Bab 21 : Pertarungan II

"Kenapa Red? Kau sudah penat? Kenapa kau tak gunakan kuasa tu?" Soal ayahanda dengan sinis. Aku hanya mendesis sambil tercungap-cungap mengambil udara. Yutaf mengurungku di dalam kurungan perisainya yang aku tak dapat pecahkan. Memandangkan aku tak mengusik setitis pun darah hari ni, ia membuatkan badan aku lemah. Kini aku tak dapat nak gunakan tenaga magik aku lagi. Sekurangnya semua pengikut yang menjadi askarnya aku hapuskan. Tiga eko

"Sayangnya... Hari ni tiada pertunjukan yang menarik. Jangan lawan tenaga tu. Biarkan ia mengalir di dalam tubuh kau" kata ayahanda sinis.

"Tak kan lagi. Kau tak kan dapat mengawal aku Vlad. Begitu juga dengan demon yang ada dalam badan aku. Kau cuma vampire yang lemah yang cuma berangan untuk jadi yang terkuat sedangkan kau takut pada anak kau sendiri" balasku dengan senyuman sinis. Yutaf secara tiba-tiba menyempitkan kurungan itu sehingga kaki dan tanganku patah.

"Argh!" Jeritku apabila sebelah tangan dan kakiku patah.

"Nampaknya... Beta perlu buatkan kau ingat semula apa yang terjadi pada waktu tu" ujar ayahanda kemudiannya berdiri. Aku sedaya upaya menahan perasaanku agar tidak dikuasai demon. Aku dapat rasa yang ia mula ingin keluar dan kini aku dapat mengawalnya lebih baik dari sebelumnya. Mungkin mimpi semalam ada makna yang tersirat.

Seekor lagi vampire mendarat bersama rantai berduri sama seperti senjata yang digunakan oleh manusia dulu sewaktu mereka menyeksaku. Aku memandang ayahanda dengan bengis dan dia memandangku dengan sinis. Kini hanya lima sahaja pengikutnya yang tinggal namun mereka semua merupakan harta karun yang ditinggalkan oleh nenek moyang vampireku menandakan bahawa mereka jauh berbeza berbanding vampire yang biasa.

"Kau fikir senjata palsu tu dapat sakitkan aku? Heh! Ia cuma permainan budak" kataku berdalih walaupun aku dapat rasakan kuasa kegelapanku meronta untuk keluar.

"Kau yakin ia palsu? Kau tak kan terfikir... Bagaimana senjata ni saja buatkan kau ingat semua apa yang jadi pada kau dan ibunda kau" ucapnya penuh sinis. Aku menyepak perisai yang mengurungku itu dari dalam. Namun ia tidak memberi apa-apa kesan.

Zass!

Satu sebatan dilepaskan pada aku, aku hanya berdiam diri tidak mahu  membuatkan ayahanda merasakan bahawa dia telah menang. Aku perlu bertahan dan kawal benih demon ni. Jangan biarkan ia mengawal aku.

Zass!

Satu lagi sebatan disasarkan pada belakangku. Kawasan di mana aku diseksa dulu. Aku dapat rasakan darah mula mengalir dari belakang dan aku mula mengingati apa yang terjadi di kampung itu tapi kali ini keadaan berbeza.

Zass!

Aku terus merenung ayahanda dengan penuh benci dengan wajah tidak berperasaan. Sebatan demi sebatan terus dilepaskan kepada aku. Aku kemudiannya terus menutup mataku dan memberi mesej kepada pengikutku yang lain.

... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..

Sementara itu,

"Macam yang kau cakap Shin! Kita lebih kuat dari mereka!" Jerit salah seorang pengikut vampire.

"Tuanku Red masih bebaskan akal untuk kita jadi kita masih boleh berlawan dengan menggunakan akal. Mereka pula tak ubah macam haiwan liar" balas Shin bangga.

"Tapi tadi memang sangat kucar-kacir, banyak kali aku hampir ditembak dan diserang oleh mereka ni," kata seorang lagi sambil memandang penduduk yang masih memegang senjata mereka.

"Ya betul tu! Aku dah tak ingat berapa banyak kali aku terpaksa jerit 'bukan musuh!' pada mereka ni" kata pula vampire seekor lagi.

"Macam mana kami nak bezakan kau semua? Bagi kami semua vampire sama saja semuanya musuh" balas mereka.

"Kami boleh bercakap! Mereka yang lain tu cuma tahu mendesis. Mereka ni semua bodoh, jangan samakan kami dengan mereka" jerit vampire seekor lagi.

"Tapi kalian tetap vampire kan! Dasar vampire bodoh!" Jerit salah seorang penduduk.

"Apa kau kata! Kau memang nak tengok macam mana vampire mengamuk ke ha?!" Jerit vampire yang sama dan keadaan menjadi semakin kecoh.

"Oi oi... Damai damai. Kita baru je bekerjasama..." Tahan Shin cuba mengawal kumpulannya manakala Hanran hanya perlu mengangkat tangannya dan mengisyaratkan untuk mereka senyap.

"Sekarang apa yang kau semua nak buat?" Soal Hanran ingin tahu. Mereka semua (vampires) memandang sesama sendiri dan seakan cuba menunggu arahan.

"Kami masih tak pasti tapi apa yang kami rasa... Tuanku Red macam dalam masalah" kata salah seorang dari mereka.

"Kami akan dapat rasakan apa yang tuan kami rasa walaupun kadang-kadang ia agak merumitkan tapi kali ini ia jelas. Walaupun begitu kita semua tak perlu bimbang. Tuanku Red dah syorkan pada aku yang Maharaja sangat mudah untuk dikalahkan. Dia tak kan apa-apa" ujar Shin walaupun wajahnya kelihatan resah namun dia sendiri juga cuba untuk meyakinkan dirinya sendiri.

"Shin mungkin kau tak tahu sebab kau baru tapi kami kenal dia lebih lama" ujar seorang lagi vampire.

"Dia tu... Suka berdalih. Kadang-kadang kami rasa semua apa yang dikatakan berlawanan dengan apa yang dia rasakan" kata mereka yang lain.

"Walaupun aku sendiri tak dapat maafkan untuk apa yang dia dah buat selama ni tapi... Bila fikirkan semula dia membesar dalam suasana yang macam ni, aku tak dapat nak rasakan apa lagi" balas salah seorang dari vampire.

"Mungkin betul baginya yang Maharaja mudah untuk dikalahkan tapi kita tak tahu mungkin ada perkara lain yang boleh halang dia dari mengalahkan maharaja" balas lagi salah seorang dari mereka. Mereka semua terus berdiam lama dan mula berwajah runsing.

"Kita dah selamat?" Soal Kira keluar dari tempat persembunyian dan terus menuju kepada Shin.

"Ya... Abang rasa kita dah selamat. Kamu lihat istana tu?" Kata Shin lalu menunding ke arah istana yang kelihatan seolah sedang berada dalam kebakaran.

"Kami yakin semuanya akan berakhir hari ini. Kalian dah tak perlu risaukan apa-apa lagi. Kami pun... Mungkin akan lenyap" balas Shin dengan senyuman pahit. Mereka yang lain hanya senyap.

"Apa yang abang cakap ni? Lenyap? Tak! Abang baru je kembali semula tak mungkin abang akan pergi lagi" balas Kira resah.

"Kami bersatu dengan nyawa milik tuan kami. Sebenci mana kami pada tuan kami... Kami tetap perlu lindungi dia. Itu saja naluri yang ada pada kami. Sebaik saja Tuanku dihapuskan,  kami juga akan lenyap." Kata seekor lagi.

"Apa? Tapi... Abang dan semua sekarang di pihak kami kan? Tak ada cara ke untuk abang dan lain-lain lepaskan diri dari kawalan dia?" Soal Kira tidak dapat terima kenyataan.

"Kira... Kamu perlu faham. Kami cuma hidup disebabkan tuanku Red membenarkan kami hidup. Sepatutnya kami semua sudah lama mati. Hanya dengan mengekalkan perasaan dan akal kami, itu saja simpati yang dia boleh berikan. Dia tak boleh buat lebih dari tu dan dia tak boleh nak kembalikan kami menjadi manusia semula" ucap Shin membuatkan Kira kelihatan tidak dapat mempercayainya.

"Ini semua salah dia. Kalau dia tak buat begini pada abang dari mula. Kita mungkin... " balas Kira dan matanya mula berair. Mereka semua menunduk senyap. Tiada apa lagi kata-kata untuk memujuk memandangkan mereka juga memilih menjadi vampire kerana takut akan kematian. Tiba-tiba para vampires kelihatan terkejut, mata mereka bercahaya merah dan masing-masing seolah termenung.

"Abang? Abang? Kenapa?! Apa jadi?!" Soal Kira mula panik.

Sambung...
......................................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top