e i g h t e e n

nah lah double 😭

now on air : rejected

|| chapter 18

"Bagus jugaklah minah tu keluar. Ah, eomma. Min nak pergi pekan depan kejap tau." Puan Ryu mengangguk malas dan terus fokus pada televisyen yang sedang menayangkan rancangan kegemarannya. "Kunci dalam laci Shin."

Min mengerutkan dahi. "Pahal dalam laci dia pulak? Dia claim skuter tu dia punya? Bawa pergi Seoul kang ah." Wajahnya terlakar mimik menyampah dengan bibir terjuih, memaki kakaknya yang perangai tak semenggah itu.

Pintu bilik Shin dibuka ganas hingga hampir tercabut. Min kaget, namun sesaat kemudian dia hanya tersenyum puas hati. Laci meja melaram Shin dibuka lalu kunci yang dicari diambil.

"Jeon Jungkook!"

Jejaka itu menoleh saat terdengar Min melaung lantang namanya. Rupa-rupanya jejaka itu sedang bertinggung di depan reban ayam dengan mata terkedip-kedip. "Apa?" Min ketawa.

"Dah lama tak nampak reban ayam ke apa kau ni? Dah jom, pergi pekan. Sementara petang tak berapa nak panas ni." Min mengajaknya.

"Oh, okey. Kejaplah nak masuk dalam, ambil kunci kereta-"

"Heol! Siapa kata kita naik kereta? Kemari sini kamu. Petang ni kita naik skuter." Min menarik Jungkook ke arah sebuah skuter kuning yang terparkir kemas. Min tersenyum lebar pada Jungkook yang terdiam. "Naik ni?"

"Yelah! Nah pakai helmet ni, aku drive. Balik nanti, kau pulak. Okey?" Jungkook mengangguk akur seraya menanggalkan waistcoatnya dan memakai helmat yang Min hulurkan.

Min menekup mulut menahan ketawa. "Apahal gelak-gelak?" Jungkook menjeling. "Takde apa. Comel tengok kau pakai helmet." Pujinya tanpa segan silu dan terus menaiki skuter.

Jungkook mengunci bibir, tak tahu apa yang patut dibalas. Rama-rama mula berkepak dengan ganas di dalam perut. Pipi dan telinga berona merah.

"Cepatlah, jebon! Aigoo aigoo!"

+ rejected +

"Min-sshi! Lama tak datang hurm? Kali ni datang bawa boyfriend eh?" Anak penjaga kedai iaitu Mingyu menegurnya mesra sambil melambai. Min ketawa sebelum mencapai sweater terdekat dan melemparnya tepat ke wajah Mingyu.

"Boyfriend bontot mung. Dah, mana baju lelaki dewasa ya, Mingyu oppa?"

Mingyu ketawa besar dan melunjurkan jari ke arah sana. "Tu sana tu haa. Eh nanti datanglah rumah aku, minum ke apa. Lama siel tak borak dengan kau."

Min menjelirkan lidah. "Kalau aku rajin aku pergilah. Chaw!" Lengan kemeja Jungkook ditarik. "Haa pilih baju short sleeve dengan tracksuit. Umm.. kalau boxer tu kau tanyalah si Mingyu tu."

"WOI!" Suara dua jejaka itu meninggi saat gadis itu menyatakan boxer dengan selamba badak.

Matanya silih berganti memandang mereka berdua. "Apa? Betullah." Jungkook mencapai sehelai baju dan membalingnya pada Min. "Aish- YAH NAK MATI AWAL KE?!" Jungkook menjeling.

"Gi sana! Shuh SHUHHHHH"

Min mengangkat tangan, mengacah untuk menabuh si anak Jeon. "Aku tinggal kau kang, kau balik rumah jalan kaki tahu. Haa." Min bergerak ke tempat pakaian perempuan dan beberapa helai baju lengan pendek yang menarik perhatian.

Baju dia ada je, tapi dia sengaja memborong sekali.

Semua pakaian yang dipilih diletakkan di atas kaunter. Mingyu memandang Min dan Jungkook sekilas. "Yang takde bajunya dia. Yang baju kau lagi banyak ni apahal?"

"Sukati arh. Duit aku. Kang aku tak beli tutup jugak kedai bundle ni. Dahlah dia tu tak reti jaga, tahu membuta aje."

"HELO EXCUSE MEH"

Mingyu mencebir dan meletakkan baju-baju tersebut di dalam beg kertas. "11 ribu won."

Min menolak not wang ke arah Mingyu. "Bye, siput." Mingyu terpana, memandang Min atas bawah. "Wah wah kau. Nak race, huh?"

Min berdecit. "Lepas ni jumpa malam ah, rempit." Min menepuk pipi Mingyu dan melangkah pergi. Jungkook yang tak tahu apa-apa hanya tersenyum kekok dan mengejar gadis itu.

"Min-"

"Haa, cepatlah start enjin. Kau pulak drive."

Kunci disua. Jungkook memakai helmet dan menyambut kunci tersebut, memasukkannya di dalam lubang dan menghidupkan enjin. "Naik cepat."

Min naik, duduk di belakang Jungkook sambil menghadap tepi. Tangannya dilingkarkan di sekeliling pinggang jejaka itu.

"Baiklah pakcik Grab! Jalan, jalan!"

Jungkook tersenyum dan memulakan perjalanan.

❚❚ to be continued : rejected

A/N
first time ff lebih dari 20 chapter ya nampaknya HSHSHSHSHHSSHHS

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top