Bab 27 : Hati Hitam

"Semuanya dah berakhir kan? Ahh... Aku sangat berharap dapat jadikan mereka semua manusia kembali. Ratusan pengikut aku maut tidak berkubur hanya kerana mereka menjadi pengikut aku" kataku sendirian.

Kini aku benar-benar sendiri. Aku cuma dapat merasakan hanya tujuh orang pengikutku yang selamat. Bagi aku ini adalah penamat bagi puak vampire. Aku melihat istanaku yang kini turut hancur hanya meninggalkan sisa-sisa dinding bangunan. Tempat itu sememangnya tidak dapat dijadikan sebagai tempat untuk dihuni lagi. Istana yang dulu gah berdiri dan digeruni oleh apa-apa sahaja makhluk yang melihatnya kini tidak lagi wujud.

Aku dapat mendengar bunyi lolongan serigala jadian dari jauh. Bagi mereka vampire juga merupakan saingan utama dalam carta penguasa. Kami bermusuhan dan akan membunuh sesama sendiri setiap kali berjumpa. Namun kami makhluk yang sangat jauh berbeza. Kami mengawal pengikut kami dengan memusnahkan daya fikir serta akal mereka dan membiarkan mereka hidup hanya dengan naluri manakala werewolves mengawal pengikut mereka dengan kekuatan dan ketakutan.

Satu-satunya makhluk yang kami tak dapat untuk jadikan mereka sebagai vampires hanyalah werewolves begitu juga sebaliknya. Disebabkan itu juga, kami saling bermusuhan seakan merebut mangsa untuk dijadikan sebagai pengikut kami. Boleh dikatakan bahawa kami musuh semulajadi ibarat singa dan dubuk manakala manusia adalah mangsa kami.

"Sekarang masih adakah gelaran raja untuk aku. Hanya kami berlapan yang masih hidup sebagai vampire" Kataku sambil melihat suasana matahari yang mula terbenam. Aku dapat merasakan mereka yang lain sedang menungguku. Namun, aku fikir lebih baik mereka hidup seperti orang biasa. Sesiapa tak kan tahu kecuali mereka mengakuinya. Yang beza antara kami dengan manusia hanya taring kami yang boleh memanjang apabila laparkan darah dan sebab itu juga vampires mudah bersembunyi di kalangan manusia.

Aku terus meninggalkan tempat itu dan menggunakan jalan yang berlawanan. Aku tak tahu ke mana aku akan pergi. Aku hanya mampu berharap yang aku dapat hidup tanpa diganggu sesiapa dan tenang. Aku berlalu dan menuju ke barat.

Aku berundur terlebih dahulu untuk berehat. Sementara itu, Shin dan lain-lain terus melindungi penduduk kampung yang lain dari serangan werewolves dan makhluk liar yang lain. Memandangkan mereka membawa kanak-kanak dan beberapa penduduk yang kelihatan lemah, ia agak menyukarkan perjalanan mereka namun keadaan mereka lebih baik dari sebelumnya.

"Kini sudah malam, Tuanku dapat kejar kita dengan lebih cepat kan? Dia lebih pantas dari kita semua," soal Nerva.

"Aku tak tahu. Sepatutnya dengan kebolehan dia, dia dah tiba di sini tapi aku rasa macam kita semua dengan tuanku semakin jauh. Aku hampir tak dapat lagi kesan kehadiran dia" balas Shin.

"Kau rasa... Tuanku betul-betul tinggalkan kita ke? Kita masih tak dapat arahan lain selain bawa mereka ni ke Kerajaan Endelusia. Lagipun, kita ke sana untuk perlindungan kan? Pengikut maharaja dimusnahkan lebih awal dari yang kita jangka, masih perlu ke kita ke sana?" Soal Juva mula was-was.

"Kita tunggu sampai tuanku datang. Dia takkan tinggalkan kita macam ni je. Mesti ada perkara lain yang dia nak buat" kata Shin bersungguh. Mereka yang lain hanya senyap. Mereka dalam dilema, naluri mereka hanya hidup dengan arahan dari tuan mereka. Tanpa bertuan, mereka akan hidup tanpa tujuan dan kini mereka semua hanya hidup demi arahan terakhir yang tuan mereka berikan.

"Kenapa kau perlu ikut kami? Kau tak boleh hidup sesama kau sendiri dan bina perkampungan baru?" Soal Hanran ingin tahu.

"Aku pun masih tak faham kenapa tuanku mahu kami lindungi kau semua dan tidak jadikan kau sebahagian dari kami. Memandangkan kami cuma vampire kelas bawahan, ia mustahil untuk kami jadikan manusia sebagai vampires. Manusia hanya boleh dijadikan makanan seperti haiwan lain untuk kami. Cuma keturunan suci dan seseorang yang diturunkan takhta saja yang boleh jadikan manusia sebagai pengikutnya" terang Juva.

"Lagipun dalam kumpulan kami sekarang ni... Hanya Frin saja yang boleh teruskan generasi vampire" sambil Juva lagi dan mereka semua mula memandang Frin yang merupakan satu-satunya perempuan yang tinggal dalam kumpulan itu. Mendengar dari apa yang dikatakan Juva, Frin terus berubah merah.

"A-apa yang kau maksudkan ha?! Belum tentu lagi aku mahukan vampire sebagai suami aku! Ia menjijikkan!" jerit Frin dengan wajah bertukar merah.

"Aku cuma mengatakan fakta. Kami sesama lelaki mustahil untuk melahirkan anak. Harapan untuk meneruskan generasi vampire hanya pada kau kalau kita perlu hidup tanpa campur tangan manusia" ujar Juva dengan wajah serius. Mereka yang lain tiada pilihan lain selain bersetuju dengan apa yang dikatakan Juva. Frin hanya mampu mengetap gigi dengan wajah memerah. Sememangnya dia takkan bersetuju jika perlu melahirkan zuriat dari mereka semua.

"Cukup untuk semua tu. Kau tahu kan kerajaan Endelusia bukan macam kerajaan lain. Aku tak kan dapat lindungi kau kalau identiti kau semua sebagai vampire terdedah. Lagipun, mustahil untuk mereka percaya yang kau mahu hidup normal bersama manusia memandangkan kami adalah salah satu pilihan hidangan kau" kata Hanran.

"Abang... Walaupun saya pun nak abang tinggal bersama kami tapi kami memang tak dapat menolak fakta yang sememangnya mustahil untuk mereka terima vampire dalam kerajaan mereka. Lagipun kerajaan mereka sememangnya dibina untuk melindungi dari serangan vampire dan werewolves. Bagaimana kalau mereka enggan percaya kami semua?" kata Kira dengan wajah resah.

"Tuanku arahkan kita untuk lari saja kalau manusia enggan terima kita. Walaupun aku tak setuju memandangkan mereka takkan berhenti mengejar tapi arahannya adalah mutlak. Apa yang kita boleh buat hanya lari" kata Boma dengan kecewa.

"Kita mampu hidup macam sebelum kita jadi vampire. Jangka hayat kita mungkin lebih panjang tapi... Kita tak terlalu beza dari manusia. Mungkin mereka takkan sedar kalau kita... buang satu-satunya benda yang bezakan kita dengan mereka" kata Shin. Mereka semua memandang sesama sendiri. Shin mengetuai mereka untuk mencabut taringnya.

"Arghhhh!!!" Darah menyembur keluar membuatkan Kira mula panik.

"Abang! Apa abang buat?" Soal Kira sambil mendekati Shin.

"Untuk kelangsungan hidup. Sekarang saya tak kan dapat menyedut darah lagi. Adakah ini memadai untuk kalian percayakan kami?" Soal Shin kepada Hanran dengan air mata kerana cuba menahan sakit. Pakaiannya habis dibasahi dengan darah.

"Taring kami adalah identiti kami. Tanpa ia, tak ada apa yang boleh jadi makanan kami. Apa yang kami boleh buat untuk dapatkan tenaga hanya dengan tidur. Shin, kau pasti ke dengan cara ni kau nak hidup. Kau mungkin perlu tidur lebih lama dari manusia untuk bangun hanya demi satu hari" kata Juva.

"Aku lebih sanggup dianggap pemalas dari pembunuh. Mungkin aku perlu tidur 3-4 hari hanya untuk hidup sehari tapi itu lebih baik dari dibunuh sia-sia di tangan mereka. Semuanya demi kemahuan tuanku Red" balas Shin. Akhirnya mereka hilang kata-kata dan terus sahaja menyambung perjalanan menuju ke kerajaan Endelusia. Hati Shin dan yang lain-lain masih tidak putus mengharapkan bahawa ketua mereka menyertai mereka.

...... ...... ...... ...... ....... ...... ........ ........ .........

"Miko... Tugas kau sepatutnya dah selesai. Kau tak perlu lindungi Kira lagi. Shin dah ada bersama dia. Sekarang ni mana kau?" Soalku sendirian sambil melihat keluar dari pintu gua. Gua ini pernah didiami oleh seekor naga namun disebabkan usianya kini hanya bangkai tulang yang tinggal. Disebabkan tempat sangat dalam dan sememangnya menjadi tempat yang sukar untuk manusia turun ke sini, aku yakin ini tempat yang sesuai untuk aku bersembunyi.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top