FIVE
•••
"Menyampah betul dengan bos baru tu."
"Aku pun menyampah, berlagak macam terpaling savage."
Di dalam lif yang sedang bergerak turun, Gawon berdiri di belakang dua orang rakan sekerjanya yang rancak mengumpat tentang bos mereka. Gawon baru bekerja di syarikat itu selama tiga minggu, dia masih segan mahu menyertai perbualan rakan sekerjanya walaupun sering kali diajak.
Lif itu berhenti di tingkat 11, kedua-dua belah pintu terbuka secara automatik.
Terbeliak mata Gawon apabila melihat Sunghoon berada di luar lif. Terus dia cuba menyorok di belakang rakan sekerjanya yang bernama Minsoo, Gawon menjadi lebih tidak keruan kerana Sunghoon memasuki lif yang sama bersama seorang lagi jejaka.
"Eh, lama dah tak jumpa!" Minsoo menyapa Sunghoon dan Jay yang masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup lalu bergerak turun untuk ke ground floor.
"Lama tak nampak korang juga. Korang nak balik dah ke?" soal Jay.
"Kitorang nak pergi dinner dulu, nak join?" cadang Bitna, seorang lagi rakan sekerja Gawon.
"Macam best! Sunghoon, nak ikut sekali tak?"
Gawon semakin menundukkan kepala berharap Sunghoon tidak perasan akan kewujudannya. Walhal pandangan tajam Sunghoon sudah mengesan Gawon sejak pintu lif terbuka tadi.
"Boleh je." ringkas Sunghoon menjawab.
Tiba di aras bawah, mereka berlima keluar dari lif. Gawon terus berjalan meluru ke hadapan berhasrat ingin meninggalkan empat sekawan itu.
"Gawon! Kau nak pergi mana?" Bitna hairan Gawon kelihatan kelam-kabut keluar dari lif.
Gawon menghentikan langkah, mahu tak mahu dia terpaksa menoleh ke belakang untuk menghadap Bitna. Secara tidak langsung perlu berhadapan dengan Sunghoon juga.
"Nak baliklah."
"Kan dah kata nak makan malam sama-sama, jomlah!" Minsoo mengajak sambil mendekati Gawon. Lengan Gawon dirangkul lalu ditarik agar mengikuti mereka sekali.
"Oh, aku ingat korang berempat je pergi." Gawon membuat alasan.
"Takkan kitorang nak pergi tak ajak kau pula." ujar Minsoo sambil mereka berjalan beriringan. Gawon sedaya-upaya melarikan pandangan agar tidak berbalas pandangan dengan Sunghoon.
Hari ini Gawon baru tahu yang dia bekerja di tempat yang sama dengan Sunghoon.
•••
"Rasa macam menyesal je tukar department. Tak seronok betul kerja dengan bos kerek tu." Bitna merungut sambil memasak daging di atas pemanggang.
"Teruk sangat ke bos baru kau tu?" soal Jay yang turut sibuk memasak daging di atas pemanggang yang sama.
Sementara mereka rancak berbual, Gawon sekadar mendengar perbualan mereka. Gawon juga baru tahu Bitna dan Minsoo asalnya bekerja di bahagian yang sama dengan Sunghoon dan Jay. Kebetulan semasa Gawon baru saja mula bekerja, mereka juga baru berpindah ke bahagian itu.
"Gawon, kau tak cerita tentang diri kau lagi." Jay yang tidak kurang ramah seperti Minsoo dan Bitna mengajak Gawon untuk berbual sekali.
"Tak ada apa-apa pun aku nak cerita." ujarnya sambil tersenyum kecil.
"Cerita jelah kau tinggal kat mana, atau tempat belajar kau dulu ke."
Gawon mengambil masa beberapa saat untuk mengatur ayatnya.
"Okay, I was born and raised here. Tapi sebelum tamat high school, aku ikut omma aku berpindah ke China. Aku sambung sekolah kat sana and even masuk universiti kat sana juga. After almost a decade, barulah omma aku buat keputusan untuk balik ke sini semula."
"Wow, rajin merantau rupanya." ujar Minsoo yang kagum, tak sangka Gawon pernah menetap di luar negara sebelum bekerja di sini.
"Yeah, I'm half chinese actually. Aku ikut omma aku balik ke China selepas dia bercerai dengan appa aku."
"Alamak, kitorang tak bermakna nak sentuh isu sensitif." Jay segera meminta maaf kerana dia yang menyuruh Gawon untuk bercerita.
"It's okay, tak ada apa pun." Gawon tidak sengaja ketawa melihat air muka Jay yang terus berubah risau.
Gawon serta-merta teringat bahawa Sunghoon tidak tahu tentang perceraian ibu bapanya.
"Omma dan appa awak bercerai? Kenapa awak tak bagitahu saya?"
Gawon sekadar mengangkat bahunya, "Kenapa saya perlu bagitahu awak?"
Sunghoon mengetap rahangnya, sebuah memori terlintas di fikirannya. Kini dia sedar punca Gawon tiba-tiba perlu berpindah dahulu.
Dan Sunghoon sedar sikap teruknya menjadi punca Gawon berhenti berkongsi cerita dengannya.
"Okay, dah siap!" Minsoo mula menghidangkan daging yang sudah siap dimasak. Gawon lega kerana Minsoo, Bitna dan Jay tidak menumpukan perhatian semasa Sunghoon bercakap.
Selagi boleh Gawon tidak mahu mereka tahu tentang hubungan silamnya dan Sunghoon.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top