f o u r t e e n

double for you 💜✨

now on air : rejected

|| chapter 14

Min cuba menahan diri dari terbatuk demi air muka ibu bapa Jungkook. Tangan Jungkook dicuit. Mereka berdua berbalas kerlingan.

"Amenda ni, gila?"

"Manalah aku tahu, nyah!"

Min berdehem pelan. "Umm.. sebenarnya-"

Pasangan Jeon itu perlahan-lahan ketawa dan hanya tersenyum. "Haah. Ryu Min namanya."

Mata Jungkook dan Min membulat namun mereka sempat menahan mulut masing-masing dari mengeluarkan sebarang penafian.

Tuan Kang Henry dan isterinya tersenyum lebar, gayanya seperti bangga dengan Jungkook yang sudah mempunyai teman wanita. "You've really grown up, boy. Kalau Jungwoon ada, mesti comel nampak masing-masing ada pasangan."

Tawa Tuan dan Puan Jeon menjadi tawar.

Jungkook tersenyum kekok.

+ rejected +

"Jadi.. Min dan Jungkook dah berapa lama kenal?" Jungkook berhenti memotong daging, Min berhenti mengunyah. Kepala terdongak memandang Puan Kang Bora yang melontarkan soalan maut.

"Uh.. lebih kurang 8 tahun..?" Jungkook menjawab setelah Puan Jeon menjegilkan biji mata. Kepalanya tertunduk ke bawah semula. "Oh.. dah lama lah ni? When did you two get along?" Soalan lain mula meniti, nampaknya Puan Kang semakin berminat dan tertipu.

"T-two months." Min pula menguntum senyum paksa saat kakinya disepak oleh Jungkook dari bawah meja. Lantaklah. Kita buat drama sendiri.

Puan Kang mengangguk faham, mengunyah makanannya sambil mata tak lepas memandang Jungkook dan Min di depannya.

"Are you planning to get married soon?"

Min tersedak jus. Gadis itu terbatuk-batuk dan mengusap dada. Jungkook di sebelah laju menepuk belakang Min. "Okey tak?" Jejaka itu berbisik. Min mengangguk.

"Maybe." Anak teruna pasangan Jeon membalas singkat saat soalan-soalan tetamu ibu bapanya ini semakin buat dia dan Min sesak nafas. "Okay. I'll be waiting for an invitation card, Rinhee-ah."

Puan Jeon ketawa, dalam masa yang sama menjeling Jungkook. Garpu ditekan pada daging, menunjukkan yang wanita itu tak berkenan dengan jawapan Jungkook.

Min berdiri. "Maafkan saya, saya nak ke tandas sekejap." Gadis itu berlalu pergi. Dia menyoal pembantu rumah lalu segera ke tandas. Wajah dibasuh dengan air sejuk, pantulannya dipandang di dalam cermin.

"Aish, siotlah makcik tu! Memang nak tengok aku mati ke apa?!" Dia merengus dalam hati, mengelap wajahnya yang basah dengan tuala kecil yang tersedia. "Ada nampak muka aku ni macam bakal menantu dia ke?"

Matanya terguling ke atas. Min tarik nafas dalam-dalam dan menghelanya. "Sekejap je lagi, Min. Tahan sekejap je lagi."

+ rejected +

"Thanks for tonight, Joongsuk."

"Ah, bukannya apa sangat pun makan malam ni. Ah, hati-hati balik, eo?" Dua pasangan itu mengucapkan selamat tinggal. Puan Kang memandang Jungkook dan Min yang hanya senyap di belakang.

"Jungkook, Min, you guys stay dekat rumah yang sama, kan?" Ya ampun tak habis lagi, mereka berdua mengeluh dalam hati sambil di wajah senyuman masih dikekalkan kemanisannya. "N-nae."

"Ah, take care eo!" Mereka membungkuk hormat dan menghantar pemergian pasangan Kang dengan jelingan. Saat kereta itu keluar dari pagar utama kediaman tersebut, Jungkook dan Min mengeluh berat dan memejamkan mata, lega.

"Kook, Mama nak cakap ni-"

"Ma, Pa, Kook balik dulu. Min ada hal malam ni." Puan Jeon tak sempat menahannya. Kalau sempat tu mesti nak kena bebel, nasib baik mereka sempat meloloskan diri. "Yah, Jeon Jungkook!"

"Pergi dulu, Ma! Good night!" Jeritnya. Mereka masuk ke dalam kereta dan hanya diam sepanjang perjalanan. Min membuang pandangan ke luar tingkap. Jungkook hanya memandang jalan.

Both of them drown in their own thoughts.

Teringatkan Min, Jungkook menoleh. "Aku minta maaf tentang Mama aku tadi."

"Eh takpelah. Aku tak kesah pun. Don't worry." Laju sahaja Min membantah, sedikit pun tak menoleh atau mengerling Jungkook.

Nampak sangat mood dia memang kelaut.

"Umm.. Puan Kang tu-"

"No no, takpe. Jangan ungkit dah hal tu. Aku taknak dengar."

Jungkook mengunci bibir. Lahai, ini pulak jadinya.

❚❚ to be continued : rejected

A/N
thank you 300 reads 🥺❤️✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top