Bab 6 : Dendam
Beberapa jam aku menunggu. Perutku mula lapar. Aku membuka tingkap. Aku menghembus nafas dan cuba bersabar. Aku mencengkam kuat dinding tingkap itu. Aku tak pernah lapar macam ini. Setiap kali aku mahu makan aku terus dapatkannya.
"Ahhhhh... Tuanku." Panggil seseorang membuatkan aku memandangnya terus. Aku mengharapkan sesuatu yang berbaloi sepanjang kesabaranku. Dia menghulurkan secawan cecair berwarna putih pekat.
"Apa nie?" Aku pelik. Aku tak pernah nampak benda ini.
"Susu lembu..." Kata Kira lambat-lambat. Aku memandangnya dengan muka bengis.
"Lembu? Kau fikir dengan benda ni mampu memuaskan beta? Kau fikir beta ni apa?" Soalku dengan bengis perlahan-lahan menghampirinya. Dia melangkah ke belakang cuba berhati-hati.
"Ini sumber utama untuk tenaga manusia. Kami percaya ia memberi vitamin yang tinggi. Tuanku patut rasakannya dulu sebelum menghakimi," balasnya dengan berani. Aku terdiam apabila melihatnya yang bersungguh untuk meyakinkan aku bahawa cecair itu adalah cecair terbaik untuknya dapatkan dari bumi manusia.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mencubanya buat kali pertama dalam seumur hidup. Aku menyambut hulurannya. Sebelum aku minum aku bau dahulu. Hanya hanyir lembu dan aku memandang Kira yang memandangku lama seakan menunggu untukku menghirup. Aku terus meminumnya dengan sekali tegukan.
"Rasa pelik tapi ia tidaklah teruk," Aku rasa masih boleh menerima walaupun cecair itu sukar untuk melalui tekakku mungkin kerana aku cuba menyesuaikan diri dengan benda baru.
"Tuanku...." Evan memanggilku. Dia seakan-akan berpeluh.
"Tuanku... Tak apa-apakah?" Soalnya dengan wajah yang berpeluh.
"Apa maksud ka-" Aku mula sakit di bahagian jantung. Aku terduduk menahan sakit. Cawan di tanganku sudahpun terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai.
"Tuanku!!" Evan menghampiriku dan menghalangku dari jatuh.
"Apa kau buat?" Aku soal dengan nada yang tersekat-sekat. Kira hanya senyum sinis.
"Kau ingat... Lepas kau bunuh abang aku, aku dengan mudah nak maafkan kau? Aku tak sangka vampire yang digeruni semua rupanya bodoh. Kau fikir aku nak lepaskan peluang bila kau beri aku peluang untuk bunuh kau?" Dia membalas dengan senyuman sinis.
"Maafkan hamba tuanku.. Hamba tak dapat halang dia.. Sebab..." Evan berhenti berkata-kata.
"Hamba pun nak bebas...." Sambung Evan lagi. Dia melepaskan pegangannya pada lenganku. Aku menahan dengan tanganku sendiri supaya tak terus jatuh ke lantai. Tak aku sangka. Orang yang paling aku percaya telah menikam belakangku.
"Heh.. Hahhahahahhaha!!" Aku gelak sendirian. Tak sangka, hambaku sendiri yang jauh lebih lemah berbanding aku berani untuk mengkhianati aku. Aku bangun semula dan menghentikan lakonanku.
"Hahaha... Aku tak pernah tahu aku perlu gunakan cara ni untuk melihat sikap sebenar kau Evan," balasku dengan sinis. Aku menunjukkan wajah sebenarku. Tubuh di mana dia akan merasakan yang tiada sedikit kuasa pun mampu menghalangku daripada membunuh.
Tubuhku mula berubah menjadi raksasa yang membunuh keluargaku yang lain. Telingaku meruncing dan ekorku mula muncul. Tubuhku yang begini membuat ayahanda berkali-kali tak pasti jika aku betul-betul keturunan kandungnya. Namun ia terjawab apabila bonda merupakan darah kacukan demon rubah berekor sembilan dan aku mewarisi sebahagian kuasa daripada pihak bonda. Namun sehingga kini, aku masih tidak dapat mengawalnya dengan baik.
Kira terduduk. Tentunya dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Evan cuba lari menuju ke pintu keluar. Aku menggunakan kuasa aisku menusuk ke badannya dari bawah lantai. Badannya berkecai dan darahnya memercik ke muka Kira. Aku menjarakkan aisku sehingga badannya terbelah dua membuatkan Kira terkejut. Matanya membesar menunjukkan riak terkejut dan ketakutan. Aku memandangnya tajam dengan lama.
Aku mula ingin menyerangnya. Dalam keadaan itu, aku cuba untuk mengawal semula tubuhku daripada terus membuas namun ia sukar. Dia memejam matanya rapat. Sebaik sahaja tanganku hampir menyentuh mukanya tiba-tiba sahaja langkahku terhenti. Ayahandaku menggunakan kuasa gravitinya ke atas aku. Aku memberikan pandangan tajam ke arahnya. Aku paling benci seseorang menghalang langkahku.
Aku menggunakan kuasa apiku ke arahnya. Dia menepis mudah lalu mendekatiku. Aku mencuba lagi menggunakan elemen ais. Dia menepis lagi sekali dengan mudah. Dia mengunci kuasaku dan pergerakanku. Aku tak mampu bergerak dan berbuat apa-apa. Aku hanya mampu mengetap gigi. Ayahanda memegang belakang tengkukku. Tiba-tiba aku menjadi tenang. Rupaku berubah kepada asal. Mataku mula kabur.
"Ha? Patutlah beta terbau sesuatu yang pelik. Manusia rupanya," Ayahandaku menyedari Kira. Dia mengeluarkan taringnya dan kelihatan ingin menyerang Kira. Aku terus menghalang gerakannya.
"Jangan rampas permainan anakanda" Kataku lagi.
"Hahaha... Kau bermain dengan nyawa Red. Apa yang beta boleh buat kalau kau musnahkan istana ni lagi macam dulu" Dia berkata sinis.
"Heh! Bukankah ayahanda boleh baikinya dengan mudah? Ia menjadi kerisauan ke?" Soalku turut sinis.
"Darah muda sememangnya sukar untuk dikawal ha?" Balasnya bersahaja.
"Kau... Bersihkan semua ni." Kata ayahandaku pada Kira.
"Kau bernasib baik beta sempat untuk tiba. Kalau pertukaran demonnya sempurna, abu mayat kau pun takkan dapat diselamatkan," Pesan ayahandaku lagi kepada Kira sebelum berlalu pergi.
Aku memejamkan mata untuk mengumpul tenaga dengan lebih cepat. Aku cuba bertenang dan menarik nafas dalam. Aku memegang belakang tengkukku di mana nenekku pernah meletakkan simbol kurungan untuk kuasa demon yang berada dalam tubuhku. Walaupun bertahun-tahun sudah berlalu aku masih tak dapat mengawalnya dan mengharapkan orang tua tu untuk datang dan mengurung tenaga ni semula. Ia sememangnya menjengkelkan.
"Lebih baik kau tak cuba larikan diri," Kataku padanya perlahan. Aku berjalan terhuyung-hayang ke pintu untuk keluar. Ia memalukan jika manusia lemah ni melihat aku yang dalam keadaan lemah. Mayat Evan yang telah terjatuh ke lantai aku langgar sehingga hampir tersandung namun aku pantas memegang pintu supaya tidak terjatuh. Aku sedar Kira memandangku dengan riak tidak percaya.
Aku nekad untuk membuatkannya berputus asa dan menuruti aku tanpa perlu aku menukarkannya kepada manusia. Jika dia dapat melihat mayat abangnya yang diyakini mati namun dihidupkan dengan tanganku sendiri. Pasti dia tak kan mengingkari aku. Manusia sememangnya begitu, sangat lemah dengan perasaan yang lemah dan menyusahkan.
Tenagaku hampir pulih. Aku ke kandang griffin, makhluk langit yang berkepala helang dan berbadan singa beserta dengan sepasang sayap. Aku memilih Grif. Seekor griffin coklat pudar dibadannya dengan ekor merah manakala sayapnya berwarna coklat gelap.
Aku menunggangnya menuju ke istana teman lamaku, Kisaka Ayumi.
To be contina...
.............................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top