t w e n t y o n e

hehe update 💜
get ready for their overload sweetness!

now on air : rejected

|| chapter 21

"Min! Jungkook!"

Fokus mereka berdua teralih ke arah Tuan Ryu yang sedang melambai ke arah mereka berdua. Segera mereka berjalan berjalan mendekatinya. "Appa?"

"Ahjussi?"

Lelaki separuh itu tersenyum lebar. "Appa nak keluar ni. Korang berdua takde kerja kan? Tolong kemas kat luar ni eh? Shin dah keluar dengan kawan dia tadi, eomma pulak tengah rehat. Boleh kan?"

Min menggulingkan mata, sudah mengagak aktiviti seharian kakaknya itu. Malas nak ambil pusing, mereka hanya setuju dan menghantar pemergian Tuan Ryu dengan lambaian tangan.

Badan Jungkook dan Min berpusing ke belakang. Periuk besar dan segala jenis perkakas dapur menghiasi pandangan. "Jadi.. kita nak buat apa sekarang ni?"

Tanpa dipinta, memori mereka di kerja lapangan 7 tahun lepas kembali berlayar di minda.

"Alright. Aku basuh, kau bilas. Deal?" Jungkook mengutarakan cadangan bernas. Seperti yang dijangka, Jungkook memang sentiasa tersusun dalam melakukan sesuatu kerja. Tambah-tambah aktiviti macam ni, dengan crush.

Uhuk.

"Deal."

Periuk yang agak besar saiznya Jungkook angkat dan bawa ke arah sebuah paip yang telah tersedia sabun basuh pinggan itu. Setelah membilasnya sedikit dengan air, jejaka itu mula menyental dengan sabun.

Selesai tugasnya, Jungkook menyerahkan periuk itu kepada Min yang sedang leka memandang langit biru. "Makcik."

"Woi- oh dah siap." Min menjeling seperti biasa seraya menyambut huluran Jungkook dan membilas periuk tersebut dengan air paip.

Satu, dua dan sekarang sudah genap 15 perkakas dapur yang sudah selesai dibilas bersih. Sedikit lagi tinggal.

Min bosan menunggu Jungkook yang nampak begitu tekun mencuci periuk. Dek tak tahan dengan kepishangannya, air paip itu ditembak sedikit ke arah Jungkook.

Pergerakannya terhenti. Mulutnya melopong luas saat tersedar bajunya sudah basah dipercik air. "MIN!" Min ketawa mengekek sebelum menembak air ke arah wajah mulus Jungkook pula.

"WOI KAU DAH KENAPA GILAAA" suaranya naik seoktaf saat rambutnya sudah kuyup seperti dia masuk shower. Jungkook tak betah berdiam diri, merampas paip tersebut dan menembaknya ke arah Min.

Balas dendam.

"YAHHHHHHH JEON JUNGKOOK!"

Jungkook bangun, berlari mengelilingi sebuah meja yang terletak di tengah halaman. Min dengan muka bengisnya mengejar Jungkook ke sana dan sini.

Gaya macam budak ribena.

"Aduh.. aduh aduh.. Dah dah, sakit perut aku- MINNNNNNNN"

Tawa mereka berdua berderai kuat saat Min berjaya menangkapnya dengan mendakapnya dari belakang. Gadis itu mendakap erat, tak mahu Jungkook yang lari laju mengalahkan pelesit itu terlepas lagi.

Selain dari sebab munasabah tersebut, sebenarnya jauh di sudut hati Min, dia rasa tenang mendakap Jungkook erat begini. Buat dia rasa tak mahu melepaskan jejaka itu walau sesaat.

"Lepaslah, tu kerja tak siap lagi tu. Dahlaaa"

Jungkook merengek dengan tawa yang masih bersisa. "Jalan!" Arah Min dengan suara acah deep, menolak Jungkook dari belakang dan menyuruh jejaka itu berjalan ke arah paip tadi.

Jungkook hanya akur dengan senyuman yang tak mahu memudar. Bahagia.

Min melepaskan Jungkook setibanya mereka di tempat kerja tadi. Jungkook kembali melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kecil.

Belum sempat Min duduk di kerusinya, Jungkook terlebih dahulu menarik lengan gadis itu laju hingga dia terduduk di ataa riba Jungkook dengan mata membulat.

"Woi! Kau dah kenapa-"

Min terdiam, menyedari jarak mereka yang hanya beberapa inci. Iris coklat hazel milik Jungkook yang menatap dalam mata Min kini jatuh ke arah bibir merah munggil gadis pujaan hatinya.

Sikit lagi..

Jungkook memejamkan mata, menghampiri bibir Min dengan bibirnya. Min yang nampaknya otak dah tercabut saraf turut memejamkan mata
sebelum-

"Min! Jungkook!"

Mereka berdua tersedar dan masing-masing membesarkan mata. Min pantas bangun dan berlari ke arah ibunya yang memanggil, mengelakkan Jungkook dari melihat pipinya yang merah menyala.

Anak Jeon simpan senyum. Bibirnya disentuh dengan jari. "Apa bangang aku buat tadi?" Desisnya sendiri sebelum tersengih dan mengetuk kepala.

"Jungkook-ah, tolong ahjumma kat dalam ni kejap!"

Jungkook menoleh. Mata yang sepatutnya fokus pada Puan Ryu terkunci dengan pandangan Min. Bibirnya tersenyum. "Kook datang ni, ahjumma!"

❚❚ to be continued : rejected

A/N
korang nak ff ni habis chapter berapa?
HSHSHSHHSHSHS zuzu takut panjang sangat je nanti ;-;

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top