Bab 28 : Berserah
Beberapa hari kemudian, mereka yang terselamat akhirnya tiba di Kerajaan Edelusia. Tempat itu dipenuhi dengan banggunan serta peralatan perak. Ia membuatkan yang lain mulai rasa gerun namun mereka cuba bertenang dan berlakon seolah manusia biasa.
"Kami datang untuk perlindungan! Kampung kami diserang werewolves!" Kata Hanran. Walaupun mereka kembali ke perkampungan mereka ia takkan mengubah fakta bahawa perkampungan mereka masih dalam bahaya. Werewolves yang tahu akan kemusnahan puak vampires akan cuba merampas semua yang berada di bawah penguasaan raja vampire sebelumnya. Selama ini mereka hanya perlu berwaspada dengan vampires memandangkan vampires akan memangsa mereka namun mereka juga akan membunuh setiap werewolves yang dianggap merentas kawasan mereka.
Pengawal kerajaan itu terus memeriksa mereka dan mereka menggunakan satu rantai permata. Ia mendekatkan pada Hanran dan yang lain-lain. Mereka semua mengangguk seolah membenarkan mereka untuk masuk. Namun apabila ia tiba giliran Shin dan yang lain-lain, permata itu terus bertukar hitam membuatkan pengawal itu terus bertindak agresif dan menyasarkan pedang peraknya terhadap kumpulan kecil itu.
"Nanti saya boleh jelaskan!" Jerit Kira menghalang mata pedang itu dari terus menyasarkan pada Shin. Kira terus melindungi Shin dengan tubuhnya.
"Membawa vampire ke sini?! Kau pembelot ke?" Soal pengawal itu tegas. Seorang lagi mula memanggil bantuan kecemasan.
"Dengar... Mereka yang selamatkan kami dari tahanan. Mereka tak berbahaya. Mereka takkan dapat usik manusia" ujar Hanran turut membela mereka. Peluh dingin mula mengalir memandangkan mereka tidak jangka bahawa identiti mereka akan dapat dikesan secepat ini.
"Apa jadi?" Soal seorang lelaki tiba dengan sut perang. Dia kelihatan seolah seorang yang berpangkat besar.
"Sejahtera Komander Jhenis!" Ucap mereka dengan penuh hormat.
"Terangkan situasi. Apa yang membuatkan kau cuba lindungi pembunuh ni" arah Komander dengan tegas. Kira dan Hanran memandang sesama sendiri.
"Mereka sudah serah diri. Mereka takkan dapat membahayakan nyawa manusia. Taring mereka dicabut dan ia takkan tumbuh lagi. Mereka datang secara aman. Mereka juga selamatkan kampung kami dari diserang vampires lain. Mereka juga lindungi kami sepanjang perjalanan kami ke sini. Sebahagian werewolves yang berada berhampiran ditumpaskan oleh mereka" balas Hanran dengan serius.
"Sebagai puteri kerajaan Vinis, saya syorkan yang mereka tidak membahayakan manusia. Mereka dah menyerah diri dan boleh berfikir sendiri. Mereka masih ada kewarasan" terang Kira bersungguh. Penduduk yang lain seolah tidak dapat bersabar lagi untuk menunggu memandangkan mereka keletihan selepas terpaksa berjalan jauh. Malah ada antara mereka masih kecil dan terlalu tua untuk berjalan jauh.
"Kerajaan Vinis? Kerajaan yang sudah lama hilang selepas diserang vampire. Tuan puteri mahu perkara sama berlaku pada kerajaan ni pula ke? Nanti dulu, gelaran tu... Masih boleh diguna pakai ke?" Soal seseorang yang mengekori komander di belakangnya.
"Senyap Louise! Haih... Maaf atas kebiadapan orang bawahan patik. Izinkan patik bertanya. Melalui pengetahuan patik dari sumber yang dikumpulkan, kerajaan Vinis serta kerabat diraja semuanya dihapuskan sewaktu serangan vampires 7 tahun yang lalu. Apa bukti yang mengatakan kamu merupakan puteri dari kerajaan Vinis?" Soal komander dengan sopan.
"Satu-satunya bukti yang beta boleh berikan hanya melalui kebolehan beta menggunakan magik tapi disebabkan 'core magik' beta telah dihapuskan waktu dalam tahanan, beta tak mampu lagi untuk buktikannya tapi beta jujur, beta merupakan puteri bongsu yang terakhir. Beta sempat diselamatkan oleh orang kanan ayahanda beta dan beta dijaga oleh keluarga orang kanan ayahanda beta. Shin Kimura, ayahandanya merupakan orang kanan ayahanda beta Hikaru Kimura. Beta merupakan keturunan tulen diraja, Akira Hiroshi." Terang Kira sambil memperkenalkan Shin. Shin terus menunduk sebagai tanda hormat.
"Adakah puteri cuba melindunginya kerana dia merupakan anak kepada bekas orang kanan tuan puteri?" Soal komander itu. Ia terus membuatkan Kira terkedu.
"Kami tak boleh merisikokan keselamatan penduduk Endelusia. Maaf, tapi kami terpaksa menghapuskan apa-apa sahaja yang membahayakan nyawa penduduk" sambung lagi Komander lalu mengeluarkan pedang peraknya. Mereka semua mula membuka langkah waspada. Pengawal yang lain turut mengeluarkan senjata mereka, malah yang melihat dari atas tembok turut menyasarkan panah mereka terhadap kumpulan Shin.
"Nanti! Seperti yang saya kata mereka tak lagi berbahaya! Taring mereka telah dicabut! Dan mereka masih waras, mereka takkan menyerang manusia!" Jerit Hanran cuba mempertahankan mereka.
"Kakak... Saya takut" ucap seseorang sambil menggenggam bucu baju Hanran dengan kuat. Seorang kanak-kanak memandangnya dengan wajah ketakutan. Hanran terus memandang penduduk yang lain, mereka kelihatan letih dan baru sahaja selamat dari serangan. Dia mula fikir adakah benar-benar berbaloi perlu melindungi Kira atau tidak.
"Kami boleh terima mereka yang lain tapi 7 penjenayah tu perlu dikorbankan demi kesejahteraan kerajaan kami" kata komander lagi mula mendekati. Boma dan Juva mula ingin berundur dan melarikan diri namun mereka telah dikepung dari awal. Askar yang berada di atas tembok juga seakan bersedia untuk menembak mereka jika mereka cuba melarikan diri dengan sayap mereka.
"Nanti! Mereka cuma mahu hidup seperti manusia biasa kembali. Mereka juga mangsa! Hanran! Tolong!" Kira masih cuba melindungi Shin dan memandang Hanran yang kelihatan termenung sambil dipeluk oleh seorang kanak-kanak.
"Kira... Maaf. Mereka yang lain kepenatan dan mereka juga mahu teruskan hidup," kata Hanran tidak sanggup melihat wajah Kira.
"Hanran?" Panggil Kira dengan wajah tidak percaya.
"Saya dah kata yang kita tak kan mampu melindungi mereka kalau identiti mereka terbongkar. Mereka yang lain perlu hidup. Lepaskan mereka Kira, kita tak mampu buat apa-apa"kata Hanran sambil memeluk kanak-kanak itu dengan lebih ketat.
"Tak... Tak! Mereka takkan apa-apakan sesiapa! Shin tak kan cederakan sesiapa! Tolonglah percayakan kami! Saya bersumpah dengan nyawa saya!" Jerit Kira lalu komander itu dengan sekelip mata menikam Shin dengan pedang peraknya membuatkan Kira terkedu kerana komander secara tiba-tiba muncul di belakangnya.
"Adakah dia ketua mereka?" Soal komander sambil Shin terbaring ke tanah dengan wajah terkejut. Dia tak menyangka bahawa pergerakan komander kerajaan Endelusia itu terlalu pantas.
"Shin!" Jerit yang lain namun mereka tak dapat lakukan apa-apa memandangkan memandangkan mereka sudah membuang satu-satunya kekuatan mereka.
"Abang!" Jerit Kira lalu mendapatkan Shin dan memeluknya rapat. Tubuh Shin mula memunculkan retakan seperti tanah kering. Kira mula teringat kembali waktu Shin dibunuh Red dulu dan kepalanya dipermainkan oleh Red dengan senyuman sinis.
"Apa aku buat? Apa aku buat! Shin! Jangan mati! Jangan mati! Kira dah tak ada sesiapa selain abang! Abang!" jerit Kira dan mereka yang lain turut hampir diserang namun tiba-tiba satu entiti muncul melindungi mereka dari pedang perak mereka. Pedang mereka terus bertukar tanah sebaik sahaja menyentuh tubuh entiti itu. Kira memandang lelaki itu dengan mata membutang.
"Red...?" Sebut Kira dengan wajah tak percaya.
"Nampaknya... Ia bukan mudah seperti yang beta jangka ha? Manusia... Memang makhluk yang menarik" kata Red membuatkan askar kerajaan itu mula panik dan membunyikan loceng kecemasan. Hanran membawa penduduk yang lain mendekati askar seolah mereka bukan musuh, dan dia bernasib baik kerana askar-askar menerimanya masuk memandangkan terdapat kanak-kanak dan orang tua. Namun, jelas di wajah Hanran dia tidak mengemari apa yang baru sahaja yang dia lakukan. Dia menoleh kembali terhadap Kira dengan wajah serba salah namun memikirkan keselamatan penduduk yang lebih penting, Hanran kembali berjalan masuk ke dalam pagar kerajaan.
Bersambung...
..... ...... ..... ...... ...... ....... ....... ....... ....... .....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top