Bab 32 : Perkenalan

Semua kanak-kanak yang aku bawa sedang lena di atas lantai gua yang dingin. Aku hanya duduk di atas tengkorak naga sambil mendagu memandang mereka. Sedikit rasa cemburu hadir apabila melihat mereka yang dapat tidur dengan tenang dan lena.

"Aduhh... Sakitnya" kata seorang kanak-kanak lalu terjaga dari tidurnya.

"Sejuknya... Kita kat mana ni? Mama papa?" Kata pula budak seorang lagi mula panik.

"Argh!! Kenapa budak kotor ni ad sebelah aku?! Menjijikkan! Pergi!" Jerit lagi seorang membuatkan aku turut pelik.

"Maaf..." Balas kanak-kanak itu yang berpakaian lusuh dan kotor sambil menjauhinya.

"Dasar keturunan hamba. Menjijikkan..." Balas budak itu lagi terus bangun dan melibas-libas pakaiannya.

"Ini mengejutkan. Kalian bermusuhan sesama sendiri walaupun kalian spesis yang sama?" Aku bersuara sambil mendagu. Mendengar suaraku yang lain terus memandangku dengan wajah keliru.

"Di-dia raksasa tu!!" Jerit salah seorang dari mereka. Aku hanya memberi senyuman sinis.

"Raksasa? Beta tak buat apa-apa pun kalian masih menganggap beta raksasa? Ahhh... Manusia terlalu hipokrit. Mereka fikirkan semua yang berbeza dari mereka adalah musuh abadi" balasku penuh sinis.

"K-kami bukan macam tu! Kau makhluk jahat! Demon!!!" Jerit seorang kanak-kanak membuatkan aku tersenyum.

"AHAHAHAHHAHHAHHAHAHAH!!!" gelakku sehingga suaraku memenuhi gua tersebut.

"Ahhhahaaha... Haih... Kalian fikirkan kami semua yang lain makhluk jahat tapi apa bezanya kalian? Kalian juga turut membunuh tanpa belas dan maaf. Hanya sebab kalian fikir diri kalian adalah suci, kalian memandang yang lain sebagai kotoran" balasku lalu memunculkan diri di hadapannya secara tiba-tiba.

"Kau patut bersyukur beta cuma menahan kau di sini. Kalau bukan disebabkan pengikut beta masih dalam tahanan. Kau jadi makanan pertama beta" balasku sehingga membuatkan budak itu terduduk lalu terkencing di dalam seluarnya sambil menggigil ketakutan.

"Kau tinggal saja di dalam ni sampai beta balik semula ke sini. Beta mahu lihat sejauh mana makhluk yang kalian katakan suci ni... Inginkan kalian semula" kataku lalu mula ingin terbang pergi.

"Nanti... Macam mana kalau kami lapar? Kat sini tak ada apa-apa!" Jerit salah seorang dari mereka.

"Kami akan bekerjasama tapi kau pun perlu beri kami makanan" kata seorang kanak-kanak yang kelihatan paling tua di dalam kumpulan hamba yang lain. Pakaiannya sangat lusuh dan dia memeluk seorang kanak-kanak yang berwajah pucat seolah tidak sihat.

"Di sini banyak tikus yang boleh kau makan. Ia mencukupi untuk tubuh sekecil kalian" balasku tenang.

"Kau serius ke?! Tikus?! Kau memang nak kami mati ke?" Soalnya sambil memeluk erat beberapa orang lagi kanak-kanak yang kelihatan tajut dan mula ingin menangis.

"Beta makan beribu dari mereka masa beta kecil dulu! Apa masalahnya?!" Soalku semula dengan keliru. Pada pengetahuanku tikus merupakan makanan kegemaran menusia. Aku sering melihat mereka akan berebut untuk melahap tikus semasa mereka di dalam tahanan aku dulu.

"T-tikus berbahaya untuk kami. Kami cuma boleh makan daging yang herbivor. Macam lembu, kambing dan makhluk yang memakan tumbuhan" kata seorang kanak-kanak perempuan bertubuh kecil dengan gugup.

"Hmmm... Baiklah jadi itu sahaja yang kalian boleh makan? Menyedihkan" balasku sambil menjeling ke arahnya.

"Kami boleh makan tumbuhan juga! Walaupun ada sebahagian beracun untuk kami tapi kebanyakannya kami boleh makan" kata kanak-kanak perempuan itu lagi.

"Apa lagi yang kalian perlukan?" Soalku.

"Buah-buahan pun boleh menjadi makanan kami. Sekurangnya ada sesuatu yang boleh kami makan" balasnya masih berhati-hati dan gugup.

"Haih..." aku mengeluh berat lalu memuncul seekor lembu liar yang masuk ke dalam perangkapku. Aku menggunakan kuasa tanah memindahkan ia ke sini sama seperti aku lakukan pada kanak-kanak manusia ini.

"Ini cukup untuk semua kan?"

"Ya... Tapi..." Budak itu membalas namun seperti kelihatan ragu.

"Apa lagi?" Soalku mula hilang sabar.

"Mustahil untuk kami makan macam ni saja. Ia terlalu besar. Kami perlukan sesuatu untuk potong dan bersihkan ia" balas budak lelaki yang masih mendukung adiknya. Aku terus menggunakan magikku dan memotongnya menjadi bahagian kecil dan mewujudkan kolam kecil untuk mereka guna.

"Sekarang cukup?" Soalku dengan bengis.

"K-kami perlukan api... Untuk masak" kata budak itu lagi sambil melangkah ke belakang kerana ketakutan.

"Masak? Apa bendanya tu? Apa-apa pun jika kalian perlukan api gunakan saja magis kalian" kataku sambil mengerutkan kening.

"Kami tak dapat gunakan magik. Hanya yang tertentu sahaja boleh. Kami cuma kanak-kanak biasa" kata budak perempuan itu lagi. Aku pun tak boleh gunakan magik terlalu banyak. Aku perlu simpan tenaga untuk melawan manusia nanti.

"Beta akan kembali segera mungkin. Buat sementara itu, kalian makan saja apa yang ada. Kalian sudah cukup umur untuk berfikir cara hidup sendiri. Kau kata manusia dapat makan buah-buahan bukan? Ini buahan untuk kalian" balasku lalu memunculkan satu pokok dengan menggunakan tulang naga itu sebagai tapak tumbuhan itu.

"Buah apa tu? Kami tak pernah tengok. Selamat ke nak makan?" Soal salah seorang dari mereka.

"Ketahuinya sendiri! Perut kalian cerewet dan menyusahkan! Sudah cukup kuasa beta dibazirkan untuk kau semua!" Kataku lalu pergi dari situ.

"Nanti! Jangan tinggalkan kami!" Jerit salah seorang dari mereka. Namun aku tidak pedulikannya dan terus pergi.

.
.
S
K
I
P
.
.
.

Penduduk bandar mula kecoh dengan kehilangan kanak-kanak di seluruh bandar tersebut. Pengemis dan hamba kanak-kanak juga turut lesap tanpa dikesan. Walaupun dengan menggunakan kuasa magik serta ahli nujum, ia tetap tidak berhasil.

Sedang di dalam kekalutan, aku muncul di tengah bandar bersama senyuman sinis. Mereka semua mula berang malah mereka membawa Shin dan yang lain-lain yang kelihatan tidak sedarkan diri. Nafas mereka tenang bermakna mereka sedang tidur. Memandangkan mereka tidak dapat untuk menjamah darah, mereka terpaksa tidur untuk dapatkan tenaga mereka semula.

"Hahahhaha... Kau semua fikir mereka adalah kelemahan beta sedangkan merekalah yang menyelamatkan kalian dari serangan beta" kataku dengan bongkak.

"Di mana anak-anak kami?! Kau jadikan mereka pengikut kau ke ha?! Kembalikan mereka!" Jerit salah seorang dari penduduk.

"Esok malam. Kalau kalian tak lepaskan mereka semua di hutan, anak-anak kalian akan dikorbankan" balasku tenang.

"Kau... Aku bunuh mereka semua sekarang!" Katanya sambil matanya melirik sekilas pada sisinya membuatkan aku terus dapat membaca bahawa mereka menyediakan perangkap.

Aku terus mengelak jauh daripada serangan seseorang yang muncul secara tiba-tiba. Aku cuba mendarat di tanah namun tiba-tiba akar terus melilit tubuhku dan durinya mencucuk tubuh. Aku terus cuba membakar tubuhku untuk melepaskan diri namun ia tidak berkesan. Akar ni... Turut mengandungi 'Magilete'. Aku terpaksa melepaskan diri dengan kuasa demon.

"Kau ada masa sehingga esok hari. Fikir sebaiknya" kataku sebelum cuba menghilangkan diri di dalam bayang namun Jhenis turut muncul dengan pedang lebarnya lalu menyerangku. Aku sempat mengelak namun hujung mata pedangnya mengenai mataku dengan aura pedangnya.

"Hahahaha... Nampaknya hero di kalangan manusia sudah lahir" kataku dengan darah mengalir keluar dari mata kiriku. Aku terus menghilang di sebalik bayang dan kembali ke gua.

Aku melihat mereka yang lain sedang menikmati makanan yang dicucuk pada kayu kecil dengan berbagai jenis bahan. Aku menghampiri mereka sambil memandang pelik.

"Apa yang kalian buat? Bukan ke kau kata kau tak boleh buat magik?" Soalku membuatkan mereka semua tersentak.

"H-hai. Memang kami tak boleh buat magik tapi kami tahu cara untuk wujudkan api gunakan percikan pada batu. Memandangkan kami ada kayu kering, kami dapat wujudkan api" kata budak lelaki yang masih lagi memeluk seorang kanak-kanak kecil. Kanak-kanak kecil itu terus memeluk budak lelaki itu dengan kuat sebaik sahaja melihatku.

"Apa jadi pada mata awak?" Soal budak perempuan tadi. Aku mengesat darah pada mataku dan terus berlalu tanpa hiraukan mereka. Nampaknya mata aku perlukan masa untuk sembuh. Aura yang digunakannya bukannya aura yang biasa.

"Itu apa yang kau dapat bila tak biarkan aku yang berlawan dengan dia. Kau sudah dapat kekuatan aku tapi gaya bertarung kau masih lemah"  kata Dark dengan selamba. Aku hanya membiarkannya dan duduk di atas tengkorak naga dan bersandar pada tanduknya.

"Boleh saya tanya... Bila kami akan keluar dari sini? Bila kami akan dilepaskan?" Soal seorang budak lelaki dengan suara menggeletar seakan berwaspada.

"Kau cuma perlu tunggu dan lihat. Kalau keluarga kau lebih mementingkan kau semua, mereka akan lepaskan pengikut aku" balasku.

"Kenapa kau tak ambil mereka sendiri? Kenapa perlu culik kami?" Soal lagi seorang. Pertanyaannya terus membuatkan yang lain cemas dan cuba menghalangnya dari bertanya lagi.

"Sebab aku suka lihat manusia cemas bila keluarga mereka hilang" balasku dengan senyuman sinis. Namun sebenarnya tubuhku sudah mencapai hadnya. Aku tak mampu mengumpul tenaga lagi. Kuasa demon juga turut semakin lemah kerana aku kelaparan dan jika aku tidur sekarang untuk dapatkan tenaga, aku tak pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk aku sedar kembali. Ia mungkin mengambil masa ratusan tahun jadi aku mengambil keputusan untuk tidak memejamkan mataku sehingga semua ini berakhir.

Berada di tempat yang dipenuhi darah segar sememangnya menguji kesabaran aku yang kelaparan serta kehausan. Mujur aku telah mencabut taring aku, kalau tidak kesemua mereka telah menjadi makanan aku. Aku melihat tanganku yang kini mula terlihat bentuk tulang pada jariku. Ia tak ubah seperti rangka tubuh membuatkan aku tak mampu lagi untuk menunggu.

"Huwaaaa!!! Nak balik! Argh!!"

"Shhh... Diam. Jangan bising nanti raksasa tu marah macam mana?"

"Haih... Apa yang kalian bisingka-"

Aku tiba-tiba rasa tersentak. Aku turun dari tulang naga tersebut sambil memegang dada. Rasa ni... Pengikut aku sedang dalam bahaya. Aku mengetap gigi geram lalu terus memandang budak yang menangis tadi membuatkan mereka semua tersentak dan tangisannya terhenti. Aku terus membutangkan mata kepadanya dan terus menghampirinya.

"Nanti! Lebih baik awak gunakan dia sebagai tebusan daripada membunuhnya!" Jerit budak perempuan awal tadi sambil menghalang. Macam mana dia tahu aku mahu membunuhnya? Aku terus menolaknya ke sisi lalu terus mencekik budak yang menangis awal tadi kerana ingin pulang. Yang lain mula kecoh dan masing-masing mula menangis kerana ketakutan.

Aku akan tunjukkan apa akan jadi apabila mereka cuba mengkhianati dan mencabar aku. Aku akan bawa kepala budak ni kepada ibu bapanya supaya dia fikir kesalahannya.

"Kawan-kawan awak tak kan selamat kalau gunakan cara ni! Mereka akan terus diseksa lagi!" Kata budak perempuan itu. Aku memandangnya dengan ekor mataku.

"Apa nama kau?" Soalku sambil memandangnya dengan ekor mata.

"Saya tiada nama! Awak tak boleh mengasari dia macam tu! Kanak-kanak manusia lebih lemah daripada kanak-kanak yang lain" katanya lagi bersungguh. Aku terus melepaskan budak lelaki yang berada di tanganku dan dia terus jatuh ke tanah sambil mencungap mencari udara.

"Kau berani... Aku rasa mungkin kau sanggup dijadikan sebagai tebusan beta?" Soalku menghampirinya. Budak itu melangkah ke belakang dengan peluh dingin.

"Orang kampung tak kisah tentang kami" kata budak lelaki di belakang. Ia membuatkan aku terus memandangnya.

"Kami semua hamba, kematian kami tak penting bagi mereka. Awak boleh jadikan mereka yang menangis tu sebagai tebusan tapi bukan kami. Ia tak kan mengubah apa-apa" kata budak lelaki itu dengan tenang. Aku melihat lagi kumpulan mereka yang sememangnya jauh berbeza dari kanak-kanak yang lain. Mereka berpakaian kotor dan comot manakala yang lain kelihatan lebih bersih dan kemas.

"Kami pun tak mahu kembali ke sana... Lebih baik kami mati saja di sini. Sekurangnya kami dapat makan" ujar pula budak kecil lelaki yang berada di belakang lelaki yang aku anggap abangnya.

"Manusia memusuhi manusia... Beta tak rasa beta perlu hancurkan kalian jika kalian sendiri hancurkan sesama sendiri" balasku lalu aku membawa lima orang budak bersamaku dengan mengikat mereka dengan kuasa Dark. Dark bukannya satu elemen, jadi mereka takkan mampu melepaskan mereka walaupun menggunakan 'Magilete'.

Aku kembali muncul dengan lima orang kanak-kanak menjadi tebusanku. Aku dapat melihan Boma dan Juva kini kelihatan semakin lemah. Lengan dan kakinya dipotong dengan kejam.

"Belum sampai setengah hari kalian sudah cuba mencabar beta" kataku sambil memandang mereka dengan pandangan membunuh.

"Tangkap dia!" Arah Jhenis lalu mereka menembak Magilete kepadaku namun disebabkan aku sudah dapat membaca serangan mereka aku dapat mengelak. Sekarang atau tidak, masa ini sahaja aku dapat selamatkan mereka.

Aku mengumpulkan semua tenagaku untuk merampas Shin dan lain-lain kembali sementara itu aku terpaksa mengharapkan kekuatan asliku untuk bertahan dengan serangan Jhenis. Aku mengeluarkan pedang berantaiku yang kini hanya tinggal sisa pecahan senjata kerana telah musnah sewaktu aku berlawan dengan ayahanda sebelum ini.

Aku menyerangnya namun dengan mudah dia menepis. Dengan menggunakan pedang auranya dia memotong lenganku membuatkan pengikutnya yang lain bersorak. Aku menepis serangannya yang pantas dengan pedang kegelapanku tapi aura pada pedangnya seolah mempunyai aura kuasa cahaya membuatkan kuasa Dark semakin melemah.

"Keadaan tubuh kau dah lemah. Kau tak tahu berapa banyak bahan yang kami korbankan untuk lemahkan kau sepanjang kau berada di sini. Sekarang ni... Kami ada harapan untuk lenyapkan kau!" Kata Jhenis terus menikam perutku. Mataku membutang apabila pedangnya menusuk ke perutku.

Bersambung...
..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... ....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top