t h i r t e e n
I can't sleep ;-;
so nah lah zuzu kasi update ehehehehe
『 ► now on air : rejected 』
|| chapter 13
Kepala Jungkook diluku.
"Auch!"
"Amenda kau mengarut ni? Ni, pergi bayar sana." Bibirnya termuncung sedikit saat bahunya ditolak-tolak ke arah kaunter. "Kalau ya pun tak payahlah luku.. sakit siot.." gumamnya perlahan lalu menapak ke kaunter, meninggalkan Min.
Gadis itu ketawa sendiri.
"Bangang, nasib baik tak tercabut jantung aku."
+ rejected +
Pintu utama rumah keluarga Jeon terbuka perlahan-lahan. Jantung Min semakin berdebar. Harap-harapnya Jungkook tak pernah cerita tentang rejection malam tu ataupun apa-apa berkaitan dengan dia.
Sungguh, dia malu nak jejak kaki.
"Eo? Kook? Masuklah. Bawa teman nampak." Puan Jeon yang sedang menyisip kopi menggamitnya dari ruang tamu. Pandangannya dan pandangan Min tersabung seketika. "Siapa yang Kook bawa ni?"
"Ini Min, PA Kook and.. classmate highschool dulu." Min membungkuk hormat pada Puan Jeon dan tersenyum manis. Tangannya yang menggigil digenggam.
"Oh, Min.. selamat berkenalan Min. Duduklah sini. Tetamu dah nak sampai dah tu." Jungkook mendorong gadis itu ke sofa. Min melabuhkan punggung. "Ah.. ma. Kook pergi letak wain dekat dapur eo?"
"Haa pergi pergi."
Dan Jungkook berlalu, meninggalkan dua wanita itu senyap tanpa bicara. Min dah berapa kali teguk air liur, takut betul.
"Min dah berapa lama kerja dengan Kook?"
"Sebulan lebih dah, P-puan Jeon." Gadis itu mengukir senyum kekok, mencuba yang terbaik untuk tidak bertentang mata. "Janganlah formal sangat. Just call me Aunty. Sebab Min kan kawan Kook?"
"Oh.. n-nae, a-aunty."
Atmosfera kembali beku tanpa sebarang butir bicara. Min menunduk dan menyibukkan diri dengan menguis jari dan menggigit bibir. Sejak melangkah ke dunia dewasa, berjumpa dengan strangers memang satu kelemahan bagi Min.
Ada sebab kenapa dia jadi begitu, walaupun hakikatnya dulu dialah yang paling mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang ingin berkawan.
"Madam, tetamu dah sampai." Mujurlah pembantu rumah Puan Jeon memecahkan keheningan yang semakin membunuh Min dari dalam. Senyap-senyap dia menghela nafas lega.
Puan Jeon pula tersenyum lebar. Dia bangun dan bergegas ke pintu utama bersama si pembantu rumah setelah memberitahu Min untuk tunggu bersama Jungkook dan Tuan Jeon.
Ah sudah.
Melihat Puan Jeon sudah ghaib dari pandangan mata, gadis itu bangkit dari sofa dan mula mencari jalan mencari Jungkook. Setiap inci rumah mewah milik keluarga Jeon diamati. Macam rumah dalam drama dah sia.
"Ha, Min! Sini. Aku baru nak panggil kau."
Min dan Jungkook bertembung. "Ah, aku memang nak cari kau pun." Bahunya jejaka itu peluk lalu dia ditarik bersama. "Come. Aku nak kenalkan kau dengan Papa aku."
Wajahnya menjadi sedikit cemberut. "Ish.. perlu ke semua tu? A-aku lemas.."
"Eh, mestilah! Aku nak bagi Papa aku kenal siapa yang berani reject anak tunggal dia 8 tahun dulu."
"Ish, kau ni!"
Pinggang Jungkook digetu kuat hingga jejaka itu mengaduh sakit dan menjelingnya. "Gurau jelah. Eii, dia ni. Pa!"
"Eo, Jungkook-ah. Sini, Papa kat luar ni." Mereka berdua melangkah ke luar rumah. Tuan Jeon sedang berdiri menghadap kolam ikan. "Ni, kenalkan, Ryu Min. PA Kook dan ex-classmate."
Lelaki separuh abad itu menoleh ke arah Min dan tersenyum kecil. Senyuman suam yang dihulurkan sedikit sebanyak buat Min rindu akan keluarganya di Gangwon.
"Selamat berkenalan, Cik Ryu. Harapnya Jungkook tak buli dan suruh Cik Ryu buat benda pelik-pelik lah ya?" Tawa kecil mereka meletus.
Fokus Tuan Jeon teralih pada anak lelakinya. "Tetamu dah sampai dah?"
"Kook dengar bising tadi. Dah sampai lah tu."
Ayahnya mengangguk. "Jom ke meja makan. Cik Ryu takde alergik apa-apa, kan?" Min menggeleng lembut. "Okey. Dah jom jom. Nanti Mama bising." Jungkook dan bapanya ketawa mengekek.
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan menapak ke meja makan.
"Henry! It's been ages!" Tuan Jeon berpelukan dengan lelaki yang kelihatan sebaya dengannya. Jungkook pula hanya sekadar bersalaman dan membungkuk hormat.
"Wah, Jungkook dah besar eo? Dah ada girlfriend, hmm?"
『 ❚❚ to be continued : rejected 』
A/N
maaf kalau bosan, zuzu memang tengah kering ni ;-;
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top