngiang-ngiang dalam fikirannya. Akan tetapi, Gawon tidak mahu memikirkan perkara itu sangat.

Selagi Sunghoon tidak memberitahunya apa-apa, khabar angin itu cuma tipu belaka.

Gawon melihat jam tangan, jarum menunjukkan pukul 11:30 malam. Malam ini ibu Gawon tiada di rumah jadi tiada sesiapa ambil kisah jika dia pulang lewat.

Namun hari baharu akan menjelang dalam beberapa minit lagi. Gawon tidak mahu hari lahir yang dia dan Sunghoon kongsi berlalu tanpa sebarang sambutan.

•••

Hampa. Gawon menyimpan kek itu di dalam kotaknya semula. Satu jam berlalu dan Sunghoon tidak memunculkan diri.

"Gawon!"

Panjang umurnya, Gawon memandang Sunghoon yang baru tiba dengan nafas yang tercungap-cungap. Penampilan Sunghoon kelihatan sungguh serabai.

"Nasib baik kau belum balik. Mana keknya?"

"Tak ada! Aku tunggu kau sejak pukul lapan sampai bersemut kek tu! Kau pergi mana tadi?"

Sunghoon tersedu, "Aku pergi ..."

Melihat gaya Sunghoon yang longlai semacam menimbulkan kegusaran Gawon. Lantas Gawon menarik kolar baju Sunghoon dan menghidu baunya.

"Kau minum ke?" Gawon amat benci bau itu, bau yang sama setiap kali bapanya mabuk.

"Yeah, kan dah cukup umur."

Dengan penuh geram Gawon menolak Sunghoon, "Selepas tu kau mabuk sampai lupa janji kita? Kita dah setahun rancang benda simple ni tapi kau pilih untuk mabuk?!"

"Dengar sini, kawan-kawan aku buat party khas untuk aku yang tak sendu macam ni. Lagipun aku dapat sambut dengan Julie and I'm telling you she's the best person ever to hang out with."

"Jadi khabar angin tu betul?"

"Apa? Khabar angin?"

"Kau dan Julie bercinta?"

Sebuah tawa besar Sunghoon lepaskan, "Aku belum lamar dia. Tapi, kalau aku suka dia dan dia pun suka aku ..."

"... that makes us a couple, right? Ikutkan Julie tak suka aku berjumpa dengan kau lagi, cuma aku kesiankan kau jadi aku tetap datang. Happy birthday to us, Gawon."

Dada Gawon berombak menahan marah. Lantas dia mengeluarkan semula kek daripada kotak dan tanpa berfikir panjang kek itu dicampak ke kepala Sunghoon.

"Makan kek tu puas-puas dengan kawan-kawan kau. Oh, tak lupa juga dengan girlfriend kau tu!"

Sebelum tindakannya semakin di luar kawal, Gawon meninggalkan Sunghoon yang tercengang sendiri. Pengaruh alkohol membuatkan Sunghoon tidak dapat berfikir dengan waras tentang situasi yang sedang dihadapinya.

Malam ini sepatutnya menjadi sebuah kenangan bermakna. Gawon berangan-angan mahu meluangkan saat-saat terakhirnya bersama Sunghoon sebelum dia berpindah ke luar negara.

Namun semuanya hancur. Malah Gawon tidak berpeluang memberitahu Sunghoon yang dia akan berpindah dalam masa tiga hari.

Atau mungkin lebih baik jika dia merahsiakan sahaja perkara itu kerana Sunghoon tidak lagi mengambil berat tentangnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top