s e v e n t e e n

maaf zuzu lama benar menghilang ;-;
nah update
ampun ampunnnnnnn huhu

now on air : rejected

|| chapter 17

"Appa!"

Kepala Tuan Ryu tertoleh ke belakang. Serta merta senyumannya melebar melihat anak gadisnya sedang berlari ke arahnya dengan senyuman riang. Anak beranak itu berpelukan seketika, melunaskan rindu.

Kepala Min diusap lembut. "Aigoo aigoo, lama tak balik, hurm?" Min tersengih dan menayangkan gigi. "Sorry, appa. Min busy. Ni appa dah makan ke belum ni?"

Peluh yang merenek di dahi Tuan Ryu di lap dengan lengan baju. Topi yang terletak kemas diatas kepala dibetulkan sedikit. Gadis itu tersengih lagi. "Sudah. Shin belikan lauk tadi. Eo? Siapa tu?"

Tuan Ryu mendekatkan bibir ke telingan Min.

"Bakal menantu appa ke?"

"APPA!"

Tawa lelaki separuh abad itu meletus kuat. Kepala digeleng saat wajah Min sudah cemberut. "Itu bos Min. And ex-classmate Min masa sekolah tinggi dulu." Tuan Ryu mengangkat tangan, menegur Jungkook yang berdiri sendirian di sisi kereta.

"Selamat berkenalan, tuan pengarah."

Jungkook menguntum senyum segan sebelum melangkah mendekati Tuan Ryu dan membungkuk hormat. "Selamat berkenalan, ahjussi. Ah, panggil saya Jungkook je. Pelik pulak ahjussi panggil saya macam tu."

Anak gadisnya dilirik sekilas. Kening Min terangkat tinggi saat mesej yang cuba disampaikan ayahnya tidak dapat difahami.

Pipi jejaka itu ditepuk. "Aigoo, kacak betul orangnya. Dah kahwin ke? Taknak kahwin dengan Min?"

"Appa!!"

Tawa Jungkook dan Tuan Ryu berirama. "Saya tak kahwin lagi, ahjussi. Belum masanya.. erm.." bibir dikemam, anak Jeon naik segan. "Alah, apa susah? Ni, calon dah ada. Kahwin dengan Min ni lepastu bawa dia duduk jauh-jauh. Jangan bagi dia balik." Tuan Ryu berseloroh seraya memeluk bahu Min.

"Eii, appa ni! Merajuklah!"

Min menolak lengan ayahnya dan bergegas lari ke dalam perkarangan rumah. Tuan Ryu tertawa kecil, menghantar pemergian anak bongsunya dengan helaan nafas lega.

"Kamu Jeon Jungkook, kan?"

Eh? Aku tak bagitahu nama aku lagi pun?

Dia terkedip-kedip keliru, namun pantas mengiyakannya. "Ya?" Orang tua itu tersenyum lebar, penuh makna tersirat. "Min dah cerita macam-macam dekat ahjussi tentang kamu. Mustahil ahjussi tak kenal orang sekacak kamu ni, hurm?"

Pipi Jungkook dicubit geram.

"Min cerita apa dekat ahjussi.. tentang saya?"

"That's our top secret!" Ayah Min mengenyitkan mata lalu ketawa. "Oh, ni ahjussi nak tanya. Kamu nak balik ke malam ni?"

Jungkook menggosok belakang leher. "Umm.. balik kot. Kenapa ahjussi tanya?" Tanpa sebarang amaran Tuan Ryu menepuk bahu Jungkook, tapi gayanya macam nak lepuk tulang anak Jeon tu. Keningnya bertaut menahan sakit.

"Alah, tak payah balik lagi lah. Esok kan hari minggu. Tak kerja kan? Duduk kampung sekejap, rehat-rehat, hmm?"

"Tapi saya mana bawa baju nak salin, ahjussi-"

Tuan Ryu ketawa seperti santa. "Don't worry. Ajak Min pergi beli baju bundle dekat pekan depan tu." Orang tua itu tersenyum dan berjalan masuk ke dalam rumah.

"Boleh ke stay sini..? Kalau Min tak selesa macam mana?" desisnya sendiri sambil mengamati keindahan kawasan sekeliling. Cantik. Udara segar dan nyaman.

"Jungkook-ah."

Dia menoleh, terlihat Min memandangnya dari pagar. "Masuklah. Minum dulu. Mesti kau penat drive." Jungkook tersenyum kecil dan menurut sahaja.

Saat dia menapak masuk, tiba-tiba seekor anjing menyalak kuat ke arahnya.

"Eo? Grey dah bangun dah? Grey!" Min berlari mendapatkan anjing yang dipanggil Grey itu dan mengusap bulunya, membiarkan Grey menjilat-jilat wajahnya. "Eii, Min rindu Grey tahu. Hmm, lama tak jumpa.."

Jungkook simpan senyum.

Teringatkan Jungkook, Min menolak Grey dan memandangnya sambil mengusap kepala Grey dengan lembut. "Itu Jungkook. Kawan Min. Be a good boy, okay?" Grey menggoyangkan ekornya.

"Grey?"

Min mengangguk dan memandang Jungkook. "Ryu Grey." Tawa mereka pecah. Jungkook mendekat dan mencangkung di sebelah Min, mengusap kepala Grey lembut.

"Nice to meet you, Grey."

Grey tak menyalak marah, sebaliknya terus menerkam Jungkook dan menjilatkan wajah jejaka itu dengan riang. "Ya ampun, Grey!" Min segera menarik anjingnya ke belakang.

"Jungkook, kau okey?"

"Okey. Aku okey je." Mereka berpandangan dan ketawa. "I guess he likes you."

"Well, I hope you too."

❚❚ to be continued : rejected

A/N
thank you sebab baca ff ni🥺💜
belum habis lagi okey? Sabar ii HAHSHSHSHS

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top