Bab 7 : The Kisaka
Aku melangkah masuk ke istana Kisaka Ayumi dalam dunia Ghostwhite. Aku bertanyakan tentangnya kepada pengawalnya.
"Maaf tuanku... Yang muda telahpun keluar pagi tadi.." Balas pengawal itu. Hanya satu tempat yang terlintas dalam fikiranku saat ini.
Aku menuju ke pokok Rhu yang sangat besar berhampiran dengan istana itu. Aku membaca kata-kata sihir kepada pokok itu. Tanah bergegar lalu akar-akar pokok mula beralih sehingga terbentuknya lubang yang muat-muat dengan badanku. Aku terus masuk ke dalamnya.
Dari jauh aku terdengar seperti sesuatu yang dicongkel keluar. Aku tak tahu apa benda. Tapi yang aku yakin Yumi takkan ke sini kecuali kalau nak membunuh.
"Oit.. Yumi.." Panggilku dari jauh.
Dia terus memandangku sebaik sahaja namanya dipanggil. Mukanya dipenuhi darah. Dalam mulutnya terdapat beberapa skru. Di tangannya terdapat mayat dan.... Pemutar skru .
"Oit.. Rambut merah.. Kau buat ape sibuk datang sini? Rindu aku ke?" Balas Yumi.
"Heh. Mungkin betul tekaan kau. Ya, kawanku. Aku terlalu merindui kau" Balasku.
"Hahahhaha... Tak yah berdrama lah.. Kau ke sini tak lain tak bukan nak minta tolong aku kan?" Balas Yumi lagi sambil menskru kepala si mayat.
Krak... Krak.. Krak..
"Nampaknya aku terlalu mudah untuk dijangka. Perlu ke aku ubah identiti aku supaya kau tak dapat lagi meneka dengan betul?" aku mendekatinya lalu mencongkel mata mayat keluar dari soketnya menggunakan tanganku. Lalu bermain-main dengan mata itu.
"Oit... Jangan rosakkan aku punye hasil karya." Aku hanya tergelak kecil. Aku mencuri satu skru yang dikumam Yumi lalu mencucuk tepat ke dalam anak mata tersebut. Cecair hitam likat mengalir keluar. Aku memasukkan kembali dalam soketnya.
"Hasil istimewa dari kawan..." Kataku sebaik sahaja biji mata itu diletakkan dalam soketnya. Yumi hanya senyum sinis.
"So... Kau nak aku tolong apa?" Soal Yumi sambil mencongkel satu persatu gigi mayat itu. Darah likat terus mengalir keluar. Muka mayat itu sudah tidak lagi menyerupai manusia. Ia hanya dipenuhi dengan skru dan darah kering.
"Pencarian satu roh di dalam Rohe." Pintaku tenang.
"Habuan??" Soalnya pendek. Tangannya beralih pula ke lidah mayat. Yumi menyentap kasar lidah itu sehingga terkeluar jantung dan hati mayatnya.
"Makanan luput 2 minggu..." Balasku. Yumi berhenti menjalankan operasi menghancurkan mayat itu.
"Makanan luput??.. Menarik.. Tapi tak cukup.." Dia menyambung semula operasi memusnahkan mayat itu sehingga lunyai.
"2 bulan?" Aku memberi tawaran lagi.
"Tak cukup..." Katanya sambil melubangkan pipi mayat dengan skru drivernya.
"2 tahun?" Aku mencuba lagi.
Dia berhenti lalu meletakkan skru drivernya pada dagu lalu menggeleng dan menyambung semula 'karya agung' nya.
"Haih... Semakin lama kau semakin memilih Yumi... Jadi macam mana dengan 100 tahun?" Aku mencuba buat kali terakhir. Dia berhenti mencucuk leher mayat lalu memandang ke mataku. Dia menjongketkan sebelah mata.
"Ok.. Deal.." Balasnya. Aku tersenyum puas.
"Bila nak start?" Katanya sambil berdiri.
"Lebih cepat lebih bagus. Lebih cepat kita mulakan lebih cepat juga kau terima habuan kau." balasku.
"Jadi... Apa kata kita mulakannya sekarang," balasnya dengan senyuman lebar.
"Seperti yang dijangka teman baik beta. Tiada siapa lagi yang lebih memahami beta dari kau," ujarku dengan senyuman puas.
Aku dibaring di atas meja kayu yang disediakan dalam pokok itu. Aku baring tenang. Yumi mengeluarkan rohku dari badanku. Aku melihat jasadku. Tidak bernafas dan tiada degupan jantung. Jadi begini rupa aku kalau benar-benar mati ha?
"Ingat, walaupun kebanyakan tempat aku boleh seludup masuk tapi kita takkan dapat keluar dari sana kalau ditangkap pengawal Rohe. Kau kena sentiasa ikut dan dekat dengan aku. Kalau kau cuai, kau takkan dapat kembali lagi ke Vampure," Katanya untuk meyakinkanku.
"Aku tak perlu risaukan tentang tu. Kau juara dalam melarikan dan menghilangkan diri kan?" Balasku dengan selamba sambil melihat jari-jariku yang kelihatan menembus.
"Hahahhaha! Anggap saja ini cuma lawatan yang penuh cabaran bersama kawan terbaik. Mari kita pergi ke negara Rohe!!" Laung Yumi teruja. Aku mengikut langkahnya. Rambutnya bertukar menjadi putih. Bajunya bertukar menjadi hitam.
"Aku masih tak dapat nak hiraukan setiap kali kau bertukar. Ia nampak mengagumkan" Kataku sambil tersengih.
"Hehe... Biasalah! Ini kan aku~ putera terpaling segak dalam sejarah" Balas Yumi.
"Ya ya... Mujur masih tak ada sesiapa lagi yang dapat mengalahkan ketampanan beta." Balasku sengaja membandingkan diriku dengannya.
"Ceh! Perasan" ujarnya sambil menjeling kepadaku. Yumi terus membuka portal ke dunia Rohe. Aku dan Yumi menuju ke negara Rohe dimana negara itu menempatkan roh-roh yang tidak tenang dengan menerapungkan diri. Mereka semua masih dalam keadaan di mana tidak menerima kematian mereka dan ingin menyelesaikan urusan mereka di dunia kehidupan.
"Dah sampai!!" Laung Yumi.
Roh-roh disitu kelihatan takut dengan kedatangan kami berdua. Kebanyakan roh-roh di situ adalah mangsa kekejaman kami berdua.
"Eh tengok!!" Jerit Yumi menunjukkan ke satu arah. Aku memandang ke arah itu.
"Tu roh mayat yang aku main tadi la.." Kata Yumi teruja. Aku memandang roh itu. Mukanya pucat tak berdarah. Roh itu hanya menangis dengan muka yang mendung.
"Dah jom... Cari lagi.." Kata Yumi. Sewaktu berjalan ke dalam negara itu. Semua roh di situ melihat kami dengan muka bengis. Namun kebanyakan mereka hanya menunjukkan muka mendung. Aku hanya hiraukan mereka dan teruskan matlamatku dalam mencari roh yang aku inginkan.
"Hei.. Yumi..." Aku memanggilnya. Yumi memandangku.
"Mana roh semua vampire?" Soalku apabila aku perasan bahawa tiada satupun dari roh-roh di sini yang aku kenal sebagai seekor vampire. Kebanyakan mereka hanya mangsa-mangsa yang aku bunuh sebagai manusia.
"Hm? Kau tak tahu ke? Kau semua ke hell. Kau fikir lepas kau bunuh suka hati kau mampu ke heaven ke?" Katanya bersahaja.
"Haha. Maaf. Ia cuma soalan bodoh." ujarku sambil tersenyum.
"So... Siapa kenal dia ni?" Yumi bertanya kepada roh-roh di situ. Mereka memandang dengan muka tak puas hati.
"Adehhh... Apalah aku ni... Tentunya ramai yang kenal kau... Roh-roh kat sini suma mangsa kau... Hihihi" Yumi mengetuk kepalanya sendiri. Tiba-tiba roh seorang lelaki cuba menyerang aku. Tapi dihalang Yumi. Di tempat ni kuasa aku tak dapat digunakan memandangkan aku bukan dalam keadaan di mana aku boleh menggunakan jasadku.
"Mana adik aku?!! Vampire tak guna!!" Jeritnya terhadap aku.
"Aku rasa dia nie berdendam sangat dengan kau ni... Kan?" Soal Yumi terhadap aku. Aku hanya memfokuskan pandanganku pada roh itu tanpa menjawab soalan Yumi.
"Kau patut bersyukur.. Adik kau masih hidup." Kataku kepada roh itu. Matanya terbeliak seolah-olah terkejut dengan kata-kataku.
"Kau nak lihat adik kau? Kau boleh ikut kami untuk melihatnya sendiri." Kataku kepada lelaki itu.
"Heh.. Kau ingat aku nak percaya kata-kata vampire tak guna macam kau ni... Kau tengok la sekeliling kau. Semua orang kat sini jadi macam ni disebabkan kau. Kalau bukan disebabkan kau. Kami dah jadi roh yang aman." Aku melihat sekelilingku. Kebanyakannya sememangnya mangsa kekejamanku dulu.
"Kau semua mati dalam keadaan aman atau tak bukan urusan aku dan aku tak pernah kisah kau semua mati disebabkan aku." Balasku dingin.
"Mereka semua ada keluarga mereka sendiri! Mereka hidup demi keluarga mereka... Kau pun ada keluarga kau sendiri kan? Kau tak fikir ke macam mana perasaannya bila kehilangan orang tersayang! Harapan kebahagiaan kami semuanya kau rampas." Jerit lelaki itu lagi kepadaku.
"Aku membunuh keluarga aku sendiri, aku tak perlukan perasaan yang menyusahkan dan tak guna macam tu. Kau mungkin tak tahu manusia tetapi punca utama untuk aku menjadi begini adalah disebabkan sikap kalian sendiri. Makhluk hipokrit," ujarku dengan sinis. Dia terdiam seribu kata. Melihatku yang memandangnya tanpa belas membuatkan dia menjadi ketakutan semula.
"Hei... Kau jangan nak over acting bole tak?" Balas Yumi dengan muka tiada perasaan.
"Sia-sia untuk aku arahkan kau dengan baik. Kami kesuntukan masa di sini. Yumi kau boleh paksa dia untuk ikut kan?" Kataku perlahan. Yumi dan lelaki itu memandang aku dengan muka terkejut.
"Ya... Boleh je, cuma pengawal negara Rohe ni akan mencari. Kalau kau memaksa dia, dia mungkin kantoikan lokasi tubuh dia pada pengawal Rohe di dunia kehidupan." Balas Yumi bersahaja sambil menerapungkan dirinya.
"Haih... Aku tak sangka semua ni bakal menjadi menyusahkan. Roh... Bukan ke kau terperangkap di sini sebab urusan kau yang tak lagi selesai? Bukan ke ini peluang untuk kau selesaikan urusan kau? Aku akan pastikan kau dapat bertemu semula dengan adik kau. Adik kau tentu akan teruja bila melihat kau kembali hidup kan?" Tawar aku cuba mendapatkan persetujuannya.
"Apa yang cuba nak capai sebenarnya dengan menghidupkan aku kembali?" Soalnya semula dengan ragu.
"Kalian berdua sememangnya tak salah lagi adik beradik. Sikap kalian sememangnya sama. Jangan risau, beta tak kan minta apa-apa selain kesetiaan. Semua ni lebih memihak pada kau berbanding pada beta. Beta cuma tertarik dengan perhubungan antara manusia yang dikatakan bahagia walaupun hidup dalam ketakutan dengan serangan vampire," ujarku.
"Kau fikir kami ni permainan untuk kau ke?! Ha?!" Ujarnya dengan amarah.
"Bukan kah ini peluang yang terbaik untuk kau buktikan yang manusia bukan sekadar permainan untuk vampire?" Balasku lagi dengan senyuman sinis. Ia membuatkannya tersentak dan mendiamkan diri.
"Kita tak banyak masa lagi rambut merah. Pengawal Rohe akan datang memeriksa tak lama lagi" kata Yumi memberi amaran untuk aku segera selesaikannya.
"So.. Macam mana?" Soalku pada roh itu. Dia memandangku dengan riak separa yakin.
"Aku tak ada pilihan lain bukan?" Balasnya dan aku menganggapnya sebagai bersetuju. Kami bertiga terus meninggalkan tempat itu dengan segera sebelum pengawal Rohe menyedari kehadiran kami. Aku kembali ke jasadku dan rasa lega.
"Nah.... Roh yang kau nak tu.." Yumi menghulurkan satu botol kecil yang terdapat kabus di dalamnya. Aku mencapai botol itu dan memasukkan ke dalam poket seluarku.
"Kau... Da jatuh cinta ke kat manusia tu?" Soal Yumi dengan serius. Aku memandang mukanya dengan muka yang serius juga.
"Kau merepek apa ni?" Balasku tidak mengakuinya.
"Kau sanggup pergi sejauh ni sekadar untuk memuaskan seorang manusia. Itu memang bukan kawan aku yang aku kenal. Aku fikir kau cuma nak cari roh tu sekadar untuk mendapat jawapan sesuatu yang kau tak dapat nak fikir tapi bila aku dengar alasan kau tadi cuma untuk adik dia. Heh! Kau memang menghampakan aku." Kata Yumi dengan sinis.
"Aku bosan dengan rutin yang sama jadi aku cuma nak rasakan sedikit cabaran. Kau tak perlu risau. Mustahil untuk aku ada sebarang perasaan yang tak guna terutamanya pada manusia yang menjijikkan tu." Balasku bersahaja.
"Kalau kau tak ada perasaan tu. Aku lega. Jangan lupa apa yang mereka buat pada bonda kau dan kau Red. Aku tak nak kau hadap benda yang sama lagi." Soal Yumi.
"Aku pilih jalan ni. Aku tak terkejut kalau perkara sama berlaku pada aku. Lagipun semua ni bermula dengan hutang darah. Kalau mereka membunuh aku untuk darah jadi aku menganggap ia cuma putaran yang adil." Balasku bersahaja.
"Haih... Kemudian, mungkin aku pula yang menggila." Balasnya memandang ke tempat lain. Aku hanya membisu. Sememangnya memori pahit itu takkan sesekali terhapus dari ingatanku.
"Dah la.. Balik ke dunia kau... Ini bukan tempat untuk kau lepak. Aku tak nak tengok muka menyedihkan kau tu. " Yumi mengarah.
"Heh, apa kurangnya kau Yumi? Kau sama saja macam aku. Muka yang menyedihkan. Sekurangnya aku lebih tampan," balasku bergurau.
"Mungkin aku perlu cucuk skru dalam muka kau untuk tambahkan ketampanan kau." Balasnya sambil memegang pemutar skru.
"Hahhahaha... Mungkin betul. Datang saja ke istana aku bila-bila masa. Pintu istana sentiasa terbuka untuk kau," balasku lantas melangkah pergi.
"Kalau aku rajin aku datang." Balasnya lagi dengan bersahaja.
To be contino...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top