Bab 26 : Debu
"Nerva! Bertahan!" Jerit Shin apabila Nerva yang merupakan seorang pemuda pemain pedang cuba untuk menahan serangan yang kuat daripada makhluk berperisai. Namun seorang demi seorang tewas sehingga yang bertahan kini hanya 7 vampires.
"Shin... Kita perlu pergi. Kita takkan menang. Mari! Selamatkan diri!" Jerit Boma kini kelihatan gentar.
"Tak! Kalau aku putus asa di sini... Kira dalam bahaya" ucap Shin turut dengan peluh dingin.
"Kita tak ada peluang. Tuanku Red ambil terlalu banyak masa dan dia ni pula terlalu kuat untuk kita!" Balas Boma. Walaupun mereka dapat mendaratkan beberapa serangan, dia terlalu pantas dan juga mereka sememangnya tidak dapat tandingi kekuatannya.
"Aku pun... Dah tak ada darah untuk aku guna. Malangnya yang lain terus jadi debu bila mereka mati. Aku tak dapat gunakan darah mereka untuk buat serangan balas." Kata Juva dengan wajah tidak berperasaan.
"Kuasa kau memang sesuai untuk vampire. Mungkin kau boleh gunakan darah manusia kalau mereka tinggal di sini tolong kita lawan dia ni" kata Tyrek dengan sinis. Dia mempunyai tubuh sasa namun itu sahaja yang dia ada dan dia bergantung penuh pada kebolehannya untuk menggunakan kuasa vampire.
"Kita tak ada peluang. Shin lupakan adik kau. Dia dah berada di dunia yang berbeza. Kita patut berundur" kata Ruzik yang menggunakan bunyi serulingnya untuk berlawan.
"Aku tak boleh. Tuanku Red dah amanahkan aku untuk melindungi Kira. Kira... Orang yang terpenting buat dia" kata Shin sambil melihat makhluk itu yang perlahan-lahan menuju ke arah mereka seolah ingin memprovok. Tiba-tiba mereka semua terduduk seolah nyawa mereka melayang seketika.
"A-apa jadi tadi tu?" Soal Juva sendirian.
"K-kita akan mati ke? Tapi bukan di tangan dia ni?" Soal Boma mula panik sambil melihat tangannya yang mula berubah seolah tanah kering.
"Tuanku Red kalah?" Soal Shin sendirian.
"Kekekekeke" bunyi gelakan kedengaran membuatkan mereka terus memandangnya.
"Kekekkekekeke" makhluk bersut itu terus tergelak setan membuatkan mereka yang lain terus mengetap gigi.
"Tak guna!!! Walaupun aku akan mati aku pastikan akan tumpaskan kau sekali!" Jerit Frin sambil cuba melibas senjatanya namun makhluk itu terus mengelak bersama gelakan.
"Ya... Sekurangnya kita tumpaskan salah seorang elite Maharaja" ujar Juva walaupun wajahnya turut mula retak. Mereka semua mengangguk setuju, mereka tahu yang mereka tidak dapat lari dari kematian jadi apa yang mereka boleh lakukan adalah berlawan daripada mati sia-sia.
Bagi serangan terakhir, mereka menggunakan seluruh tenaga dan kuasa mereka untuk menumpaskan makhluk tersebut namun sebaik sahaja serangan mereka mengenai, tubuh terus bertukar menjadi debu. Mereka semua kembali melihat tangan mereka yang awal tadi mulai retak namun kini ia kembali pulih.
"Kita tak apa-apa?" Soal Boma sambil melihat tangannya.
"Apa dah berlaku?" Soal Shin turut keliru.
......................................................................
"Ki-kita perlu berlawan ke?" Soal salah seorang penduduk sambil melihat Miko yang menyerang makhluk itu dengan ganas. Kulit yang berada di kepalanya seolah payung kini terkoyak rabak seperti kain buruk. Tanah juga dipenuhi dengan darah mereka berdua.
"Aku dengar taring dream fox bernilai tinggi. Kau rasa ini peluang untuk kita bangkit semula dari kemiskinan?" Soal salah seorang penduduk melihat Miko dengan mata penuh ketamakan.
"Memalukan." kata Kira menarik perhatian yang lain.
"Kalian sememangnya memalukan! Lihat apa sebenarnya sedang berlaku! Musang tu melindungi kita dengan membahayakan nyawanya dan kau semua pula fikir mahu tukarkannya menjadi keuntungan?! Kau semua masih manusia ke?!" Jerit Kira dengan wajah bengis.
"Aku mengaku ia memalukan. Sesiapa yang ucap kata-kata macam tu lagi. Aku sendiri yang hapuskan kau semua sama macam vampire" kata Hanran dingin sambil memandang tajam pengikutnya. Mereka yang lain menelan liur pahit apabila mendengar apa yang dikatakan Hanran.
"Dia dah nampak terlalu parah. Macam mana kita mahu bantu dia?" Soal Kira sambil cuba melihat dengan teliti pergerakan mereka yang terlalu pantas. Hanran membidik dengan tenang dan cuba mencari peluang untuk melepaskan tembakannya.
"Ia tak berhenti bergerak. Kira kau ada idea untuk tarik perhatian dia? Aku cuma perlukan seketika saja" kata Hanran sambil terus membidik. Kira mengetap bibirnya dengan kening berkerut. Beberapa ketika dia memandang ke arah makhluk itu dengan yakin.
"Ya aku ada" balas Kira lalu menoreh tangannya sehingga darah laju mula keluar.
"Oi Si hodoh! Tengok ni! Makanan yang kau suka! Aku darah keturunan diraja! Darah paling berkualiti!" Jerit Kira terus menarik perhatian bukan sahaja makhluk itu namun perhatian penduduk yang lain. Miko terus mengambil peluang itu untuk menggigit makhluk itu dari belakang lantas menghalangnya daripada bergerak. Hanran yang membidik dari awal tadi turut terus melepaskan tembakan tepat mengenai jantung makhluk tersebut.
Ia terus menjadi debu dan Miko mengaum kemenangan. Melihat makhluk yang tadinya kelihatan sukar untuk ditumpaskan kini melihat ia tewas tanpa sesiapa tewas di kalangan mereka membuatkan mereka semua bersorak gembira. Namun sebaik sahaja Miko habis mengaum kemenangan ia terus jatuh ke tanah. Darah neon biru terus mengalir keluar dari luka dari tubuhnya. Tubuhnya juga kembali mengecil seperti sedia kala.
"Miko!" Jerit Kira lalu menghampiri Miko yang tidak lagi sedarkan diri.
"Dia... Dah tak bernafas" kata Kira selepas memeriksa nadi dan nafas Miko.
Beberapa minit kemudian, tujuh vampires yang terselamat dari serangan tadi kembali berkumpul bersama mereka yang lain.
"Korang! Makhluk tu pun jadi debu ke?!" Soal Nerva dengan senyuman lebar. Namun langkah mereka terhenti apabila melihat makhluk kecil tidak lagi bernafas di riba Kira.
"Kau semua... Hanya ini sahaja?" Soal Hanran melihat dengan pandangan tidak percaya.
"Ya... Mujur Tuanku Red dapat tewaskan Maharaja. Kalau tak kami semua lesap" balas Tyrek sambil mengaru kepala.
"Haiwan peliharaan Tuanku Red. Ia..." Kata Juva sambil melihat dengan mata membutang.
"Kami dah cuba sedaya upaya selamat dia tapi nampaknya ia sudah terlambat" balas seorang penduduk yang diyakini perawat kampung itu. Frin cuba mengambil alih dan turut memeriksa keadaan Miko.
"Ya... Kita dah terlambat. Ia dah mengeras dan dah tak dapat untuk diselamatkan" kata Frin cuba memeriksa haba di tubuh kecil itu.
"Apa yang akan jadi? Musang ni satu-satunya keluarga yang tinggal bagi tuanku Red. Dia sangat kasihkan musang ni berbanding yang lain" kata Ruzik mula bimbang.
"Aku yakin yang dia boleh cari cara untuk hidupkan musang ni semula. Sama macam dia hidupkan aku. Dia kenal seseorang yang boleh bawa roh kembali dari alam kematian" kata Shin sambil mengerutkan kening.
"Kau kenal kawan Tuanku Red yang kau katakan?" Soal Tyrek agak terkejut.
"Aku tak dapat ingat apa jadi. Wajah dia pun aku dah lupa sepenuhnya. Aku cuma tahu dia wujud tapi aku tak boleh ingat lagi rupa dia walau macam mana pun aku cuba untuk ingat" balas Shin bersungguh.
"Kami faham. Sekarang kita cuma perlu menunggu dia kan?" soal Hanran. Mereka semua terus melihat ke arah langit yang kini dipenuhi dengan kepulan asap hitam yang boleh lihat dari jauh.
"Kita patut keluar dari sini dulu sebelum malam tiba. Sini lebih bahaya pada waktu malam. Aku yakin werewolves akan cuba ambil kesempatan atas kejadian ni" balas Frin kepada mereka semua. Mereka semua mengangguk setuju.
Dalam sejarah, hari itu adalah kejadian yang pertama kali berlaku di mana vampires dan manusia bersama-sama saling bekerjasama. Mereka semua seakan lupa siapa sebenarnya diri mereka masing-masing dan dapat melindungi satu sama lain.
Mereka semua kelihatan lega memandangkan bilangan vampires kini merudum jatuh sekelip mata tanpa mereka dapat jangka. Detik bersejarah ini mereka akan ingat dan akan diturunkan ke generasi seterusnya. Malah terdapat beberapa penduduk yang menulis pada helaian nipis yang diperbuat dari kulit haiwan.
Siapa akan sangka? Permusuhan mereka yang selama ini berlangsung beribu tahun kini akhirnya tamat dengan kerjasama melindungi manusia.
Bersambung...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top