FOUR
•••
Angin sayup menemani Gawon yang sedang menikmati pemandangan kota di malam hari. Di balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 12, Gawon sedang duduk sambil berpeluk tubuh sementara fikirannya mengenang adegan di restoran tadi.
Setelah sembilan tahun, Gawon tak sangka dia akan bertemu dengan Sunghoon malah disapa seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua.
Perasaan gementar semasa mereka berbalas pandangan masih dirasai oleh Gawon. Mengapa tiba-tiba sahaja mereka dipertemukan semula?
Gawon menggeleng sendiri, pasti pertemuan tadi sekadar satu kejadian rawak yang tidak mempunyai makna.
Namun Gawon tidak dapat memendam perkara ini dengan mudah. Dia perlukan seseorang untuk menceritakan hal tersebut.
Telefon pintar di atas meja dicapai. Gawon mencari nama seseorang yang sudah seminggu dia tidak bertanyakan khabar.
"Gawon? Kenapa call?" suara Nara dalam talian kedengaran.
"Kau sibuk ke, Nara?"
"Tak adalah, nice timing. Anak aku baru je tidur."
Gawon melepaskan keluhan pendek, "Aku minta maaf sebab call. Tapi aku betul-betul perlukan seseorang untuk bercerita sekarang."
"It's okay! Kan dah banyak kali aku pesan, aku dah berkahwin tak bermaksud kita kena berhenti bersembang. Lagipun aku faham, kau call aku pun mesti sebab ada perkara yang betul-betul buat kau runsing, betul tak?"
"Ya, kau akan terkejut bila dengar cerita aku."
"Gawon, apa jadi?"
"I met Sunghoon."
•••
"Kenapa kamu tak balik masa makan malam tadi?"
Sunghoon mengambil nafas yang dalam sebelum menjawab, bercakap dengan Puan Park kadang-kala memerlukan kesabaran yang tinggi. Risau juga jika dia kemalangan di jalan raya disebabkan gagal mengawal emosi semasa memandu sambil menelefon ibunya.
"Hoon ada meeting tadi, kan Hoon dah bagitahu semalam."
"Alasan, keluarga Encik Lim dah lama nak berjumpa dengan kamu tapi kamu tetap buat perangai macam ni sampai menghampakan mereka. Kamu dah besar tau, boleh tak sekali je jangan malukan omma dan appa."
"Ada roadblock pula kat depan, nanti Hoon call omma semula."
Tidak sempat Puan Park sambung berleter, Sunghoon menamatkan panggilan lalu memasang airplane mode. Keadaan jalan juga lengang tanpa ada sebarang sekatan pihak polis.
Dek masih berasa serabut dengan sikap keras kepala ibunya, sebatang rokok dinyalakan sambil tingkap kereta diturunkan.
Sejak di bangku sekolah lagi Sunghoon sudah berjinak dengan rokok. Jika ibunya tahu tabiat buruk ini, pasti dia tidak dibenarkan pulang ke rumah lagi. Perbuatannya turut ditegah keras sekali oleh Gawon akan tetapi amat sukar untuk dia berhenti.
Lee Gawon, Sunghoon tertawa sendiri apabila sedar semenjak ini kerap sekali nama itu muncul di fikirannya.
•••
"Kali ni kau tak delusional. Dia memang sengaja nak dekati kau semula."
Gawon menghentakkan tin minuman keras yang baru diteguk di atas meja, "Selepas sembilan tahun kau masih nak feed delulu aku? That guy is a living jerk, he won't gain my trust again."
Nara yang tadi di rumah sanggup keluar untuk berjumpa dengan Gawon di sebuah kedai serbaneka yang berhampiran dengan rumahnya. Mujurlah suaminya sudah balik kerja dan boleh jagakan anak mereka sebentar. Rumah Gawon juga tidak jauh dari kawasan mereka berada sekarang.
"Lagipun, aku anggap tadi tu sekadar random encounter. Selepas ni aku tak akan berjumpa dengan dia lagi." ujar Gawon sambil meletakkan tangan dalam poket baju sejuknya. Berada di luar kedai serbaneka pada pukul 10 malam benar-benar sejuk pada musim ini.
Nara menjongket sebelah keningnya, "Boleh jadi korang akan berjumpa lagi. Dunia ni kecil je, Gawon."
Laju Gawon menggeleng kepala, "Kitorang tak ada apa-apa connection jadi kenapa aku akan terserempak dengan dia lagi?"
"Tadi kau terjumpa dia sebab ada connection ke?"
"Tak ada, tapi aku dah kata kejadian tu cuma random encounter. Memang aku tak pergi ke restoran tu lagi selepas ni."
Nara faham mengapa Gawon benar-benar tidak ingin bertemu dengan Sunghoon lagi. Dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana hubungan baik mereka berdua berakhir semasa sekolah dahulu. Gawon boleh dikatakan sangat 'hancur' disebabkan oleh perpisahan itu.
Cuma mereka tidak tahu Sunghoon juga tidak kurang 'hancur' seperti Gawon.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top