Bab 25 : Serangan Maut

"Graviti... Tak kan berkesan lagi!" Jeritku lalu urat di tubuhku bertukar hitam. Aku menggunakan kuasa demon untuk melawan semula kuasa graviti ayahanda. Demon, tidak akan terkesan dengan graviti memandangkan ia dari dunia roh.

"Bagaimana?" Ucap ayahanda terkejut apabila aku dapat bangun dari tangan besar Yutaf yang menghempapku. Aku membakar diriku membuatkan  tubuh seekor lagi makhluk yang menahanku terbakar hangus tanpa sempat melawan. Yutaf segera menggunakan perisainya untuk melindungi dirinya dan ayahanda daripada tubuhku yang terbakar. Mereka berdua melompat jauh daripadaku.

"Sekarang hanya tinggal kau berdua!!" Jeritku sambil terapung bersama api. Sekali lagi istana itu terbakar dan ia mula runtuh. Mereka berdua takkan dapat bertahan daripada cahaya matahari.

"Kau akan cuma menamatkan keturunan suci diraja vampire. Aku simpan kau untuk meneruskan generasi puak ni" kata ayahanda serius terus berada di bawah perisai Yutaf.

"Ahhahahhaahah!! Kau fikir aku kisah tentang tu lagi?! Kau patut fikir yang membunuh ibunda dan buatkan aku bunuh yang lain adalah kesalahan terbesar kau!" jeritku lalu aku melepaskan serangan puting beliung kepadanya. Aku tak mahu melambatkan masa lagi. Aku dapat rasakan lebih ramai pengikut aku terkorban semakin lama aku melambatkan masa.

Yutaf terus meluaskan perisainya dan menghalang puting beliungku untuk menerbangkannya namun istana mula roboh dan diterbangkan. Malah kini mereka berdua terpaksa bergantung kepada sayap mereka untuk terus terselamat dari runtuhan.

"Semua ini untuk kebaikan. Ibunda kau cuma menghalang tumbesaran kau dan saudara kau yang lain cuma penghalang untuk kau jadi lebih kuat. Kau patut berterima kasih, aku bantu kau untuk hapuskan semua penghalang tu" katanya dengan bongkak. Aku tersenyum sinis, kata-katanya langsung tidak logik dan mengarut.

"Jadi ayahanda... Kalau benar semua ini untuk kebaikan anakanda. Berikan takhta tu pada anakanda sekarang. Oh, kejap. Anakanda tak rasa ia berbaloi, memandangkan kini yang tinggal hanya kita bertiga. Apa kata mulai saat ni ayahanda menjadi hamba anakanda" pintaku dengan senyuman lebar sambil aku melukakan tapak tanganku dan darah terus mengalir laju.

"Ha... Kamu tak lagi mampu beta kawal. Nampaknya beta tak ada pilihan daripada menggunakan ini" kata ayahanda sambil mengeluarkan gelang pelik dan memakainya. Gelang itu bercahaya lalu secara tiba-tiba tubuhku memunculkan cahaya dengan corak berantai. Ia terus mencekikku dan membuatkan aku tidak dapat bernafas lalu aku terus terjatuh ke tanah dari langit.

"Kau fikir kami tak jangka ini akan berlaku? Bagaimana kau fikir selama ini kami kawal kau daripada benih demon tu. Kau dapat mengawalnya? Jadi kau fikir ia akan mengubah rancangan kami? Kami dah fikir banyak kemungkinan yang bakal terjadi. Selagi aku ada benih ni... Walaupun seluruh askar aku tumpas, semua itu tak penting selagi kau dalam pengawalan aku. Sekarang rasakan... Apa yang jadi kalau kau ingkari beta!" Katanya lagi lalu terus mendarat ke perutku dengan kuat sehingga aku terbenam ke tanah dan mulutku termuntah darah.

"Aku takkan biarkan kau mengawal aku" kataku sambil memandangnya dengan mata terbutang.

"Hahhaha... Seperti yang dijangka ayat yang keluar dari anak beta. Mari kita lihat, putera selemah kau berapa lama dapat bertahan. Kau memudahkan kerja beta. Sememangnya darah kau yang beta inginkan" balasnya lagi lalu terus menusuk taringnya ke tanganku. Kuasa alpha kami berlaga, samada dia mengawalku atau aku mengawalnya. Namun, disebabkan dia meminum darah yang berkualiti dan banyak jadi pengawalannya lebih tinggi daripada aku.

Aku cuba melepaskan diri buat kali terakhir dengan menggunakan kesemua element yang ada pada aku namun dengan mudah, ayahanda menghancurkan kuasa tanahku. Yutaf memenuhkan tubuhku dengan sisik tebal agar aku gagal untuk membakar diri. Malah darah yang disedut ayahanda membuatkan tubuh aku semakin kekurangan darah. Aku buntu, adakah ada cara untuk aku keluar dari sini? Inikah pengakhiran aku?

Aku memandang Yutaf, ini akan menjadi serangan hidup dan mati. Aku terus memanjangkan kepalaku dengan kuasa demon membuatkan ayahanda terkejut. Leherku terus melilit tubuh Yutaf supaya ia tidak dapat melepaskan diri dan aku terus menusuk taringku ke dalam lehernya yang tebal. Namun aku mengalami kesukaran memandangkan tubuhnya dipenuhi perisai yang tebal.

"Erghhh!!!" Jeritku sambil memaksa taringku menusuk masuk ke dalam nadinya yang dilindungi sisik tebal. Yutaf menjerit kuat sehingga membuatkan sekeliling bergegar dan pohon bergoncang kuat. Ia cuba melepaskan diri dari lilitanku membuatkan aku rasa seolah leherku ditarik ganas dan aku rasa leherku dirobek. Taringku patah membuatkan aku terlepas seketika namun sekali lagi aku cuba menusuk masuk dengan gigitan yang lebih kuat. Aku dapat rasakan rahangku patah namun aku berjaya menembusi perisainya.

Akhirnya aku dapat menghirup darahnya dengan pantas. Tenagaku mula kembali namun sekali lagi aku perlu berlawan dengan kawalan ayahanda. Tubuh Yutaf menjadi debu dan kepalaku terjatuh ke tanah dengan leher seperti tubuh ular. Ayahanda tergamam tidak sangka yang aku akan mengambil tindakan begitu.

"Ahahahhaha! Kau gila?! Kau fikir kau mampu untuk lari dari pengawalan beta? Sekarang kau dah ambil darah dari salah seorang pengikut setia beta. Beta tak perlu bazirkan masa beta cuba untuk buatkan kau mengambil darah beta. Kau sudah mengambilnya sendiri! Beta juga tak perlu bersusah payah bertempur dengan pengawalan kau! Hahahahhahhahaha!!!" Kata ayahanda dengan bangga sambil melihatku yang kini tidak berdaya.

"Sekarang bangun dan jadi sumber kekebalan beta" kata ayahanda dengan mata merahnya. Mataku turut bercahaya merah dan aku kembali ke tubuhku dalam keadaan asal. Jadi begini rasanya berada di bawah pengawalan vampire? Kau dapat melihat segalanya tapi kau tak dapat mengawal tubuh badan kau. Sama seperti patung.

"Sekarang berikan beta sisa benih yang ada dalam tubuh kau" katanya lagi membuatkan aku terkejut. Sisa benih? Aku tak tahu ia masih ada dalam tubuh aku tapi aku tahu ia sesuatu yang tak patut jatuh ke tangan ayahanda. Namun seperti patung, aku menurutnya dan menikam perutku sendiri. Dalam kesakitan, tanganku terus mengorek mencari sisa yang dikatakannya. Ahh... Aku mahu melepaskan diri. Aku tak mahu hidup dalam keadaan ni. Ibunda... Aku masih tak dapat membalas dendam dengan apa yang dia buat pada ibunda.

"Demon... Tidak tunduk pada sesiapa!" Kataku tiba-tiba lalu tubuhku melompat jauh. Aku masih terkeliru. Yang berkata tadi... Bukan aku?

"Aku dah kata, kau patut berikan tubuh ni pada aku untuk aku kawal. Memandangkan kita berada di dalam tubuh yang sama... Aku takkan biarkan tubuh ni tunduk pada sesiapa" katanya lalu luka di perutku tertutup rapat.

"Ka-kau tak mati lagi?!" Soalku terkejut.

"Aku takkan mati. Aku demon daripada dunia roh. Mustahil untuk aku mati. Cuma sekarang yang aku boleh guna hanya sisa dari tenaga aku. Yang kau rampas hanyalah kuasa  yang ada pada aku tapi kau takkan dapat bunuh aku. Red," balasnya.

"Ia tak masuk akal. Kalau kau berada di pihak aku... Kenapa kau selalu melawan aku?" Soal aku ingin tahu.

"Melawan kau? Dari awal lagi aku menolong kau Red. Kau lihat ke masa depan bukan? Kawan kau cuma burukkan aku sedangkan aku membantu kau dalam penuhi semua kehendak kau. Aku membunuh Kira demi melindungi kau, aku membunuh ayahanda kau demi kau yang membencinya dan aku hapuskan semua manusia demi memenuhi cita-cita kau. Kau tak sedar semua tu? Aku menolong kau dengan niat untuk berterima kasih memberi aku menggunakan tubuh kau." ujarnya lagi membuatkan aku sukar untuk mempercayainya. Demon, mereka suka memperdaya sebab itu juga ramai yang terjatuh dalam tipu daya mereka.

"Kau cuba nak lari? Heh! Kau takkan dapat pergi!" Kata ayahanda lalu mengawal gelangnya dan mengarahnya kepada aku. Pergerakan demon yang berada dalam tubuh aku ibarat dikawal oleh gelang itu manakala pergerakan aku dikawal dengan kuasa ayahanda.

"Aku tolong kau singkirkan darah yang kau ambil dan kau tolong aku musnahkan gelang yang dia pakai" cadang Demon yang berada di dalam tubuhku.

"Ia sama seperti aku tak mengambil langsung darah. Aku dah semakin lemah kalau kau singkirkan semua darah dalam tubuh aku. Aku akan mati dan aku berada di bawah kawalan dia. Mustahil aku dapat serang dia" kataku lantang.

"Dengar sini budak... Kau cuma ada kurang dari satu saat. Aku akan kawal tubuh ni dari pengawalan dia dan singkirkan darah yang ada. Dia sudah berada di penghujung. Yutaf tak lagi dapat lindungi dia dengan perisainya. Kalau kau perhatikan betul-betul, ayahanda kau pun dalam keadaan terdesak. Sebaik sahaja aku dekatkan diri, ambil peluang tu serang balas. Tubuh ni... Tubuh aku juga. Aku tak kan dapat tubuh lain yang sesuai untuk kuasa aku" katanya lagi. Pedang dua mata. Kuasa ni... Mampu menolong dan memusnahkan aku pada waktu yang sama. Walaupun aku tidak menggemari apa yang dicadangnya nampaknya aku tiada pilihan lain.

"Baiklah. Lakukan saja... Mati atau cuba" kataku yakin.

"Hihihihi... Seperti yang aku inginkan" katanya dan terus menusuk tubuhku. Mataku membutang dan hanya aku yang dapat merasai kesakitan manakala ia seakan tidak merasai apa-apa dan terus menikam tubuhku.

"Apa yang kau cuba buat?!" Jerit ayahanda dan menggunakan gelangnya untuk mengawalku dan pada waktu itu juga demon menukar tubuh kepadaku dan aku terus meluru ke arah ayahanda dan memotong tangannya.

"Arghh!!" Jeritnya dan tangan bersama gelangnya tercampak jauh. Demon terus mengambil alih semula tubuhku apabila dapat melihat matanya mula bercahaya merah apabila dia ingin memandangku dan menikam perut ayahanda lalu menarik semula tangannya bersama organnya sehingga terburai. Sebelum ayahanda jatuh ke tanah, demon terus mencucuk matanya dan mencangkukkan kuku menusuk ke bahagian kepalanya dan terus menariknya dari tubuh.

"Ahahhahahaha!!! Sasaran kau terlepas Red, tapi apa-apa pun kau berjaya" kata demon kepada diriku.

"Berhenti ambil alih tubuh aku. Ia buatkan aku gila. Ergh... Ini memang mengelirukan" ucapku sambil memaksa tubuhku berjalan ke arah tangan ayahanda yang mula menjadi debu.

"Nanti! Jangan kutip benda tu!" Jeritnya apabila aku mula mengutip gelang itu dan terus menyarungkannya pada tanganku.

"Ahh... Ini lebih baik. Ergh! Akhirnya" kataku sendirian dan terus terbaring kepenatan. Seperti yang aku jangka, gelang itu mengawal demon dari terus mengawal tubuh aku.

"Sebab ni ke kau tak musnahkan gelang tu?! Kau mahu pakai?! Dasar tak guna! Kau langsung tak berterima kasih! Kau pembelot! Dasar vampire tak bersyukur! Tak guna!!" Jeritnya di dalam kepalaku. Walaupun aku tak dapat mengawalnya daripada terus menengkingku di dalam kepalaku, aku masih dapat mengawal tubuhku sendiri.

Adakah sebaiknya untuk vampire lenyap? Memandangkan kini aku ada kuasa demon, cahaya dan perak bukan lagi kelemahan aku. Jadi apa lagi yang mampu membunuh aku? Apa-apa pun aku tak boleh biarkan benda ni mengawal tubuh aku.

To be contina...
......................................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top