Bab 8 : Roh ke jasad
Aku letih. Tenagaku banyak hilang daripada diracun oleh Kira terus mencari roh abangnya dan sekarang aku perlu menyiapkan ritual ini. Mungkin disebabkan aku masih belum menjamah setitis pun darah lagi. Ya... Lepas ni aku perlu makan.
Aku mencairkan aisku yang menutupi badan mayat itu dengan elemen apiku. Aku membekukannya sebelum ini untuk mengelakkan mayat itu membusuk lalu menjadi bangkai semula. Aku membuka botol kecil yang adanya roh di dalamnya. Aku menyuakan mulut botol itu pada jasad yang masih tidak bernyawa.
Selepas beberapa minit, jantungnya kembali berdegup. Mukanya tidak lagi pucat. Darah mula mengalir semula. Mata jasad itu terbuka. Dia duduk sambil menatap tangannya sambil tersenyum.
"Aku hidup... Aku hidup semula..." Dia teruja. Sebenarnya mataku mula kabur. Tenagaku mula berkurang. Kuasa penyembuhku tidak berfungsi mungkin disebabkan aku belum menjamah sebarang darah hari ini. Aku hanya tersenyum hambar.
"Mana adik aku?" Soal lelaki sambil menggoncang badanku. Wajahnya penuh keterujaan untuk menemui adiknya semula.
"Ke sini" arahku untuk dia mengekoriku. Aku berjalan menuju ke kamarku. Kakiku mula tak stabil. Mataku mula kabur.
"Heh! Kau mabuk ke? Bila lihat keadaan kau macam ni. Aku tak rasa vampire tu menakutkan seperti mana aku sangkakan sebelum ni" Soal lelaki itu.
"Hati-hati dengan ucapan kau manusia. Kau berada di bawah magik aku. Kau patut risau kalau aku mati sekarang. Aku mati kau pun turut akan mati" Ucapku membuatkannya terus terdiam. Dia hanya mengikut. Sampai didepan pintu aku menyandar di muka pintu dengan lemah.
"Dia di sini," Ucapku paksa dengan nafas tidak teratur. Abangnya terus masuk tanpa soal. Kira sedang duduk menekup mukanya menangis. Mayat Evan sudahpun menjadi debu dan masih tidak dibersihkan lagi. Darah kering turut masih tidak hilang. Mungkin yang perlu mengambil tugas Evan kini adalah abang Kira.
Evan, aku terlalu manjakan kau. Kini aku pastikan tiada satu pun dari keturunan mahupun sisa keluarga kau terselamat dari cengkaman aku. Aku patut kawal kau dengan magik berbanding berikan kau sedikit kebebasan berbanding daripada hambaku yang lain.
"Kira-chan.." Abangnya berdiri di depan Kira lalu memanggil namanya.
"A...bang...?" Kira mendongakkan kepalanya.
"Abang!!" Kira bangun lalu memeluk abangnya. Dia menangis kegembiraan. Bagi aku ia agak pelik, baru sahaja tadi dia menangis teruk dan kini dia boleh tersenyum lebar sebegitu. Manusia... Sememangnya pelik.
Aku terus terduduk apabila merasakan tubuhku tidak lagi bertenaga. Tanpa sedar aku sudah membebankan tubuh aku dengan penggunaan magik tanpa sebarang tenaga daripada darah. Aku sepatutnya menghisap sedikit darah daripada kediaman Yumi tadi. Dia banyak sumber darah cuma selera kami agak berbeza. Dia menyukai bahan yang lama ditinggalkan manakala aku lebih menyukai bahan yang baru dan segar.
.............................................................
Aku dapat rasakan. Rasanya manis. Baunya harum bercampur hanyir. Bau yang amat nikmat bagiku. Alirannya laju melalui rongga tekakku. Aku sudah lama tidak merasainya. Darah.
Aku terus duduk mencengkam tangan seseorang yang aku tidak tahu siapa. Namun rasa darahnya pernah aku rasa tapi aku tidak mahu fikir empunya darah ini. Aku kehausan dan lapar. Darah yang lama tidak melalui tekakku.
"Hei.. Jangan gelojoh.." Suara seseorang yang amat aku kenali, Ayahanda. Dia mengusap kepalaku lembut. Nafasku turun naik sambil menghisap darahnya. Aku masih tak mampu berhenti. Aku sangat dahagakannya. Aku mendalamkan lagi taringku mengeluarkan lebih banyak darah sehingga menitik keluar daripada mulutku. Aku inginkan kepuasan. Tanganku mencengkam kuat tangan ayahandaku.
"Siapa yang akan menjaga kau apabila ayahanda mati ha? Beta fikir kau bukan lagi seperti budak yang dulu yang perlu beta risaukan"
Aku terus melepaskan tangannya dan menolak kasar. Puas sahaja tekakku daripada terus mendahagakan darah aku terus baring semula ke atas katil empukku dengan tercungap-cungap.
"Kenyang? Ayahanda dah beritahu.. Jangan sesekali kau berhenti minum tapi kau degil..." Kata ayahandaku.
"Sekarang berehat... Kuasa penyembuhan kau perlukan masa untuk aktif semula.." Sambung ayahandaku lagi dan terus menuju ke pintu.
"Aku tak pernah inginkan darah daripada kau. Jangan berikannya lagi selepas ni. Aku lebih sanggup minum darah bangkai," balasku penuh benci.
"Heh! Kau katakan begitu tapi ayahanda sangat terharu bila kau minum dengan penuh teruja. Kau tak perlu rasa malu untuk mengaku. Seperti yang kau tahu kau anak kesayangan ayahanda dan beta berharap kau tak menghampakan beta hanya kerana manusia tu." Balasnya dengan senyuman. Aku mengetap gigiku dan membisu.
Mataku berat. Badanku masih lemah tak bermaya. Miko menjilat lembut pipiku. Kira mendekatiku dan duduk di sebelahku. Abangnya berdiri di belakangnya. Aku terperasan sesuatu. Di leher abangnya terdapat dua kesan tusukan taring. Mungkin darahnya dihisap ayahandaku. Namun aku lega Kira tidak disentuh ayahanda.
"Ini ke keluarga tuanku yang tuanku maksudkan?" Ucap Kira padaku. Aku meletakkan tanganku pada pipinya.
"Kau tak tahu ke? Perasaan kasih sayang seekor vampire cuma sekadar perasaan untuk mengawal. Perasaan yang asli mustahil untuk wujud dalam keluarga vampire." terangku pula. Dia membisu lalu mengalirkan air mata.
"Tapi semua ni... Bukan alasan untuk tuanku menyeksa yang lain. Ia tak adil untuk kami." Balasnya dengan bersungguh. Aku tersenyum nipis melihat dirinya yang polos.
"Kau akan percaya ke jika beta katakan bahawa beta cuma buat apa yang manusia buat pada kami?" Balasku membuatkannya terdiam. Dia terus memandangku dengan wajah tidak percaya.
"Ia mustahil. Manusia lebih lemah dari vampire. Mustahil untuk kami membunuh vampire," Ujarnya sambil mengenggam kuat kainnya.
"Itu yang beta fikir sebelum mereka membakar bonda beta di hadapan beta. Hidup aman bersama manusia ha? Fikiran polos bonda memakan diri" ujarku lalu kembali melelapkan mata.
............................................................
Kepalaku rasa hangat. Sesuatu yang basah hinggap di dahiku lalu diangkat semula. Aku membuka mata. Aku terdengar bunyi air seperti kain diperah. Tak lama selepas itu sehelai kain hinggap semula ke atas dahiku. Hangat.
"Apa kau buat ni?" Soalku perlahan.
"Tuanku demam... Tak sangka vampire pun boleh demam.." Kata abang kepada Kira. Kira hanya berdiam diri dan wajahnya seakan tertekan.
"Apa nama kau?" soalku kepada lelaki yang cuba melembabkan dahiku. Aku mengalihkan kain itu dan mengelak dari terus dilayan.
"Nama hamba Shin Kimura" Balasnya sambil meletakkan tangan kirinya ke dada kanan lalu menunduk tanda hormat.
"Nampaknya kau dah sedar kedudukan kau sekarang. Jadi sekarang kau tau kan kelemahan manusia yang dihidupkan semula?" Aku menyoalnya. Manusia yang telah dihidupkan semula bukan seperti manusia normal. Banyak kelemahan dan kekurangan pada manusia yang dihidupkan semula.
"Hamba tau tuanku..." Shin menunjukkan muka mendung seketika lalu menunduk hormat.
"Ke.. Kelemahan? Kelemahan apa?" Kira menyoal.
"Lebih baik kalau kau soal abang kau sendiri. Dia bernasib baik aku letakkan magik perlindungan supaya dia tak terbunuh oleh orang tua tu tapi orang tua tu pasti dapat jumpa cara untuk patahkan magik tu jadinkau sentiasa perlu berhati-hati dengannya" balasku membuatkan Shin mula serius.
"Kami sememangnya tak kan bebas ha?" Soal Shin sendirian sambil menggenggam tangannya kuat.
"Kebebasan? Ia satu impian yang mustahil. Tiada satu pun makhluk muka bumi ni yang betul-betul menjalani hidup bebas. Semuanya di bawah pengawalan" balasku bersahaja dan bangun dari baringku. Miko secara tiba-tiba muncul di bahuku dan mencicit gembira.
"Tentang bonda tuanku yang tuanku maksudkan," ujarnya membuatkan aku terhenti.
"Ahh... Mungkin ia cuma ayat mengarut dari beta yang dalam keadaan separuh sedar. Lupakannya ia tak penting." Balasku bersahaja. Ya... Sebenarnya aku tak ingat apa-apa selepas rasa lega yang Kira tidak disentuh ayahanda.
Aku membuka baju di depannya bersediakan untuk masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Badanku yang berpeluh kerana pertarungan sejak awal petang sememangnya membuatkan aku tidak selesa. Aku memandang Kira dengan ekor mataku. Mukanya memerah bersama dengan riak terkejut.
"Kamu mahu tolong beta bersihkan diri?" Soalku sambil tersenyum sinis. Dia gelabah lalu meninggalkan aku dan Shin kemudian menutup pintu dengan kuat. Shin tetap memerhati pergerakan aku.
"Nampaknya kau nak gantikan tugas Evan. Oh ya, kau tak kenal Evan. Nampaknya hari ni beta terima penjaga peribadi percuma." Kataku mengejek kerana tidak mengikut Kira keluar.
"Sekarang tuanku sudahpun menjadi tanggungjawab hamba..." Aku memandangnya pelik. Dia menyelak kolar bajunya dan menunjukkan kesan gigitan ayahandaku.
"Tuan besar telah jadikan hamba vampire. Baginda juga mengarahkan hamba untuk menjaga dan menjadi sumber darah untuk tuanku..." Katanya lagi. Aku mula geram. Ayahanda suka buat benda sesuka hati. Aku mengecilkan mata lalu berlalu masuk ke dalam bilik air.
"Orang tua yang sememangnya menjengkelkan" Kataku dan berhenti seketika lalu sambung semula langkahku menuju ke bilik air.
"Tuanku" Aku berhenti melangkah sebaik namaku dipanggil Shin.
"Parut di belakang itu... Apa yang terjadi..?" Dia menyoal curiga. Oh, aku lupa. Di belakang badanku penuh dengan parut kecederaan yang teruk. Pasti dia curiga kerana aku mempunyai kuasa penyembuhan namun parut ini menunjukkan ia tidak sembuh dengan segera.
"Nampaknya kau perlu belajar lebih banyak lagi tentang sikap yang sepatutnya dimiliki penjaga peribadi" balasku dingin. Dia terus terdiam.
"Hamba minta maaf" balasnya sambil mengenggam tangan.
"Kalau kau fikir parut ni menyakitkan... Kau salah dan kecederaan begini gagal untuk membunuh aku. Aku syak kau mahu tahu bagaimana untuk membunuh aku kan? Haha... Silakan~ cari sendiri jawapannya." Kataku sinis lalu melangkah masuk ke dalam kolam air panas yang disediakan untukku.
Sambung...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top