Bab 30 : Penebusan Dosa

Tubuhku diikat di tiang perak di tengah bandar itu sambil disaksikan oleh orang ramai. Walaupun aku dengan mudah boleh melepaskan diri, aku mengambil keputusan untuk hanya membiarkan mereka menghukumku sehingga puas.

"Tuanku... Kami sanggup menerima hukuman yang sama. Kami juga tak mahu tuanku disakitkan" kata Shin memandangku simpati.

"Jangan pandang beta dengan mata tu Shin. Anggap saja ini penebusan dosa beta kerana mengambil kemanusiaan dari kalian. Jangan halang beta untuk menyucikan diri" balasku membuatkan Shin dan yang lain terdiam. Pengawal yang mengawal penduduk dari mendekati terus berwaspada terutama kepada 7 pengikutku yang memandangku dengan tombak perak mereka.

"Hukuman akan bermula. Ia tidak akan berakhir sepanjang 12 jam setiap hari dan setiap laporan yang diterima tidak berakhir. Selama lebih seribu tahun, kita telah hidup di dalam ketakutan dalam kekejaman mereka. Lebih dari 3000 perkampungan telah dimusnahkan dan diceroboh masuk oleh para vampires malah jumlah itu masih bertambah sehingga sekarang. Sekarang kita dapat menangkap dalang di sebalik setiap serangan, dan ia adalah putera daripada keturunan vampire yang tulen. Syabas diucapkan kepada Hero dunia, Kira Hiroshi! Berterima kasih juga kepada pahlawan istana kita Jhenis Yunai yang membantu dalam penangkapan semua vampires" Ucap seorang pendeta di atas pentas hukuman. Mereka semua bersorak riang kecuali Kira, Hanran dan pengikut mereka yang lain yang tahu kejadian yang sebenar.

"Kesalahan pertama, lebih seribu tahun yang lalu. Sebuah bandar bernama Atlinusia telah diserang oleh segerombolan askar vampires. Memandangkan vampire boleh hidup lebih dari beribu tahun, vampire tulen yang tertangkap hari ini merupakan suspek yang mungkin terlibat. Untuk hukuman membunuh dan menyeksa 7270 penduduk, tubuh penjenayah harus dihentak dengan alat hukuman yang kami sediakan sebanyak 7270 kali untuk setiap penduduk yang dibunuh," ucap pendeta itu sambil menjatuhkan hukuman.

"Nanti! Beribu tahun yang lalu? Dia masih berumur 17 tahun dan jangka hayat vampire cuma 3x ganda dari manusia. Mereka takkan dapat capai lebih dari 400 tahun!" Jerit Shin tidak berpuas hati.

"Senyap! Jangan masuk campur!" Jerit pengawal sambil mendekatkan mata tombak perak ke leher Shin. Kira cuba menghalang Shin dari bertindak dan cuba menenangkan pengawal agar tidak menyakiti mereka. Memandang Kira, Hanran dan yang lain dianggap sebagai hero, mereka amat dihormati.

"Shin... Biarkan mereka. Beta sememangnya membawa dosa semua nenek moyang beta. Bukankah ini yang beta persetujui? Kau tak ada hak untuk menghalang" Balasku terus membuatkan Shin terkedu dan tertunduk kesal.

"Ini sememangnya menyeronokkan. Lihat tubuh kau dimusnahkan perlahan-lahan. Aku tak tahu apa patut aku rasa mungkin aku cuma perlu menikmati memandangkan bukan aku yang rasa kesakitan ni tapi hanya kau" Kata demon yang berada dalam kepalaku. Aku hanya senyap memandangkan dia tak kan dapat mengawal tubuh aku selagi gelang ini berada di tanganku, aku takkan risau jika aku tidak sedarkan diri nanti.

"Satu!" Jerit pendeta lalu satu hentaman daripada penukul besi terus menghentak perutku dengan kuat. Aku dapat rasakan rusukku berkecai dan ia kembali pulih. Aku memejamkan mata dan mengetap gigi menahan kesakitan.

"Dua!" Sekali lagi hentaman dilepaskan dan ia tepat mengenai dadaku. Aku dapat rasakan jantungku pecah seketika dan kembali pulih.

"Tiga!" Jeritnya lagi dan rusukku pecah lagi dan kembali pulih. Darah mula keluar dari mulutku bersama ketulan darah pekat. Malah terdapat juga darah yang keluar melalui bahagian bawahku sehingga lantai pentas dan tiang yang mengikatku dibasahi dengan darah.

"Bodoh. Kau ada kekuatan untuk melawan balik tapi kau ambil keputusan ni hanya untuk imaginasi kau. Semua ni tak kan dapat padamkan silam kau walaupun sejauh mana kau menyeksa diri" kata Dark dengan suara tenang.

"Ibunda... Aku mahu berada dalam dunia yang sama dengannya nanti. Aku mahu ibunda menyambut aku. Vamperlight... Ia mustahil ke untuk aku mengharapkannya?" Soalku sendirian dan hentakan penukul terus dilepaskan kepadaku.

"10!" Satu lagi hentakan kuat sehingga menghancurkan tubuhku.

"Berhenti!!! Hentikan! Ini kekejaman! Ini sememangnya kekejaman!" Jerit Shin dan mereka yang lain namun Kira terus menghalangnya dan menutup mulut Shin bersama tangisan. Dia menarik mereka yang lain jauh dari terus melihatku yang diseksa.

'Apa yang kaliam rasakan sekarang hanyalah kerana kalian dan aku berkongsi perasaan yang sama. Kalau kalian ingat semula apa yang aku dah lakukan pada keluarga kau semua sebelum ni... Reaksi kalian takkan macam ni. Kalian cuma terikat dengan pertalian hamba bersama aku.'

Hukumanku terus berjalan sehingga malam tiba dan aku dihancurkan sebanyak 700 kali selama 12 jam. Aku 'direhatkan' di dalam penjara bawah tanah dengan duri memenuhi tubuhku untuk menghalangku daripada bergerak. Malah mereka langsung tidak menyediakan aku makanan mahupun air.

"Kau patut berterima kasih pada aku. Kalau bukan disebabkan aku, kau dah bertukar menjadi debu." ucap Dark selamba.

"Ya... Kuasa kau ni memang menarik Dark tapi aku tak tahu samada aku perlu rasa berterima kasih. Ia hanya membantu aku kebal dari kematian tapi bukan kesakitan. Apa-apa pun... Kalau bukan sebab aku bertahan, kau cuma akan jadi entiti yang tak dapat buat apa-apa" ucapku dengan senyuman sinis.

"Cabut gelang kau dan biar aku bawa kau keluar dari sini. Aku tak mahu habiskan hidup aku dengan semua ni! Biarkan aku hidup sama macam yang lain!" Balasnya tidak puas hati.

"Hahahaha... Bukan ke kau kata kau tak rasa sakit? Kita tak berkongsi kesakitan yang sama. Apa kata kalau kau menikmati je pemandangan ni. Bukan ke kau sukakan seksaan?" Soalku bersahaja.

"Erghh... Aku sukakan seksaan tapi aku tak sukakan seksaan yang dilakukan pada aku. Aku mahu rasakan darah kau tahu?! Aku mahu rasakan daging! Macam yang kau lihat di masa depan! Kenapa kau pula yang perlu jadi hamba manusia?!" ujar Dark lagi sambil terus merungut.

"Siapa tahu? Mungkin ini adalah aku yang sebenarnya. Dark... Kau akan terhapus kalau tubuh aku hancur kan?" Soalku ingin tahu.

"Kau tak kan hancur walau macam mana pun mereka cuba bunuh kau memandangkan sekarang kau merampas kuasa pemulihan aku. Kalau roh kau keluar ia lebih baik, aku dapat mengawal tubuh kau cuma malangnya waktu ni... Aku tak boleh bunuh kau dan sekarang kau dapat gunakan kuasa aku. Malah gelang khas yang kau gunakan ni memang menyusahkan. Sejujurnya, aku merindui kau yang lemah dulu. Haih... Tak apa-apa aku akan terus di sini menyaksikan penyeksaan kau. Aku cuba untuk menikmati setiap detik mendengar suara kesakitan kau Red sehingga kau sendiri pergi dan tinggalkan tubuh ni untuk aku." Balasnya bongkak. Aku terdiam dan melihat sekelilingku yang gelap gelita. Bau darah, hancing, dan berbagai lagi bau yang pelik membuatkan aku tak dapat menyelesakan diri.

"Sebaik saja mereka dapat cara untuk menukar pengikut aku kembali kepada manusia, aku akan gunakan kuasa pemulihan ni. Selepas itu... Aku pastikan yang kau tak kan dapat guna tubuh aku" balasku lalu cuba untuk tidur demi mendapatkan tenagaku semula.

"Aku mahu tengok selama mana kau boleh bertahan. Tanpa air dan makanan malah kau fikir... Aku biarkan kau berehat hmm? Aku takkan berhenti sampai kau berikan tubuh ni pada aku" katanya lalu merentap tubuhku dari dalam sehingga aku kembali terjaga. Aku tersentak sehingga terdongak namun belakang kepalaku ditikam dengan duri tajam sebaik saja aku mendongak. Aku terpaksa menarik kepalaku ke hadapan semula namun kerana aku tidak sengaja menggunakan tenaga yang berlebihan duri di hadapan pula menikam leherku.

"Erghhhgrahh"

"Aku tak mampu mengawal tubuh kau tapi sekurangnya aku masih dapat mengawal alam luar sedar kau. Aku cuma perlu jentik sendi dan saraf kau dan kau akan jadi macam ni. Berikan tubuh kau pada aku Red" katanya lagi. Aku terus bertahan merasakan urat sendi-sendiku tegang. Ototku juga dirasakan seolah hampir terkoyak. Luka dan kecederaan sentiasa akan sembuh dengan kuasa pemulihan aku tapi seksaan secara dalaman begini, kuasa pemulihan takkan dapat menyembuhkannya sehingga ia terhenti sendiri.

"Aku takkan berhenti sehingga kau berikan tubuh ni Red. Kau sanggup hadapi benda macam ni selamanya?" soal Dark sambil senyum sinis.

"Ini cuma geli... Hahaha aku tak rasa apa-apa. Ini saja yang kau mampu buat?" kataku turut dengan senyuman. Kebas dan kekejangan, aku akan jadikan sebagai perkara biasa dalam hidup aku. Dia takkan mampu buat lebih dari ini.

"Hmm... Memandangkan kau menikmatinya apa kata aku terus buat begini sehingga hukuman kau esok hari?" Soalnya dengan senyuman. Aku terus mengetap gigi apabila merasakan urat-urat di seluruh tubuhku mula dipintal. Darah yang sepatutnya mengalir di dalam tubuhku dirasakan ditahan seketika dan dilepaskan membuatkannya mengalir dengan laju. Dark terus bermain dengan sarafku sehingga esoknya tiba.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top