Bab 35 : Perang
Aku menghantar kanak-kanak yang ingin tinggal bersama ibu bapa mereka pulang dengan meletakkannya di luar kawasan hutan berdekatan dengan kota mereka yang kini dikawal ketat. Mereka terus melarikan diri bersama tangisan panik dan terus memberi amaran kepada ibu bapa mereka untuk melarikan diri. Sebahagian mereka mendengar namun sebahagian mereka tetap tingga kerana menyangkakan aku dalam keadaan lemah dan masih di dalam kawalan mereka.
.
.
.
Askar mula berkumpul di hadapan kerajaan mereka. Mereka juga bersatu dengan empayar Finlard sebagai simbol kerjasama mereka. Para penduduk dikumpulkan dan disembunyikan di bawah bilik bawah tanah sementara semua pengembara dan askar bersedia untuk menjalankan misi mereka melindungi kerajaan mereka.
Angin mula bertiup kencing dan langit mula mendung membuatkan mereka yang lain mula gementar. Kuda yang ditunggang mereka merengek rasa kurang selesa dengan keadaan cuaca yang secara tiba-tiba berubah. Aku terbang ke langit memunculkan diri dan Jhenis terus memandangku dengan bengis.
"Bukan ke dia dah lemah kenapa sekarang dia seperti dapat tenaganya semula?" soal putera mereka yang berada paling hadapan kepada Jhenis yang setia di sebelahnya.
"Patik fikir mungkin dia korbankan pengikutnya dan tebusan untuk menjadi sumber darahnya. Dia sememangnya bersifat demon. Pengecut" balas Jhenis penuh benci.
"Heh! Oh begitu... Apa guna mengorbankan mereka kalau dia cuma datang seorang diri? Kita lebih kuat dari dia" Arah raja kerajaan itu dengan tegas.
"Ayahanda... Anakanda yakin dengan kalahkan dia... Kerajaan kita pasti akan menjadi kerajaan yang paling berkuasa. Ini boleh dijadikan detik paling bersejarah dalam sejarah Endelusia" balas putera itu lagi.
"Ya... Sebab itu detik ini kita akan memerangi dia habis-habisan! Askar! Serang!!!" Arah raja kerajaan itu. Mereka mula menjerit semangat dan melepaskan serangan magik mereka bertalu-talu kepadaku.
"Jangan biarkan dia lari lagi!" Jerit Jhenis terus pengguna sihir menggunakan kuasa cahaya mereka padaku. Aku hanya terapung dan kekal di satu posisi. Hampir sahaja mereka kepadaku, segerombolan burung muncul dari belakangku dan terus melanggar mereka membuatkan kuda yang ditunggangi mereka mula panik dan bertempiaran. Posisi mereka mula terabur apabila burung-burung itu datang meluru sehingga ada antara askar ditembusi paruh burung tersebut.
"Rasakan bala dari perbuatan kalian" kataku lalu beribu-ribu haiwan keluar dari hutan dengan mata mereka bercahaya merah. Lebih ramai manusia hancur dengan serangan haiwan-haiwan tersebut yang muncul secara tiba-tiba.
"Apa jadi?! Vampire boleh kawal mereka semua?" Soal putera dengan mata membutang.
"Vampires... Mustahil untuk jadikan haiwan sebagai vampire" kata raja dengan wajah tidak percaya.
Vampire sememangnya tidak boleh jadikan makhluk lain selain manusia. Namun kini aku bukan vampire sepenuhnya... Dalam tubuh aku ada demon yang merupakan raja segala bisikan. Ini merupakan kebolehan luar biasa bagi seekor demon, ia sememangnya berada dalam kategori dan di dalam tahap yang lain.
Tubuh mereka terus dilunyai oleh gergasi yang datang menyerang. Haiwan yang kelihatan seperti badak turut menanduk mereka dengan kepalanya yang keras dan tebal tanpa belas. Suara meraung dan menjerit memenuhi suasana itu. Aku hanya memerhati dari langit melihat manusia yang menggunakan teknik bertarung mereka untuk mengalahkan makhluk yang mereka tidak sangka akan turut bertarung.
Jhenis cuba untuk mendekati dengan membunuh semua makhluk yang menghampirinya. Mereka mula menembak Magilete kepadaku namun aku mewujudkan pusaran beliung sehingga menerbangkan lebih ramai askar. Ramai dari mereka terkorban dan aku dapat lihat dengan jelas bahawa Yumi sedang berseronok.
"HAHAHAHHAA!!! CUMA DENGAN KAU JE AKU BOLEH RASA SERONOK MACAM NI RED! KEBANYAKAN PEPERANGAN HANYA MEMBOSANKAN!" katanya sambil mengeluarkan yoyonya dan rantai bercahaya keluar dari pusat yoyo itu menangkap roh yang mula berterbangan. Roh yang tertangkap dengan rantai tersebut terus bertukar menjadi guli dan berkumpul ke arah Yumi.
Aku mengeluarkan makhluk yang aku cipta dari tanah dan api. Kini magik mereka hanya kelihatan seolah duri yang tidak memberi kesan apa-apa kepadaku. Putera kerajaan dan Jhenis cuba sedaya mereka untuk bertahan namun mereka tak dapat melawan bencana yang tiba. Makhluk itu melahap mereka dengan pantas dan menghancurkan mereka dengan batu-batu di dalam mulutnya seolah mengunyah. Tubuh mereka yang hancur berkecai diludah kembali dan perbuatan itu diulang sehingga melenyapkan hampir separuh askar tersebut.
Bangunan dan istana yang mereka banggakan tumbang tanpa dapat dilindungi walaupun dengan magik pelindung mereka. Semuanya dimusnahkan oleh makhluk-makhluk yang tiba. Ribuan cacing gergasi turut mula menelan bangunan itu sehingga penduduk yang menyorok di bilik bawah tanah juga tidak terselamat.
"Mereka akan pupus kalau terus macam ni hahahhaha... Red... Sekarang ni bukan kota ini sahaja yang dimusnahkan. Makhluk-makhluk yang di hutan tu pun menjadi korban" kata Yumi kepadaku sambil melihat gulinya yang terus-menerus bertambah.
"Biarkan mereka belajar bahawa kesalahan yang mereka lakukan takkan dibiarkan. Yang selamat akan mengajar generasi akan datang, yang maut akan menjadi pengajaran" balasku dengan tubuhku kini berubah menjadi demon.
"Hahaha... Aku tak pasti berapa saja yang hidup selepas serangan ni jadi. Sekarang ni hanya beberapa ratus je tinggal. Mereka semestinya akan pupus. Pengikut kau pun dalam bahaya kalau kau teruskan semua ni" balas Yumi terus melepaskan yoyonya untuk mengutip roh-roh dari tubuh yang maut.
Aku munculkan pula tsunami untuk melenyapkan kota mereka tanpa sebarang peninggalan. Makhluk-makhluk yang aku hantar turut menjadi mangsa kemusnahan itu. Kota yang dulunya megah berdiri kini ditutupi air yang kini menjadi lautan. Ia tidak lagi dapat dikenali dan dijumpai oleh mana-mana manusia. Yang hidup hanya mereka yang dapat menyaksikan dari jauh.
"Ampun!!! Hentikan!! Tolong kami!!" Jerit suara manusia mula kesal dan minta untuk diselamatkan namun aku hanya membiarkan suara mereka hilang bersama air yang menenggelamkan mereka. Kebanyakan magik bencanaku mereka dapat tahan namun disebabkan mereka berada jauh dari laut mahupun tasik mereka tidak pernah menyangka bahawa mereka akan menghadapi bencana ini. Bagi mereka ia sesuatu yang mustahil untuk tsunami muncul di kawasan mereka membuatkan mereka tidak bersedia untuk membuat apa-apa untuk menghadapinya.
Tanah bumi mula bergegar kuat sehingga gua yang menjadi tempat Kira dan lain-lain yang sedang sembunyi turut bergoncang. Mereka semua berpelukan sesama sendiri dan terus berharap bahawa semuanya berakhir dengan segera. Setiap detik mereka rasakan ia sangat lambat berlalu.
Aku menghembus nafas dan membuka mataku semula melihat kota yang aku benci telah lenyap. Aku mula ingin berlalu pergi namun tiba-tiba satu senjata memenggal leherku membuatkan kepalaku terpisah dari badan. Satu tubuh yang berwarna emas terang berapi dengan aura seekor burung phoenix dapat aku lihat sementara kepalaku mula jatuh menuju ke bawah. Wajahku mula retak dan bertukar debu.
"Ahh... Macam mana beta boleh lupakan tentang kau Hanran, yang mempunyai 'The Will Of Phoenix'. Suasana yang sememangnya indah buat hari terakhir beta" kataku dan sebahagian kepala serta tubuhku mula bertukar debu. Melihat bayang seekor phoenix yang menerangkan suasana yang gelap membuatkan aku hanya tersenyum tenang dan akhirnya aku menutup mata.
"Selamat tinggal malapetaka" kata Hanran lalu dia juga turut lesap bersama udara dan menjadi guli emas. Yumi mendapatkan guli emas itu dan menatapnya lama lalu mengenggam penuh geram.
"Aku patut tutup mulut kau dari awal lagi" kata Yumi kegeraman.
Beberapa jam kemudian, Kira dan lain-lain masih menunggu ketibaan Red. Namun dia tidak juga muncul malah Shin juga tidak dapat mengesan Red di mana-mana seakan-akan dia juga lesap bersama kota yang dia musnahkan. Mereka mula berpendapat bahawa Red menyembunyikan diri atau menjauhi mereka namun mereka masih ingin percaya dan tetap sahaja menunggu Red.
Flashback
"Erlana... Memandangkan kau boleh baca fikiran. Beta mahu kau menjaga isteri beta dan mereka yang lain. Kau mempunyai potensi yang luar biasa. Dengan kuasa kau tiada siapa yang dapat membelot keluarga ni" kata Red dengan tenang.
"Tuan Shin akan jadi penganti?" Soal Erlana dengan sayu.
"Ya... Dia terlepas dari kematian bukan hanya sekali. Dia layak untuk diberi takhta beta. Ia juga dapat selamatkan kalian. Beta tak tahu sejauh mana manusia tu dapat mengkaji tubuh beta dan beta perlu melakukan serangan dengan pantas. Jika ada berlaku apa-apa di luar jangkaan sekurangnya kalian selamat" kata Red lagi. Erlana mula menangis dan terus memeluk Red.
"Apa-apa pun pastikan tuanku balik dengan selamat. Saya tak mahu apa-apa terjadi pada tuanku" balasnya membuatkan Red tersentuh. Dia mengusap kepala Erlana lembut.
"Andai kata beta menemui manusia seperti kalian terlebih dahulu mungkin beta tak kan jadi seperti ini" balas Red.
End Flashback.
To be contina...
..... ..... ..... ...... ..... ..... ..... ..... ..... ..... .....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top