t w e n t y t w o
ngee ngee update yang agak hambar sebab zuzu takde idea huehue
『 ► now on air : rejected 』
|| chapter 22
Tuan Ryu mendekati isterinya dari tepi. Dia dijeling sesaat. "Yang awak datang menempek-nempek di dah kenapa?" soal Puan Ryu tak bertapis. Tak pernah-pernah si suami nak datang rapat-rapat bagai.
Bibir Tuan Ryu memuncung ke arah Jungkook dan Min yang sedang bergelak ketawa sambil bertinggung di depan reban ayam. "Bahagia betul dengan diorang berdua." Luahnya sambil tersenyum, menghela nafas lega. Puan Ryu mengiya dan turut menguntum senyum manis.
"Biarlah diorang. Kalau diorang dah sedia nanti, kita ikut je."
"Jungkook, Min."
Mereka berdua menoleh ke belakang. "Ya, appa?" Tangannya menggamit mereka ke arahnya. Dua ketul itu bangun dan berjalan ke arah pasangan Ryu, duduk bersama mereka.
"Ada apa, appa?"
"Petang ni kamu nak balik pukul berapa?" Min memandang Jungkook. Sebenarnya gadis itu belum mahu pulang, tapi nak duduk kampung lama-lama tak boleh jugak. "Dalam pukul 4 ataupun pukul 5 kot, ahjussi. Kenapa tanya?"
Jungkook membalas sebelum menyambut secawan teh yang dihulur Puan Ryu. "Takdelah. Kalau kamu balik petang, kamu makan tengah hari dekat sini lah kan? Ahjussi ingat nak beli makanan laut sikit buat lauk tengah hari ni."
Mata Min bersinar-sinar. Seafood memang makanan kegemarannya. "Waaa, appa. Sedap tu! Min rindu Chueotang yang appa buat!" Kepala anak gadisnya yang sudah bersemangat itu diusap perlahan. "Yelah, appa try cari untuk Min ya? Kalau tak ada kita buat stew biasa je. Boleh?"
Min mengangguk laju.
"Appa pergi dululah. Kamu berdua pergilah jalan-jalan ke pusing kampung ke apa sementara nak tunggu appa balik dari pasar."
+ rejected +
Ktang!
Bunyi gelas berlanggaran bergema di pub tersebut. Jungkook dan Min meneguk soju dengan sekali teguk. "Hah, what a good vacation." Jungkook tersenyum lebar dan meletakkan gelas di atas meja.
Dahu ditongkat. Wajah Min yang senang enak melantak ramen direnung lama. "Kau tengok aku apahal? Makan lah cepat." Tegurnya dengan set luku kepala si Jeon Kokonat.
"Auww! Sakitlah! Boleh tak sehari je jangan sakitkan aku?"
"Sian eh sian." Min menjelirkan lisah dan kembali fokus pada ramennya. "Min." Gadis itu meng-hmm dan mendongak.
"Aku dah lama tak dengar cerita Hwa. Dia kat mana sekarang? Dia tak duduk dengan kau and Eun ke?" Min berhenti mengunyah. Pandangan mata diputuskan, dia mengambil tisu dan mengelap bibirnya yang sedikit comot.
"Hwajin dah lama takde. Dia kena culik dan sampai sekarang kitorang tak tahu apa jadi dengan dia. Eun dah putus semangat, kalau boleh dia taknak dengar pun aku sebut nama Hwa depan dia." jawabnya tanpa berselindung. Botol soju dicapai dan diteguk selamba.
"Sorry. A-aku tak patut ungkit hal tu. Aku tak tahu." Min menggeleng. "Takpe. Aku tak kisah pun." Jungkook menatap gadis itu lama, terlihat gadis itu sebenarnya sedang menahan diri dari menitiskan air mata. Rasa bersalah makin menggunung dalam hatinya.
Satu.
Dua.
Tiga.
Tiga gelas Jungkook minum sekali gus. "Woi! Kau dah kenapa sia! Kau dahlah driver-" Min menepuk dahi. Mampus. Jungkook menggosok-gosok mata sebelum menekup pipinya dan mengeluh.
Pipinya sudah berona merah jambu menandakan dia sudah separa mabuk. Menyusahkan orang betul lah, bentak Min dalam hati, mengeluh pasrah.
"Jeon Jungkook, dah jom balik."
"Ehh, cepatnya. Sabar lah ni ada lagi satu botol-" Min merampas botol tersebut sebelum sempat Jungkook capai dan meneguknya sehingga habis sebotol. Pipinya juga sudah sedikit memerah.
"H-hah. Dah. Jom balik aku kata."
"Em, tanak." Anak Jeon meletakkan kepala di atas meja dan menutup kelopak mata. "Dey, Kook. Kau bangun cepat. Bangun." Jungkook bercakap sendirian, entah apa yang dia cakap pun Min tak faham.
Gadis itu bangun, membayar minuman mereka sebelum memaksa Jungkook bangun dan memapahnya ke kereta. Min duduk di tempat pemandu dan memulakan perjalanannya.
Sesaat kemudian dia tersedar sesuatu. Kepala dihantuk ke stereng. "Aduh, aku mana tahu rumah dia ni kat mana.." kepalanya digaru-garu.
Peta yang telah di set home di skrin menarik perhatiannya. "Fuh, aku harap ni alamat betul lah ya, Jungkook jebon."
"Taknak balik rumah aku. Nak balik rumah kau."
"ISH BANYAK BUNYI LAH KAU NI! Duduk diam sudah!"
"AAAAAAA TAKNAK BALIK! TAKNAK BALIK TAKNAK BALIK TAKNAK BALIK TAKNAK BALIK"
"Fine! Okey? Balik rumah aku! Puas hati?!"
Jungkook tersenyum lebar. "Yeay. Puas sangat. Thank you."
+ rejected +
Pintu rumah terbuka. "Uii, tuan pengarah- EH ini anak Jeon kan?!" Membulat mata Eunbyul saat menyambut Min di muka pintu. "Tolong aku jap weh. Bagi dia tidur dekat office malam ni. Hanat ah, buat sakit telinga aku je jantan ni."
"Sebelum tu, Min.. ada benda penting aku nak bagitahu kau."
Kening gadis itu terangkat tinggi. "Apa benda?"
Riak muka Eunbyul menerangkan segalanya.
"A-aku jumpa Hwa."
『 ❚❚ to be continued : rejected 』
A/N
maaf atas kehambaran aigoo aigoo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top