s i x t e e n
maaf kerana tiba-tiba ghaib ajsjjssjjsjs
ayoo dah chapter 16
『 ► now on air : rejected 』
|| chapter 16
"Itu sahaja untuk hari ni. Thank you."
Jungkook bangun dan terus keluar dari bilik mesyuarat. Min melayangkan senyuman kepada staf-staf sebelum mengejar derapan pantas Jungkook. "Tuan." Jejaka itu menoleh memandangnya.
"Uh.. tuan okey tak ni? Ada apa-apa yang-" soalan Min tergendala tika telefon di dalam poket tiba-tiba bergetar, menandakan ada panggilan. "Sekejap ya, tuan."
Appa❤️
incoming call..
accept || decline
"Helo, appa." Bibir Min tersenyum halus mendengar suara ayahnya menyahut di sebelah sana. Jungkook pula hanya diam memasang telinga sambil mereka berdua mengorak langkah ke pejabatnya.
"Min, kamu sibuk ke?"
"Ah.. haah, sibuk sikit, appa. Hari ni kan hari kerja."
"Takpelah kalau macam tu. Appa taknak susahkan kamu tapi.."
Dahi Min berkerut.
"Appa? Mana Eomma? Shin?"
Terdengar Tuan Ryu mengeluh berat di sebelah sana. "Appa, jangan bagi Min takut, appa. Shin mana? Eomma mana?"
Kaki Min berhenti bergerak. Jungkook turut berhenti saat tersedar yang Min telah berhenti jauh di belakang. Gadis itu dipandang, terlihat gadis itu betul-betul risau akan keadaan keluarganya di kampung.
"Eomma jatuh dalam tandas tadi. Kaki dia bengkak. Kalau kamu dah habis kerja nanti, balik sini sekejap ya? Belikan eomma kerusi roda. Dia tak boleh jalan tu."
Hampir luluh jantung Min. Dadanya yang berombak kuat diusap-usap. "Min balik nanti. Appa ada nak kirim apa-apa lagi tak?"
"Tak kot. Cepatlah balik, eo?"
"Nae, appa. Suruh eomma rehat. Hmm."
Panggilan tamat. Mata bundar Jungkook bertemu dengan mata Min yang berkaca-kaca. "Min? Kau okey tak?"
Min meraup wajah dan menarik nafas dalam-dalam. "O-okey. Tuan.. saya nak minta something.." bibirnya diketap takut. "Apa?"
"Mak saya tak sihat.. ayah saya cakap dia tak boleh jalan sebab kaki dia bengkak and s-saya kena cari kan kerusi roda.. saya risau pasal mak saya.. Can I go now, tuan..?"
Matanya menjadi kecil dan tajam. Tangannya disilamg ke dada, kening diangkat gaya angkuh. "Dah tengok jam? Sekarang waktu kerja, kan? Ni alasan nak curi tulang ke apa ni?" Min menunduk dan menggenggam hujung skirt.
Dia mana reti pujuk memujuk. Ni kalau partner merajuk ni, memang dia buat budu je.
"B-bukan macam tu, tuan. I-ini emergency. Please?"
Jungkook gulingkan mata sebelum menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan menonong pergi meninggalkan gadis itu. Min menghentak kaki, sebal. "Tuan pengarah!"
+ rejected +
Pintu pejabat terkuak, figura tinggi lampai itu melangkah keluar dan berhenti di hadapan meja Min. Segera gadis itu bangun dan menyoal jika Jungkook perlukan sesuatu dengan pandangan mata.
Jungkook berdehem dan melarikan anak mata. Riak wajaj beku dikekalkan.
"Kau cakap emergency kan tadi? Jom, aku teman kau cari wheelchair tu."
Min tiba-tiba blank, matanya terkedip-kedip sebelum bibir merahnya mengukir senyuman lebar. "Betul ni?" Jungkook menjeling. "Sebelum aku ubah fikiran-"
"Okey okey! Jom!" Min memasukkan telefon pintar ke dalam beg tangan, menggalasnya dan menurut derapan kaki tuan pengarah ke keretanya yang diparkir kemas di tempat parkir khas.
Masing-masing memakai tali pinggang keselamatan. Jungkook menghidupkan enjin dan kereta tersebut mulai meluncur di atas jalan raya.
"Ni kau nak balik ni.. kau nak mc ke macam mana?"
Jungkook melontarkan soalan, memacahkan keheningan di antara mereka. Punat radio ditekan lalu lagu Youth dendangan Troye Sivan sayup-sayup kedengaran.
"Kalau terpaksa, takpe ke?" Min menoleh, dalam diam memohon simpati. Jungkook mengerling sesaat dan tetap memandang depan, takut tengok muka Min nanti boleh hilang kawalan kereta tu nanti.
"If you have to. Kerja tak banyak pun sekarang ni. I guess it's fine."
Min tersenyum lega. Dia bersandar pada kusyen dan tersenyum manis. "Thanks, Jeon Jungkook."
Min dan Jungkook bersabung pandangan.
Hati seketul anak Jeon mula tak keruan.
『 ❚❚ to be continued : rejected 』
A/N
kalau boleh nanti zuzu kirim lagi satu update okey?
💜
have a nice day beautiful strawberrys
<3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top