EIGHTEEN
•••
Gawon melihat semua barang yang sudah siap dikemas. Esok dia bakal menaiki penerbangan ke China setelah satu bulan membuat persiapan. Gawon menyewa rumahnya kepada orang dan dia tinggal di rumah ibunya untuk beberapa hari.
Usai menyiapkan diri, Gawon berdiri di hadapan cermin dan melihat penampilan dirinya. Malam ini dia mengenakan sebuah mini dress berwarna biru cair bersama cardigan putih. Berbunga-bunga hatinya teringatkan Sunghoon yang memberi mini dress itu.
"Boleh tahan juga taste dia." Gawon berkata sendiri.
Gawon melihat jam dinding, dia perlu keluar dari rumah sekarang. Beg tangan diambil lalu dia merapikan rambut ikal mayangnya yang tidak diikat untuk kali terakhir. Barulah Gawon meninggalkan rumah ibunya dan menuju ke sebuah restoran mewah dengan menaiki teksi.
•••
Sunghoon membuka topi keledar lalu dia membetulkan rambut sambil melihat cermin sisi motosikalnya. Lantas dia turun daripada motosikalnya dan berjalan menuju ke arah restoran yang telah dibuat tempahan.
Gawon pula kebetulan baru saja tiba. Dia keluar daripada teksi setelah membayar tambang. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, Gawon ternampak Sunghoon yang sedang berjalan ke arahnya.
"You look absolutely stunning."
Pujian Sunghoon membuat wajah Gawon hampir kemerahan. Gawon tertawa kecil sambil menahan perasaan malu, "Well I should be grateful to you for this stunning dress."
"You're the one that makes it look prettier."
Ada-ada sahaja cara Sunghoon hendak memuji Gawon yang rona merah mula kelihatan di pipinya. Jarang sekali wajahnya blushing, ini pertama kali dalam hidup Sunghoon melihat wajah Gawon kemerahan.
"Shall we?" ujar Sunghoon sambil menghalakan sikunya kepada Gawon. Gawon merangkul lengannya dan mereka berjalan beriringan memasuki restoran itu.
•••
Sambil menikmati juadah, mata Gawon tidak lekang memandang taman kecil yang berada di luar restoran. Dia sudah membayangkan semua sudut yang cantik untuk dijadikan tempat bergambar.
"Nanti kita ambil gambar banyak-banyak tau kat situ." ujar Gawon yang tidak sabar hendak keluar.
"Mestilah boleh." Sunghoon mengiyakan sahaja semua keinginan Gawon. Sejak berkawan dengan Gawon, Sunghoon tiada pilihan selain menjadi jurugambarnya yang tidak berbayar.
Walhal sebelum Gawon mengajak ke taman, Sunghoon juga sudah ada perancangan yang mahu dibuat sebentar lagi di taman itu.
Sepanjang makan malam itu, mereka berkongsi pelbagai jenis cerita tentang kerja sehingga tentang rutin masing-masing di rumah. Apabila mereka selesai makan, Sunghoon membayar makan malam tersebut dan tidak membenarkan Gawon untuk mengeluarkan satu sen pun.
"Sampai hari ni pun asyik awak je bayarkan." ujar Gawon sambil mereka berjalan di kawasan taman itu.
"Kenapa pun kalau saya yang bayar?"
"Iyalah, tak semena-mena awak kena tanggung makan minum saya. Belum termasuk dress ni lagi dan benda-benda random yang awak suka belikan. Saya tak nak menyusahkan awak."
"Tak ada apa-apalah, semua tu biasa je."
"Nanti saya usahakan untuk bayar semuanya balik."
"Gawon, awak tak perlu bayar apa-apa."
"Saya tak nak duit awak habis macam tu je."
"Okay, ada cara untuk awak nak bayar balik."
"Apa?"
Mereka berhenti di atas sebuah jambatan, di bawahnya terdapat sebuah sungai buatan kecil dan di tepinya dihiasi lampu-lampu yang menerangi kawasan itu.
"Marry me."
Seluruh tubuh Gawon kaku namun mulutnya masih mampu menuturkan ayat, "Awak serius ke?"
Sunghoon memegang tangan Gawon, "Saya betul-betul serius."
"Tapi saya perlu pergi esok."
"Saya akan tunggu awak. Saya takut kalau saya tak jujur sekarang, lambat-laun awak akan jumpa lelaki lain."
Sebelah lagi tangan Sunghoon mengeluarkan sesuatu daripada poket blazer. Terbuntang mata Gawon apabila melihat sebuah kotak baldu merah dipegang oleh Sunghoon.
Dalam hati Gawon mula tertanya-tanya adakah dia sedang bermimpi? Situasi yang dialaminya sekarang sangat tidak realistik seperti sebuah babak dalam drama cinta.
Kotak itu dibuka lalu terserlah sebentuk cincin permata yang terletak elok di dalamnya. Lutut Gawon rasa lemah sekali, dia seakan-akan mahu pengsan dan terjun ke dalam sungai yang berada di bawah jambatan itu.
Sunghoon juga tidak kurang berdebar. Jantungnya kini berdegup sangat kencang seperti hendak terkeluar daripada tubuhnya. Namun dia mengabaikan debaran itu dan memberanikan diri menyuarakan hasrat yang sudah lama dipendam.
It's now or never.
"Be my fiance, Lee Gawon."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top